BERITA+ HTHT: Adik-beradik sehati sejiwa: Kisah di sebalik populariti MakcikAlertSG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Musim Hari Raya selalunya jadi masa untuk eratkan hubungan dan cipta kenangan bersama yang tersayang.
Tapi dalam keriuhan sambutan Lebaran, hubungan adik-beradik kadang kala terlepas pandang.
Sempena Hari Adik-Beradik Sedunia pada 10 April, wartawan Roslinda Rahmat menyorot kisah tiga wanita yang bukan saja membesar bersama, tapi kini berganding bahu sebagai pempengaruh MakcikAlertSG untuk BERITA+ HTHT.
Mereka terdiri daripada kakak sulung atau Makcik#1, mantan eksekutif perakaunan Aldila Mustapha, mantan jurutera proses (Makcik#2) Sophiela Mustapha dan suri rumahtangga (Makcik#3) Noorhayati Mustapha.

KESEMPATAN UNTUK MENCIPTA MEMORI
ALDILA MUSTAPHA: "Akhirnya, kita dapat berkumpul tiga-beradik sahaja tanpa keluarga berangkai kita pada Hari Raya. Tetapi apakah makna beraya?"
SOPHIELA MUSTAPHA: "Untuk eratkan perhubungan."
NOORHAYATI MUSTAPHA: "Tentang maaf-bermaafan, kasih-sayang dan mencipta kenangan sebelum ia benar-benar menjadi memori, sebab kita sudah kehilangan ramai makcik-pakcik."
ALDILA: "Tahun ini semakin kurang dapat melawat makcik dan pakcik, sebab ramai yang sudah tiada lagi (di dunia ini).
"Sempena musim Raya ini, 10 April adalah Hari Adik-Beradik Sedunia."
NOORHAYATI: "Kita belum pernah sambut sebab tidak pernah tahu. Saya orangnya jenis yang tidak banyak berbual, jadi Aldila dan Sophiela adalah sistem sokongan, tulang belakang saya. Mereka teramat penting dalam hidup saya.
"Emak pula dari kecil nasihatkan kami supaya jangan cemburu pada satu sama lain. Untuk selalu rayakan apa jua pencapaian, mesti dianggap sebagai kebahagiaan yang dikongsi sama."
ALDILA: "Semasa dahulu, ada orang itu tidak mahu sambut Raya. Sampai emak kita telefon, 'Tolong lah dia!' Saya cakap, 'Biarlah kalau dia tidak mahu sambut.' Emak kata, 'Tidak boleh! Mesti hendak sambut sama-sama!' Lalu kita pun kumpulkan dan hulurkan duit bersama-sama untuk membantunya.
"Kalau hendak pergi bercuti pun begitu. Sebab saya masa itu bergaji kecil. Tetapi Sophie cakap, 'Saya bayarkan, anda keluarkan duit makan sahaja."
AMALAN KEKELUARGAAN UNIK MAKCIKALERT
SOPHIELA MUSTAPHA: "Amalan terbaik ibu-bapa kita adalah menyuruh anak-anak kita panggil satu sama lain panggilan berbeza bagi 'ibu'. Macam anak Aldila memanggilnya 'ibu', jadi anak saya dan Noorhayati pun panggil Aldila 'ibu'. Lalu, saya 'mama', jadi semua anak-anak kami bertiga panggil saya 'mama'. Noorhayati pula 'mummy'."
ALDILA: "Bila kita keluar, sampai orang cakap, anaknya ramainya, 'keteteran' (perkataan Jawa) - berderet-deret ramainya! Padahal bukan. Anak saya dua orang sahaja.
"Sophiela dan Noorhayati pernah bayangkan tidak, hidup tanpa adik beradik? Saya menggigil, rasa sedih sebab tidak boleh bayangkan hidup tanpa mereka berdua!" luah Aldila yang dipanggil 'Al' dalam keluarga.
