BERITA+: Dua pasangan suami isteri hiburkan penonton dalam NDP 2023
SINGAPURA: Sewaktu darjah lima, mereka menonton Pertunjukan Pendidikan Nasional menjelang Perbarisan Hari Kebangsaan.
Kini, siapa sangka, masing-masing menjadi penghibur dalam segmen persembahan NDP yang gah.
Di antara penghibur yang bakal menyanyi dan membangkitkan semangat penonton dalam NDP nanti adalah pasangan suami isteri Haramain Osman dan Judah Lyne.yang menggelarkan diri mereka Lion Story.
Sudah lebih sedekad pasangan itu berkecimpung dalam industri hiburan tempatan.
Malah mereka sudah beberapa kali menjulang piala termasuk bagi Lagu Terbaik Singapura di Anugerah Planet Muzik.
Namun peluang membuat persembahan sempena hari lahir negara buat kali pertama ternyata satu penghormatan besar.
“Untuk persembahan kami, kami akan berdiri di atas sebuah sampan besar dan sampan ini akan pusing sekeliling Padang sambil kami bernyanyi. Ketika kami berada di atas sampan itu sambil kami menyanyi, saya dapat peluang untuk melihat peserta-peserta menari mengikuti rentak lagu kami. Dan itu memberi saya satu kebahagiaan untuk melihat yang sesuatu yang kita hasilkan boleh membawa kebahagiaan kepada orang lain," kongsi Harmain.
Isterinya, Judah pula berkata: “Amin dan saya sudah tulis lagu selama 13 tahun bersama-sama. Tetapi di NDP ini saya agak gementar sedikit kerana ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan di Padang. Ada 27,000 penonton di Padang sahaja, belum mengambil kira penonton televisyen di rumah, di MeWATCH dan sebagainya. Jadi saya rasa teruja. Ini juga kali pertama saya bernyanyi bersama suami saya, jadi saya amat-amat bahagia sekali!”
“Lagu ‘Oh Kawan’ ini dihasilkan bila kita semua terkurung semua di rumah sewaktu ‘dan tidak boleh berjumpa dengan kawan-kawan, saudara-mara kami. Dari, di situ timbul perasaan rindu. Ia adalah lagu mengenai rindu kami untuk berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara-mara kami yang sudah lama kami tidak jumpa. ‘Oh Kawan’ juga lagu untuk meraikan hari yang sangat meriah untuk semua. Suatu hari yang kami semua sedang menanti-nantikan.
“Oh Kawan’ akan juga digabungkan dengan lagu ‘Rasa Sayang’ dan juga lagu ‘Chan Mali Chan’. Memberikan nafas baru untuk Hari Kebangsaan ini.
'Tekanannya memang terasa, sebab susah untuk membandingkan lagu kami dengan lagu-lagu klasik yang dihasilkan oleh pakar-pakar yang sudah lama berkarya. Jadi untuk mengadunkan lagu kami bersama lagu-lagu mereka, saya rasa sangat terharu,” ujar
Di babak kedua, ketiga dan terakhir pula, para penonton NDP akan dapat menyaksikan persembahan yang cukup bertenaga dari Bani Hidir, yang bersama isterinya Sara Wee, dan dua lagi anggota Melayu dan seorang Cina lain membentuk kumpulan 53A!
Kali pertama 53A menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan pada tahun 2016.
Namun, pada waktu itu Bani hanya bermain gitar.
Bani ghairah dapat melantunkan suara bersama 21 penyanyi lain dalam lagu 'Shine Your Light'.
"Menyanyikan lagu tema NDP 2023 buat pertama kali, dengan begitu ramai penyanyi lain, dengan ‘band’ saya, dengan lain-lain kumpulan,dengan lain penyanyi, sangat seronok. Bernyanyi beramai-ramai tiada tekanan, gotong-royong, semua bersemangat," kata beliau
Berkongsi penghargaan serupa ialah peragawati dan penyanyi muda Iman Fandi.
“Dengan begitu ramai penonton, rasanya amat-amat bertenaga dan di hujungnya apabila kami menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan, itulah detik kemuncak bagi saya.”
“'Bunga Sayang' adalah lagu sentimental yang amat menenangkan dan apabila menyanyi, saya rasa amat rileks sekali. Tapi gementar juga pada masa yang sama. Saya dapat melihat lautan penonton sambil saya menyanyi, jadi itu pengalaman yang menarik. Saya juga dapat dengar, walaupun dari alat pendengaran di dalam telinga saya, pekikan penonton, suara semua di Padang itu menyanyi beramai-ramai, jadi itu pengalaman amat menyeronokkan!”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.