BERITA+: Dulu hobi ubah suai kereta 'diecast' Hot Wheels; kini perniagaan menguntungkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kereta 'diecast' yang lazimnya dianggap sebagai mainan untuk kanak-kanak juga diminati golongan dewasa seperti Encik Mohamed Yusri, 35 tahun.
Minat Encik Yusri terhadap kereta 'diecast' terjadi tanpa diduga.
"Ia bermula daripada saya hendak belikan anak saudara saya Hot Wheels. Jadi apabila saya mencari Hot Wheels, saya lihat ada komuniti di Singapura yang mengumpul Hot Wheels. Bukan budak-budak. Semua bapa budak. Ramai pula masa itu ada dalam 3,000 orang atau ahli dalam komuniti itu," kata Pengasas Black Crow Custom, Encik Mohamed Yusri kepada wartawan Danish Aiman.
KOLEKSI KERETA 'DIECAST' CECAH RIBUAN DOLAR
Beliau sanggup membelanjakan ribuan dolar bagi memenuhi minatnya itu.
Setelah dua tahun mengumpul kereta 'diecast', minatnya berkembang untuk membuat penyesuaian atau 'customization' sehingga membuka labelnya sendiri iaitu Black Crow Custom.

Encik Yusri boleh membuat penyesuaian termasuk merubah warna, saiz ataupun rekaannya sama sekali mengikut citarasa pelanggan.
"Apabila saya bermula membuat penyesuaian ini, saya suka membuat lain daripada yang lain. Jadi apabila saya membeli Hot Wheels dan saya lihat kereta itu - 'kenapa tidak buat begini ini? atau 'kenapa tidak buat begitu? Jadi ini semua saya belajar bagaimana saya hendak membuat Hot Wheels saya sendiri. Rekaan saya sendiri. Daripada situ saya lihat sebenarnya boleh membuat penyesuaian sendiri. Jadi semua belajar sendiri," kongsi beliau.
MEMBUAT PENYESUAIAN KERETA 'DIECAST' SEPENUH MASA
Daripada sekadar suka-suka, ia kini menjadi sumber mata pencarian utama Encik Yusri yang dahulunya bekerja sebagai seorang penghantar makanan.
Melihatkan permintaan yang meningkat serta potensi pasaran untuk perkhidmatan yang beliau tawarkan, Encik merubah strategi pemasaran produknya.
"Apabila saya baharu bermula, saya mengenakan harga dalam S$40 hingga S$50. Jadi keuntungannya sangat rendah. Tetapi apabila orang sudah kenal Black Crow Custom ini, perlahan-lahan saya naikkan mutu saya, bungkusannya. Saya melabur dalam pembungkusan yang baik, kotak yang bagus. Jadi saya menaikkan harga. Harga sekarang purata bagi produk Black Crow Custom (dijual) dalam dolar Amerika. Ia bermula dari AS$100 hingga AS$350," jelas Encik Yusri.

PERNIAGAAN BERKEMBANG HINGGA KE LUAR NEGARA
Perniagaannya kini semakin berkembang dan berjaya menarik pelanggan antarabangsa.
Malah, beliau sudah menempa nama di peringkat antarabangsa sehingga diundang untuk membuat penyesuaian kereta 'diecast' untuk salah satu acara di Las Vegas.
"Peluang (terbuka) apabila saya membuka laman web sendiri. Saya dapat pembeli antarabangsa. Jadi kebanyakan daripada mereka dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Jadi bila mereka sudah membeli produk saya, mereka percaya dengan produk saya. Dari situ, mereka tempah lagi banyak, mereka percaya dengan saya membuat untuk acara, kereta acara mereka. Kira-kira 40, 50 kepingan setiap kali," dedah Encik Yusri.
Antara penyesuaian unik yang pernah Encik Yusri lakukan adalah untuk membuat kereta 'diecast' bersalut emas 24 karat yang mencecah S$1,000.
Satu lagi kenangan manis adalah peluang untuk mengubah suai sebuah kereta 'diecast' untuk seorang pereka kereta 'diecast ' di syarikat Hot Wheels sendiri.

"Ini bukan tentang harga. Ini penyesuaian saya sendiri tetapi ia istimewa kerana saya membuat penyesuaian itu untuk pereka bentuk Hot Wheels. Jadi beliau suka, gembira dan membalas budi dengan menghadiahkan saya dengan (sebuah kereta) Hot Wheels miliknya. Jadi bila saya berjumpa dengannya, saya ambil gambar, minta tanda tangan. Sehingga sekarang, beliau masih berhubung dengan saya kerana beliau hargai ini sangat-sangat," kata Encik Yusri sambil tersenyum.
KOMUNITI 'DIECAST' SINGAPURA SEMAKIN BERKEMBANG
Menurut Encik Yusri, komuniti peminat kereta diecast di Singapura telah naik lebih seganda kepada sekitar 8,000 orang dalam masa kurang lima tahun.
Mereka sering bertemu untuk berkongsi idea dan koleksi baharu kereta 'diecast'.
Antaranya ialah kumpulan yang dikenali sebagai "TT Rockers".
"Pertemuan itu khas untuk pengumpul Hot Wheels. Kami dapat idea dari Malaysia. Di Malaysia, mereka adakan pertemuan pada setiap minggu untuk para pengumpul Hot Wheels untuk berkumpul, untuk mengenali antara satu sama lain dan berkongsi tentang 'casting' baharu kereta," kata Pengasas EO Diecast Toys SG, Muhammad Noor Esham, 42 tahun.
Ini juga peluang untuk mereka melebarkan jaringan kenalan yang berkongsi minat yang sama.
"Pada saya, saya bangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini. Saya mengharapkan kawan-kawan, teman-teman yang sama pendapat dengan saya, sama hobi. Ini semua kami anggap hobi jadi kami boleh pelajari dari satu sama lain. Tetapi pada saya yang sangat penting itu (adalah) silaturahim antara teman-teman. Kami datang ke sini, kami bersembang, mempelajari," kata Pengasas The Wheels Harem, Encik Mohamed Faizal Mohamed Ali, 47 tahun.
JADI PEREKA RASMI EKSPO DIECAST SINGAPURA
Encik Yusri kini sibuk membuat persiapan untuk Ekspo Diecast Singapura yang akan berlangsung pada September nanti.
Buat julung-julung kalinya, beliau terpilih sebagai pereka rasmi acara itu di mana rekaannya akan dihasilkan buat pasaran komersil.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.