SOPHIELA: "Saya selalu kenang kekuatan setiap adik-beradik. Macam Aldila, orangnya baik. Noorhayati pula sangat artistik. Jadi senang apabila kita fikirkan ciri positif mereka, kita akan sedar yang kita pun bukan bagus sangat.'
ALDILA: "Kita tidak ada sampai bermasam-masam muka, sebab nanti orang pertama yang akan bersedih, siapa?"
SOPHIELA: "Emak kita."
ALDILA: "Kan?! Kita patut berterima kasih dengan ibu-bapa kita kerana kita jadi macam gini sebab ajaran mereka."
FORMULA AKUR ADIK-BERADIK?
ALDILA: "Saya tidak faham kenapa orang bertanya, 'Macam mana korang adik-beradik boleh rapat eh?' Kita tidak tahu formulanya! Ia semula jadi. Mak-bapa kita daripada kecil sudah terapkan itu."
NOORHAYATI: "Memang semua orang ada sikap yang amat menjengkelkan. Jadi kadang-kadang memang sakit hati, tetapi kita tidak ambil pusing."
ALDILA: "Air dicincang, tidak akan putus."
LEBIH 100,000 PENGIKUT MAKCIKALERTSG DI MEDIA SOSIAL
Kumpulan pempengaruh MakcikAlertSG terus meraih perhatian warganet di pelbagai platform media sosial.
Setakat ini, mereka mencatatkan lebih 53,000 pengikut di TikTok, 39,100 di Instagram, 26,000 di Facebook, dan 1,380 langganan di YouTube.
ALDILA: "Kita bermula pada tahun 2019. MakcikAlertSG menyatukan kita sampai tiap-tiap minggu kita berjumpa beberapa kali. Kalau tidak, setahun sekali sahaja!"
SOPHIELA: "Mula-mula Noorhayati yang 'repost'."
NOORHAYATI: "Fasal saya fikir, kenapa saya hendak 'repost' untuk syarikat-syarikat besar? Yang kesulitan itu perniagaan dari rumah (HBB). Jadi saya cuba untuk 'repost' untuk mereka, tanpa mereka minta."
KENAPA NAMA MAKCIKALERTSG?
ALDILA: "Sebab, kita hendak beritahu orang ramai, 'Tenguk sini! Kita 'alert'kan yang ini ada promosi, yang ini ada makanan yang sedap-sedap, yang ini ada jualan murah. Sekali selepas itu COVID melanda. Tetapi kerana COVID lah juga kita dikenali oleh HBB."
SOPHIELA: "Kejadian itu semasa pengikut kita sudah mencapai seribu orang. Ada peniaga yang DM kita, minta kita buat reviu. Semua pempengaruh yang datang membawa kamera besar-besar. Kita bawa henfon sahaja. Selepas itu, mereka sudah mula merakam dengan bermacam gaya. Sedangkan kita keluarkan iPhone dan rakam video secara sembunyi-sembunyi. Kelakar!"
ALDILA: "Kepada orang-orang yang mula percaya dengan kita, panggil kita, kita amat berterima kasih pada mereka. Sepanjang perjalanan kita, rasa tidak percaya kita boleh pergi sejauh ini. Bila orang cakap, 'Satu hari MakcikAlert mesti ke sini', kita cakap, 'Tidak ada, lah'. Sampai akhirnya kita sampai di tahap sekarang, yang mana kita berdua sudah berhenti kerja dan kita usahakan MakcikAlertSG sepenuh masa!"
SOPHIELA: "Sebab temu janjinya terlalu banyak!"
SOPHIELA: "Apabila anak kita kata 'Ma, c.m.i. - 'cannot make it'. Ambil gambar macam gini, video macam gini..cmi! Sebagai respons, kita ambil kursus. Kita sahut cabarannya!"
ALDILA: "Sampailah sekarang kita sudah ada diploma apa?"
SOPHIELA: "Diploma dalam peruncitan. Sebab ada ilmu pengekalan pelanggan, kepuasan pelanggan... "
NOORHAYATI: "Sebelum itu saya selalu 'share' promosi-promosi di kumpulan WhatsApp kita. Saya tulis 'MakcikAlert, MakcikAlert', fasal 'fiil makcik' yang suka 'promo-promo', kan? Dan fasal saya suri rumahtangga, jadi tawaran-tawaran murah ini membantu saya berjimat, demi menolong suami, fasal dia seorang sahaja yang bekerja. Jadi kenapa saya hendak simpan pengetahuan ini seorang diri?"
ALDILA: "Yang saya pula merasa bingit. Mereka tidak habis-habis mesej saya. Banyak masa betul eh? Saya dan Sophie waktu itu bekerja. Jadi saya cakap, 'Korang reka lah itu di media sosial'. Dengan secepat kilat, terus menjadi-jadi muka surat itu!"
SOPHIELA: "Tetapi ada maklum balas - mereka kata kita betul-betul tolong mereka. Jadi kita rasa tersentuh sangat. Macam tidak percaya!"
SEDAP ITU SUBJEKTIF
ALDILA: "Cakap fasal sedap tidak sedap ini, amat subjektif. Sebab selera orang berbeza-beza. Kadang-kadang di rumah, saya makan sebenarnya tidak sedap. Jadi dalam video itu, kita tidak akan cakap 'sedap'. Sebab, tujuan kita hendak mengetengahkan yang ada orang yang jual ini. Anda sendiri cuba lah. Sebab kadang-kadang mereka makan mungkin merasa sedap. Kita takkan tahu, kan?"
SOPHIELA: "Lagi pun waktu kita makan itu memang sedap. Tetapi mungkin sewaktu orang lain beli, penjualnya sedang bergaduh dengan suaminya ke, atau tengah angin tidak baik agaknya. Tidak sedaplah jadinya kan?"
PENGALAMAN DIWAWANCARA RANCANGAN DETIK
NOORHAYATI: "Peristiwa tidak mudah dilupakan sewaktu kita dilamar oleh penerbit Roslinda Rahmat untuk turut-serta dalam rancangan Detik Khas 'Cintai Bumi; (2021/2022)."

ALDILA: "Kita mula-mula tidak percaya!"
NOORHAYATI: "Kita ingat 'scam'!"
ALDILA: "Sampai kita DM seorang pelakon dan dia kata betul, barulah kita percaya. Masa itu pula pandemik COVID-19. Penerbit, Roslinda kata beliau dan kakitangan penggambaran tidak boleh datang buat penggambaran di rumah kita, disebabkan protokol COVID-19. Jadi, kita nak kena rakam sendiri.
"Mujur Roslinda tolong kita. Banyak yang diajarnya. Cara merakam video, cara menjawab wawancara. Antara lain katanya, mesti jeda selama tiga saat kalau tersasul atau silap cakap sebelum kita ulangi. Tetapi saya sampai sekarang pun tidak boleh jeda. Main langgar sahaja! Asyik kena marah dengan juru rakam video - Noorhayati dan Sophie. Dari situ, baru kita mula belajar amalan-amalan ini."
SOPHIELA: "Kami belajar daripada pengalaman pembelajaran itu"
NOORHAYATI: "Betapa susahnya orang-orang yang bekerja di belakang tabir. Kami tabik hormat!"
ALDILA: "Kita ingatkan senang. Rupanya nak kena siapkan set ini, set itu, kamera nak begini, begitu. Tetapi iya lah, kita nak kena berterima kasih dengan Roslinda kerana beri kita pengalaman yang tidak dapat dilupakan!"
SOPHIELA: "Betul itu! Dengan ilmu, pengajaran yang dikongsinya."
ALDILA: "Pendedahan itu menjadi batu loncatan buat kita. Kerana setelah itu, kita kadang-kadang dipanggil orang untuk penggambaran dan sebagainya."
KOMEN NEGATIF DARIPADA PENGIKUT
ALDILA: "Pada satu hari, ada peniaga kedai makan memanggil kita. Dia kata sedang dalam proses untuk dapatkan sijil halal. Tetapi memang orang yang berniaga di dalam medan makannya itu semua orang Muslim, kecuali pemiliknya, seorang cef. Macam-macam komen saya kena hentam! Itulah pertama kali, sampai saya sentap sangat!"
SOPHIELA: "Kemudian dia mengadu di WhatAapp chat kita, tetapi kita jawab 'LOL'!"
ALDILA: "Saya tengah sakit hati sebab kena komen 'Makcik main lagau sahaja makan! Tidak tahu halal-haram!' Jadi saya mesej lah, konon hendak minta simpati. Tetapi mereka jawab LOL! Habis saya hendak LOL ke saya hendak menangis ini? Sakit hati!"
"Tetapi tujuan kita membuat penghantaran tidak pernah kita fikirkan, 'Ok aku nak penghantaran ini jadi viral'. Yang viralkan itu korang yang sendiri komen. Itu yang buat ia jadi viral! Kita tidak buat apa-apa, tetapi penghantaran itu meletup! Ada suara-suara sumbang yang berkata, 'Alah, sengaja buat begitu untuk viral!"
SOPHIELA: "Pengajarannya, selepas insiden itu, kita lebih memilih."
ALDILA: "Kita pastikan mesti ada sijil halal baru kita pergi. Kalau tidak, kita tidak pergi. Mengerikan!"
TIP-TIP BAGI PEMPENGARUH BAHARU
ALDILA: "Nasihat kita kepada sesiapa yang hendak mula jadi pencipta kandungan atau pempengaruh, niatkan supaya ikhlas, kita hendak buat pengisian untuk beritahu orang lain. Jangan niatnya 'Aku nakkan populariti, nak jadi popular, nak pengikut. Saya paling pantang bila orang cakap, 'Aku kalau dapat 1,000 pengikut, aku akan kasi sesuatu'. Janganlah!
"Jangan sibuk fikirkan tentang jumlah pengikut. Buat, mesti dengan ikhlas, niat mesti betul, konsisten. Mesti nak buat penghantaran atau 'posting'. Setiap media sosial yang ada, masuk sahaja walaupun penghantarannya sama. Sebab, dari pengalaman kita sendiri, kita 'post' di setiap media sosial. Kita ingatkan kita punya IG ramai orang, kita punya TikTok ramai orang. Sekali yang jumpa kita di luar beritahu kita, 'Saya dapat tahu fasal MakcikAlertSG di YouTube!' Padahal YouTube kita baru seribu orang 'subscribers' sahaja! Jadi di semua wadah media sosial - 'post' sahaja, sebab setiap wadah ada pengikut-pengikutnya tersendiri."
SOPHIELA: "Anda juga mesti sediakan diri. Kalau tidak mahir menyunting video, pergi kursus. pakai kredit SkillsFuture - percuma sahaja! Kita MakcikAlert pakai kredit SkillsFuture kita sampai habis! Ambil kursus fotografi, sunting video, kursus penyampaian, kursus buat promosi online..."
NOORHAYATI: "Yang penting, sokongan dari keluarga. Tanpa sokongan, susah fasal kebanyakan masa kita akan menyunting video - usaha yang banyak memakan masa. Fasal macam saya kan masih ada anak kecil? Berkeperluan khas lagi."
ALDILA: "Mesti betul-betul cekal hati. Kita bertiga, jadi boleh berkongsi beban. Tetapi kalau anda buat seorang diri : mana nak layan DM, mana nak sunting video, macam-macam anda kena layan. Memang penat!"
SOPHIELA: "Mungkin boleh panggil 'intern' untuk tolong jawab DM, sunting video ke, macam-macam lah."
ALDILA: "Betul itu. Sebab, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Betul tak?"

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.