Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Haruskah manusia campur tangan hukum alam?

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Haruskah manusia campur tangan hukum alam?

(Gambar: Tangkapan skrin video @3344520ma/TikTok)

SINGAPURA: Tular di media sosial baru-baru ini, rakaman detik dua wanita cuba menyelamatkan seekor itik daripada dibaham ular sawa. 

Perbuatan mereka itu menimbulkan soalan - haruskah kita campur tangan dalam hubungan antara pemangsa dengan mangsa?

Keadaan cemas itu dirakam di Hutan Simpanan Bukit Timah di mana seekor ular dilihat menghendap seekor itik di dalam longkang.

"Itik, cepat lari, cepat lari! Ular itu akan makan kau!" teriak seorang wanita dan anaknya. 

Sepanjang video itu dirakam, kedengaran suara mereka yang menjerit untuk cuba ‘menyelamatkan’ itik tersebut.

Seorang lagi wanita kemudian membaling kayu untuk halang ular berkenaan daripada mendekati si itik.

Rata-rata ramai warganet tidak setuju dengan perbuatan mereka kerana melanggar hukum alam semula jadi.

Ada yang berkata bahawa "Itik itu makanan ular... sepatutnya manusia tak boleh ganggu rantai makanan."

"Jangan ganggu ekologi semula jadi macam tu!" 

"Anda pun boleh makan apa sahaja, kenapa ular tidak boleh makan itik pula?"

Namun, ada juga yang memuji usaha menghalang itik itu daripada dibaham ular tersebut.

"Terima kasih kerana selamatkan itik itu. NParks sepatutnya tangkap ular itu supaya tidak menimbulkan bahaya kepada orang atau haiwan lain." 

"Dia hanya memainkan peranannya sebagai seorang manusia yang berhati perut."

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih 3.3 juta tontonan di TikTok.

Pun begitu, menjadi tanda tanya asal usul itik itu - bagaimana ia boleh muncul di tengah-tengah Hutan Simpanan Bukit Timah. 

Bagaimana pula kesudahan 'drama' ini?

Mungkin kerana tidak sanggup menjadi fokus tohmahan, terkena pula pukulan kayu, ular itu pasrah dan terus berundur.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan