BERITA+: Dari minat jadi perniagaan - sneaker dan kad koleksi buka peluang pendapatan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apa yang bermula sebagai minat yang berputik di bangku sekolah, kini menjadi perniagaan bagi dua beradik di sebalik ShoetySG.
"Ia bermula ketika kami berdua di sekolah menengah, kami masih dalam fasa remaja dan ada kedegilan. Jadi masa itu kami memberontak dan suka memakai sneaker yang bukan berwarna putih," kata Pengasas bersama ShoetySG, Zaini Kusaini.
"Dari itu kami dapat menarik perhatian bukan setakat kawan-kawan sekolah, tetapi juga cikgu dan guru disiplin juga," tambahnya.
Minat tersebut akhirnya mendorong mereka untuk menyimpan wang dan membeli kasut-kasut baharu.
Daripada sekadar satu hobi, ia kini berkembang menjadi sumber pendapatan.
ShoetySG ditubuhkan pada 2021 dan menawarkan sneaker.
Selain membeli sneaker daripada laman rasmi Nike, ShoetySG juga mendapatkannya daripada penjual semula.

Sepasang sneaker dijual antara S$200 hingga lebih S$8,000 bagi edisi terhad.
Encik Zaini, 31 tahun, berkongsi bahawa idea untuk menjual koleksi sneaker tercetus bersama adiknya, Zafri Kusaini, semasa COVID-19 melanda.
"Pasaran sneaker sedang meningkat ketika COVID. Semua orang terperangkap di rumah, tapi pada masa yang sama mereka ingin membeli barangan berjenama," kata Encik Zafri.
Bermula detik itu, mereka mengambil langkah seterusnya untuk menubuhkan perniagaan.

HUBUNGAN BERSAMA PELANGGAN PENTING
Selain kehadiran di kedai fizikal, mereka turut membina jenama dengan menghadiri acara sneaker seperti Sneaker Con dan Sneakerlah di Singapura, serta meluaskan jaringan ke acara di Indonesia.
Menurut Encik Zaini, cara tersebut membantu menjalinkan hubungan dengan para pelanggan dan mendapatkan kepercayaan mereka.
"Kehadiran fizikal kami sangat penting, ia mempromosikan jenama kami dan membantu untuk bersemuka dengan pelanggan-pelanggan tempatan. Kami lebih dikenali dalam acara sneaker di kalangan pelanggan, kami dapat meluaskan rangkaian dengan penjual semula, penganjur dan penggemar sneaker," jelasnya.
Bagi pasaran sneaker di Singapura, Encik Zaini berkata ia mempunyai permintaan kerana pelanggan mampu membelinya.
"Penjualan semula sneaker sudah wujud sejak 30 hingga 40 tahun lalu. Di Singapura, ia masih mampan kerana pelanggan mampu membelinya. Di negara-negara membangun, atau di mana ekonominya tidak begitu bagus, ia tidak mampan.
Namun untuk negara seperti Singapura, sehingga sekarang, masih terdapat permintaan bagi sneaker, terutama yang edisi terhad," tambahnya.

KEASLIAN SNEAKER DIUTAMAKAN
Menurut Encik Zafri, 29 tahun, sneaker tiruan kini semakin mirip dengan sneaker asli.
"Ramai orang yang memakai sneaker tidak tahu sumber sepatu mereka, dan ia sebenarnya tiruan, bukan asli," jelasnya.
Di antara cara untuk memastikan keasliannya termasuk memeriksa bau kasut, kotak kasut, tona warna, saiz fon dan cara jahitan.
Sebelum membeli sepasang sneaker, Encik Zafri akan menyelidik jumlah stok di peringkat global serta di Singapura. Ini untuk memastikan kesemua sneaker yang dibelinya dapat dijual.
"Meskipun permintaannya tidak begitu tinggi, kami tidak rugi, tetapi keuntungannya lebih rendah," jelas Encik Zafri.
KOBINIRIPZ DITUBUH DI SEBALIK KERUGIAN
Fenomena tersebut bukan sahaja dilihat dalam pasaran sneaker.
Seorang lagi usahawan tempatan turut mengubah minat terhadap barangan koleksi menjadi perniagaan, kali ini dalam dunia kad permainan.
Pengasas Konbiniripz, Syamil Asyraf Shamsudin, mula membeli kad Pokemon pada 2021.
Menurut Encik Syamil, 29 tahun, beliau melihat nilai dalam kad-kad Pokemon dan mengambil keputusan untuk melabur dalam pasaran tersebut dua tahun lalu.
Namun, keputusan tersebut menyebabkannya kerugian ribuan dolar selepas nilai kad dibelinya jatuh.
"Saya tiada pilihan lain dan mula mencari cara untuk menjual kad tersebut. Saya kemudian menjual melalui TikTok live dan memulakan saluran sendiri," kata Encik Syamil.
Secara perlahan, beliau berjaya meraih keuntungan dan bertekad untuk meneruskan perniagaan tersebut.
Selepas tiga tahun bertugas sebagai pegawai polis, beliau memutuskan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam perniagaannya.
Encik Syamil kini bekerja sebagai perunding kewangan dan mempunyai lebih banyak masa untuk menguruskan perniagaannya.
Selain menjual kad melalui laman rasminya, Konbiniripz juga menyertai acara-acara kad tempatan.

JALIN RANGKAIAN KE LUAR NEGARA
Di antara kad yang dibeli Encik Syamil berasal dari luar negara, seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Disebabkan zon waktu yang berbeza, beliau terpaksa berjaga dari tengah malam hingga ke pagi untuk berinteraksi dengan pengumpul kad dari negara-negara tersebut.
Menurut tinjauan BERITA Mediacorp di laman Konbiniripz, kad paling mahal yang dijual mencecah S$10,000.
Encik Syamil berkongsi bahawa harga satu kad ditentukan berdasarkan tahap populariti dan jika ia mudah untuk didapati.

"Pasaran global Pokemon yang menentukan satu harga kad. Terdapat platform seperti eBay di mana ia akan mencatat penjualan kad secara nyata. Kemudian seluruh dunia akan merujuk kepada platform itu dan menggunakan harga yang ditetapkan sebagai penanda aras bagi harga pasaran," katanya.
Cara paling mudah untuk memeriksa keaslian kad adalah untuk membeli kad asli daripada Pusat Pokemon dan membuat perbandingan.
Di antara ciri kad tiruan adalah warna biru di belakang kad, perkataan dan fon yang berbeza.
Selain itu, seseorang boleh menggunakan aplikasi Professional Sports Authenticator (PSA) untuk memastikan kod yang dipaparkan adalah benar.
GOLONGAN DEWASA BENTUK PELANGGAN UTAMA
Encik Syamil mendedahkan bahawa kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan dewasa antara 20 hingga 40-an tahun.
"Saya rasa mereka ingin memiliki sesuatu daripada zaman kanak-kanak mereka. Ia seperti satu kenangan bagi mereka," kongsinya.
Menariknya, anak-anak kepada pelanggannya juga tertarik dengan hobi ibu bapa mereka.

"Ia seperti aktiviti keluarga, apabila mereka melihat bapa mereka membeli kad, mereka juga ingin membelinya. Kemudian mereka akan membeli kad yang murah, begitu caranya ia bermula," tambahnya.
Buat masa ini, beliau ingin menjalin hubungan lebih rapat dengan para pelanggannya.
Meski mendapat tawaran untuk menghadiri acara di Thailand dan Indonesia, Encik Syamil tidak tergesa-gesa untuk berkembang.
"Saya gembira dengan keadaan sekarang. Kerana saya lebih rapat dan saya boleh berjumpa dengan pelanggan saya, jalin hubungan yang baik dengan mereka," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.