BERITA+ FESTIVAL PASSIONARTS: 60 Estet kejiranan jadi galeri seni, perkasa penduduk belajar seni & eratkan hubungan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sempena ulang tahun ke-10 Festival PAssionArts dan sambutan SG60, lebih 60 estet perumahan berubah wajah menjadi sebuah galeri seni buat masyarakat.
Bertemakan "Permata Kejiranan Kita", para penduduk digalak untuk sama-sama menceriakan kawasan perumahan mereka bagi meraikan kemajuan negara sepanjang 60 tahun.
Ruang bersama seperti kolong blok dan taman permainan juga menjadi galeri seni yang menonjolkan kisah, kenangan serta harapan bagi masa hadapan.
KEBUN BARU BERI TRIBUT KEPADA BUDAYA BELA BURUNG BERKICAU
Di Kebun Baru misalnya, sebuah arca sangkar burung gergasi dibina seniman Fish Jaafar dan para penduduk di kawasan itu.
Ia sebagai suatu penghormatan kepada kelab burung yang aktif berkicau di Kebun Baru.

"PassionArts Festival sentiasa menyediakan platform untuk penduduk mencuba bentuk seni baru dan mencuba menggunakan bahan seni yang berbeza. Kami sedang membina pemasangan sangkar burung besar yang dipenuhi dengan burung buatan tangan oleh para penduduk. Bahannya plastik dan ia dicampurkan dengan kadbod, kayu dan akrilik," jelas Seniman Masyarakat, Mural & Pemasangan, Salihin 'Fish' Jaafar kepada wartawan Roslinda Rahmat.
"Saya membimbing penduduk melalui proses membentuk dan menghias burung mereka. Bermula dengan acuan asas dan mengenalkan mereka kepada teknik yang berbeza untuk mengecat, melapiskan tekstur dan bereksperimen dengan bahan," tambahnya.
Malah bagi para penduduk, kegiatan komuniti sebegini sekaligus membangkitkan nostalgia Kebun Baru yang terkenal sebagai gelanggang terbesar bagi pertandingan dan pameran burung di Singapura.

"Kebun Baru ini terkenal dengan permainan burung, yang mereka panggil Kelab Burung Berkicau. Saya ingat semasa 20 tahun dahulu, saya selalu jalan dekat Blok 161 di mana kita dapat melihat ramai orang suka bermain dengan burung yang digantung pada tiang tinggi di padang. Aktiviti yang dapat mengeratkan lagi komuniti kita, tidak kira bangsa tidak kira agama. Jadi untuk hari ini, sama juga dengan apa yang kita lakukan dengan kawan-kawan yang kita baru kenal, tidak kira bangsa, menikmati suasana seperti zaman sewaktu kita tinggal di kampung," kongsi seorang penduduk, Encik Zakariah A Jabar.
Selain bernostalgia dan mempelajari seni, Festival PAssionArts juga membuka peluang untuk mengakrabkan lagi hubungan antara penduduk dan keluarga.
"Bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti cucu saya tetapi dengan cara berinteraksi dengannya, berkongsi dengannya pengalaman saya yang tinggal di sini waktu dahulu. Cucu saya rasa gembira. Dia suka kraftangan ini semua, bukan? Jadi apabila saya berinteraksi dengannya, saya dapati yang dia ini lebih rapat dengan saya. Itu yang saya mahu. Kalau boleh, saya nak bawa anak-anak saya yang lain," luah Encik Zakariah.

"Hari ini saya melukis gambar burung dan saya nak burung itu digantung di dalam sangkar besar itu," ujar cucu Encik Zakariah yang baru berusia sembilan tahun bernama Siti Zawiyah Umairah Abdullah.
GEYLANG DISERIKAN DENGAN ARCA BATIK, TARIK 80 PENDUDUK
Di Wisma Geylang Serai (WGS) pula, jelas kelihatan semangat untuk bersama-sama mempelajari kaedah melukis batik dalam bergotong-royong untuk mencantikkan kawasan kediaman.
Usaha itu dibimbing oleh Seniman Visual Masyarakat & Guru Seni, Creative Box, Faizal Amir.

"Seni batik sebagai wadah kerana ia melambangkan identiti kita sebagai rakyat Singapura. Seni batik juga antara seni yang paling lama sudah wujud di Singapura dan Asia Tenggara. Jadi, ia amat mudah untuk dihargai dan rasa inklusif. Untuk saya, ini adalah cara yang indah untuk kita sentuh warisan budaya kita dan pada masa yang sama untuk kita berkongsi bersama," luahnya.
Di kalangan 80 peserta yang hadiri bengkel di WGS, seorang ayah tekun mencalitkan warna kepada kain bagi pemasangan seni batik.
"Pengalaman hari ini sungguh bagus. Saya dapat meluangkan masa dengan keluarga dan anak, dapat buat kawan baharu dengan pelbagai bangsa. Selepas itu, saya dapat mengenangkan zaman sewaktu saya bersekolah rendah dahulu, di mana kami pernah buat batik juga," kongsi peserta, Encik Muhammad Sajjad Ahmad Burhaanuddin.
Sementara itu, pembimbing bengkel mewarnakan batik yakni Encik Faizal pula menjelaskan, "Untuk bengkel batik ini, saya menggunakan cara yang mudah dan ringkas. Kain batik yang saya reka sebenarnya sudah saya lilinkan dahulu. Jadi, peserta hanya perlu fokus pada bahagian pewarnaan rekaannya, menggunakan kreativiti masing-masing. Saya mengajar mereka teknik lukisan warna blok iaitu teknik yang paling mudah dan senang diikuti semua peringkat umur dan mereka masih boleh hasilkan karya yang cantik dan memuaskan," jelas Encik Faizal.

Bagi para peserta, ia juga ibarat satu sumbangan mereka dalam melestarikan budaya Melayu.
"Bagi saya, batik mempunyai keindahan yang tersendiri dan corak-corak dan setiap motif, kaya dengan budaya dan warisan Melayu dan selalu segar sepanjang zaman. Batik tu memerlukan kesabaran, teliti, jadi sama seperti seni inai yang sedang saya buat sebagai seorang seniman inai," kongsi seorang lagi peserta, Cik Aliyah Thahirah Ismail.
Usaha mendidik dan melibatkan masyarakat menerusi karya batik ini mencapai kemuncaknya dengan pemasangan setinggi dua meter.
"Bertajuk ‘Irama Kita Warna Kita’, saya ambil inspirasi daripada seni bina Wisma Geylang Serai iaitu gabungan warisan Kampung Melayu dan sentuhan seni bina atau seni bina moden. Saya sertakan juga imej penari-penari daripada pelbagai bangsa sebagai simbol perpaduan berbilang kaum di Singapura. Selain itu, saya memilih bunga kebangsaan kita iaitu Vanda Miss Joaquim untuk mewakili keindahan budaya Singapura dan yang paling istimewa, penduduk sendiri yang mewarnakan kain batik ini. Sebuah arca komuniti, yang terpancar ialah hakikat jiwa - siapa kita sebagai manusia dan siapa kita sebagai rakyat Singapura," tambah Encik Faizal.
Estet kejiranan lain yang terlibat dalam Festival PAssionArts 2025 termasuk Braddell Heights, Clementi dan Radin Mas.
Ia akan berlangsung selama tiga bulan hingga hujung bulan September ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.