BERITA+ dilanjutkan ke Sabtu; sajikan paparan menarik berita hiburan, budaya & seni
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai Sabtu (5 Ogos), BERITA+ dilanjutkan kepada Sabtu dengan pelbagai sajian menarik sekitar dunia hiburan, seni dan budaya.
Sebelum ini, topik-topik sukan, hobi, isu alam sekitar, gaya hidup serta topik-topik 'trending" menjadi paparan menarik menerusi segmen BERITA+ pada setiap Ahad sejak Oktober 2021.
Mulai 5 Ogos, para penonton setia BERITA boleh menjangkakan lebih banyak lagi paparan menarik dalam edisi Sabtu BERITA+.
Ketua Editor Berita & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp Sujadi Siswo berkata: "Kami menerima maklum balas yang sangat menggalakkan sejak kami mulakan BERITA+ pada hari minggu.
"Jadi kami ingin lanjutkan tontonan hujung minggu BERITA ini kepada BERITA+ Sabtu. BERITA+ Sabtu ini mengambil format yang sama tapi kandungannya berbeda. Kandungannya adalah lebih tertumpu kepada hiburan, budaya dan juga seni.
"Maka lengkaplah BERITA+ untuk tontonan hujung minggu yang kami rasa harus agak lebih santai, selain daripada berita-berita penting yang harus kita ketahui walaupun pada hujung minggu."
Segmen sulung BERITA+ Sabtu hari ini akan ditampilkan dengan paparan menarik menjelang acara perbarisan Hari Kebangsaan serta wawancara eksklusif tentang landskap televisyen Melayu tempatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.