BERITA+ CHINGAY26: Tampilkan pengalaman perarakan 360 darjah buat julung kali
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, Chingay 2026 memperkenalkan laluan perarakan berbentuk bulatan, dilengkapi pentas berlapis dan bertingkat-tingkat yang boleh diubah suai, sekali gus mewujudkan pengalaman 360 darjah yang menakjubkan dan menempatkan penonton di tengah-tengah sambutan.
Berita+ meninjau perwakilan Melayu dan peranan masing-masing dalam pesta Chingay yang menjadi simbol perpaduan dan kebanggaan berbilang budaya di Singapura.
ANAK MELAYU PEREKA KOSTUM INDIA UNTUK CHINGAY
Tahun ini empat hos mewakili setiap kaum utama di Singapura mengambil watak Jongkong Emas bagi mewakili kaum Cina, Rusa Khutub bagi kaum Serani, Nenek penyayang bagi kaum Melayu dan pelita perayaan kaum India, Diya.
Menariknya, kostum yang dipakai Diya - dipanggil Lengha, dicipta seorang anak Melayu yang baru lulus Diploma Reka Bentuk dan Perdagangan Pakaian, Politeknik Temasek, Nur Aqilah Arman.

"Diya itu lampu - pelita dalam budaya India, seperti lampu yang digunakan untuk Deepavali - lampu yang kecil itu. Dan simbolismenya - ia memberikan orang kehangatan. Ia memberi harapan untuk orang lain juga. Dan cara saya mereka kostum untuk watak Diya ini adalah untuk menggunakan elemen seperti api. Saya juga menggunakan manik-manik dan cermin, jadi kostumnya lebih terang dan juga mengikut tema untuk Chingay tahun ini.
"Saya dapat belajar daripada budaya lain daripada pereka fesyen lain yang dapat mengajar saya cara untuk menjahit yang saya tidak tahu. Saya suka mencabar diri saya untuk mereka baju untuk budaya yang saya tidak begitu tahu. Jadi dalam penyelidikan saya, saya pergi bersama nenek saya untuk melihat baju-baju Lengha dan Sari yang dijual di Tekka Centre. Saya dapat peluang untuk pegang kainnya dan tengok dengan teliti apa manik-manik, kain atau benang yang digunakan dalam baju-baju budaya India. Dan saya juga dapat berbual dengan penjual-penjual di sana. Seperti contoh, baju Lengha digunakan oleh pengantin perempuan untuk majlis perkahwinan mereka," kongsi Aqilah kepada wartawan Roslinda Rahmat.
LALUAN 360 DARJAH DEKATKAN PESERTA DENGAN PENONTON
Selain itu, menariknya, Chingay 2026 memperkenalkan laluan perarakan berbentuk bulatan buat kali pertama dalam sejarahnya, dilengkapi pentas berlapis yang bertingkat-tingkat, boleh diubah suai, sekali gus mewujudkan pengalaman 360 darjah.
Pada tahun-tahun sudah, pentas Chingay berbentuk lurus sahaja, dengan para penghibur berbaris sepanjang laluan dan berhenti buat beberapa ketika di hadapan penonton, untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sepanjang jalur lurus itu.

Pengarah Urusan kumpulan tari hip-hop, STNY, Muhammad Arfan Abdul Aziz berkongsi keistimewaan bentuk pentas tahun ini bagi STNY, "Tahun ini, kami dapat membuat formasi koreografi yang baru, yang pada kami lebih unik dan lebih 'wow'. Maka kami juga dapat bermain dengan kawasan pentas yang besar. Membuatkan formasi yang bermain dengan ketinggian pentas pada tahun ini. Jadi, untuk pentas yang bulat seperti Chingay hari ini, kami dapat main 360 darjah, dapat bermain dengan koreografi. Persembahan yang interaktif dengan sesiapa yang menonton kami. Berbanding tahun lalu, di pentas yang lurus, kami menari amat jauh dari penonton. Jadi dengan pentas bulat ini, kami lebih dekat dan dapat lebih berinteraksi dengan penonton".
Muhammad Arfan memastikan kumpulan tarinya, STNY, menjayakan babak pertama Chingay - menghidupkan paparan Tahun Baharu Cina, dengan tarian hip-hop yang bertenaga.
"Kumpulan STNY dikenali dengan tarian hip-hop, tentang street dance, tentang 'stunts'. Jadi ini adalah perkara-perkara yang kami hendak tunjukkan dalam persembahan Chingay tahun ini. Kami selalu suka memberikan tenaga dan kami juga suka tengok sesiapa yang menonton kami - bergembira juga. Dan berbanding yang lain, kami rasa paling banyak tenaga dalam persembahan kami kali ini. Tapi selain itu, kami juga ada kostum yang baru, set koreografi yang baru dan juga dengan pentas yang bulat ini, kami juga dapat buat formasi yang menunjukkan kelebihan STNY," ujar Arfan kepada Berita Mediacorp.
Chingay 2026 menonjolkan kepelbagaian budaya dan memaparkan perayaan keempat-empat kaum di Singapura – Cina, India, Serani dan pastinya Melayu beserta perayaan setiap kaum.
Ketua persembahan Dikir Barat, Syaiful Bahri Salleh gigih menyiapkan peserta paling kecil dalam kumpulan Dikir Baratnya, Makyong Kedek untuk menjayakan babak kedua Chingay26.

"Saya rasa teruja dan bangga, sebab selepas lebih daripada 10 tahun, Dikir Barat kembali ke Chingay tahun ini. Menarik tentang persembahan kali ini - kita tetap kekalkan asas Dikir Barat, tapi dengan iringan muzik, dengan iringan kompang juga. Kita akan berbaris dan main kompang. Dan selepas itu kita akan duduk untuk berdikir barat," ujarnya.
Mengenang sejauh mana seni persembahan dari Kelantan itu sudah berevolusi, Syaiful berkata, "Dulu Dikir Barat lebih bersifat tradisional, tapi sekarang kita lebih dinamik dari segi gerak tari, lebih 'hidup' dan sesuai untuk Chingay tahun 2026 ini. Harapan saya agar Dikir Barat akan terus berkembang di Singapura, dari segi apa-apa bentuk seperti mesej yang disampaikan kepada rakyat, sebab dikir barat ini seni rakyat," luah Syaiful.
Pelakon Siti Khalijah Zainal atau Siti K, memainkan watak Nenek yang cantik berbaju indah bak pengantin atau permaisuri, yang memaparkan sifat mesra Melayu - mengundang watak utama Little Star untuk berkunjung ke rumahnya di Hari Raya.
Seperti peranannya menjadi hos bagi Perbarisan Hari Kebangsaan sejak bertahun lama, Siti juga menjadi hos Chingay sekian lama, dengan kehadirannya bak mercun yang membangkitkan semangat para penonton!
Babak kedua Chingay26 menyatukan pelbagai generasi dalam semangat tradisi dan ikatan kekeluargaan, di mana 350 penghibur mempersembahkan tarian joget dan silat, diiringi pemain genderang dan alat muzik tradisional Melayu.
Kemuncaknya adalah persembahan dikir barat beramai-ramai, disertai 7,000 penonton yang duduk di galeri yang mengelilingi pentas bulat, berdikir sama, dengan pergerakan tangan masing-masing, dari tempat duduk masing-masing. Ia simbol keharmonian masyarakat majmuk Singapura.
Dalam babak ketiga Chingay yakni Deepavali, watak utama Diya menyinari kemenangan, harapan mengatasi kegelapan, membawa komuniti untuk bersatu melalui kekuatan dan solidariti.
Lebih 400 penghibur memukau dengan tarian berinspirasikan pelita, teratai, burung merak dan kuda, manakala para pekerja hijrahan dengan prop pom-pom berskala besar — disokong oleh Pusat Pekerja Hijrahan — menambahkan elemen keterangkuman.
Babak keempat menyaksikan salju turun di ruang pentas bulat Chingay. Watak utama Rusa Kutub menyebarkan keceriaan perayaan.
Terdapat lapan babak yang memaparkan semangat harmoni pelbagai budaya Singapura, malah di antara babaknya, menggabungkan pemain genderang dari seluruh ASEAN - menghidupkan semangat negara-negara anggota Asia Tenggara, diiringi paparan kereta-kereta berhias dan muzik, tarian juga kostum berwarna-warni.
27-28 FEB DI F1 PIT BUILDING; PESERTA CHINGAY RAIKAN PERPADUAN
Perarakan Chingay 2026 mencapai kemuncak gemilang, penuh tenaga, menggabungkan 700 peserta yang meraikan harapan, impian dan masa depan yang lebih cerah.
Perarakan Chingay 2026 akan berlangsung pada 27 dan 28 Februari di F1 Pit Building, selain disiarkan secara langsung melalui siaran web, serta siaran televisyen tertunda, bagi memastikan penonton dapat menikmati sambutan ini merentasi pelbagai platform.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.