Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: "Dah buat PCR belum?" nada gurauan sambut kemunculan Ultraman di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kemunculan adiwira popular Jepun, Ultraman, yang dua kali dilihat di Singapura menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dengan nada gurauan, warga net berkongsi rasa berbesar hati mereka dengan perjuangan adiwira itu melawan "kaiju" atau raksasa untuk melindungi Singapura.

Biarpun hanya watak fiksyen, ramai yang teruja apabila muncul video menunjukkan adiwira tersebut di Taman di Persisiran dan Lapangan Terbang Changi melawan raksasa.

Reaksi netizen menghiburkan - ada yang berbentuk gurauan:

"Dah buat PCR belum?" tanya seorang netizen setelah adiwira itu dilihat terbang masuk ke Singapura di tengah-tengah pandemik sekarang.

"Ni nak tanya. Selepas Ultraman kalahkan raksasa, dia terbang ke mana?", ujar seorang lagi warga net.

Ada juga yang mencuit hati:

"Nanti panggil cicak man ok"

Sememangnya kaiju yang ditumpaskan di lapangan terbang Changi berbentuk kumbang raksasa.

Apapun, netizen menarik perhatian tidak ada harta benda atau bangunan yang terjejas semasa pertembungan itu.

"Dendanya terlalu tinggi meski dia Ultraman," kata seorang pengguna Facebook.

Ada pula yang bertanya - "Salah negeri kot nak bantu??"

Sebenarnya Ultraman tidak sesat - kehadirannya di Singapura adalah sebahagian dari kempen Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sempena meraikan 55 tahun hubungan diplomatik Singapura dengan Jepun.

Secara kebetulan, Ultraman juga menyambut ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini.

Ingin tahu kaiju selanjutnya yang perlu diatasi adiwira ini?

Episod ketiga dan terakhir pertarungan Ultraman di Singapura disiarkan Selasa(21 Dis) di YouTube.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan