BERITA+: Bukan sekadar warisan, usaha memartabatkan tulisan Jawi pikat golongan muda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada khazanah dan identiti bangsa Melayu.
Malah, menurut laman Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), suratkhabar pertama bahasa Melayu di Singapura, Jawi Peranakkan yang ditubuhkan pada 1876 diterbitkan dalam tulisan Jawi.
Namun, aksara tersebut kini semakin jarang dilihat.
Meskipun demikian, masih terdapat individu-individu yang memperjuangkan penggunaan tulisan itu dengan cara yang berbeza.

Bagi Encik Ammar Mustafa, seorang guru di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, minat beliau dalam tulisan Jawi berputik ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Minat saya pada seni khat bermula semasa saya di Mesir. Kami dapat berjumpa dengan pelbagai macam suku Melayu, dan antaranya adalah mereka yang berasal dari Pattani. Mereka telah membuka kelas pengajian kitab dalam Jawi," kongsi Encik Ammar.
Pendedahan kepada kitab-kitab lama mencetuskan minatnya untuk menggabungkan seni khat dengan tulisan Jawi.

Untuk meningkatkan kesedaran tentang Jawi kepada lebih ramai orang, Encik Ammar, 33 tahun, menubuhkan 'Pena Seraya', di mana beliau memperkenalkan tulisan itu melalui seni kaligrafi.
Di antara produk yang ditawarkan di gerainya di Haji Lane termasuk penanda buku dengan nama pelanggan yang ditulis dalam Jawi.
Encik Ammar juga mengendalikan bengkel di masjid-masjid serta terlibat dalam seminar di bawah Singapura Stories, yang menjalankan projek untuk mengenal pasti seni tulisan Jawi di batu nisan yang terletak di Jalan Kubor.
"Saya lihat pendedahan yang baik semasa pembukaan bengkel dan sebagainya. Pada masa yang sama, dengan menjual produk dan meletakkan perkataan Jawi, saya lihat itu semakin rancak di kalangan bangsa kita," kata Encik Ammar.

JAWI AKAR BAHASA MELAYU
Menurut Encik Ammar, usaha untuk memelihara Jawi penting kerana ia merupakan identiti bangsa Melayu.
"Tulisan Jawi itu terkandung di dalamnya pandangan alam orang Melayu, budi pekerti, kehalusan, kesenian orang Melayu. Saya lihat bahasa Melayu itu ibarat pokok, Jawi itu sebagai akarnya, dan bahasa Melayu moden itu ibarat pokok dan ranting-rantingnya.
Namun, usaha untuk memelihara Jawi memerlukan ketabahan dan kesabaran.
"Yang penting sekali adalah untuk menimba ilmu, dari segi pendedahan kepada sejarah Melayu itu sendiri atau sejarah Jawi di Singapura, di mana Singapura pernah menjadi salah satu hab keilmuan pencetakan penulisan Jawi, mungkin kurang pendedahan terhadapnya," tambah Encik Ammar.

USAHA MENGKOMERSIALKAN JAWI LANGKAH BAIK UNTUK MEMELIHARA TULISAN
Salah satu cara untuk memelihara serta meningkatkan kesedaran terhadap Jawi adalah untuk mengkomersialkan tulisan tersebut.
Demikian menurut pakar tulisan Jawi tempatan, Dr Hirman Khamis.
"Produk yang cantik, dengan tulisan khat ataupun dengan reka bentuk kontemporari boleh menarik minat orang," kata Dr Hirman.
Menurutnya, Jawi boleh disertakan dalam produk yang menarik perhatian anak muda, termasuk aplikasi telefon bimbit dan permainan.
Malah, ia boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk memahami dan menghayati Jawi.
"Bahasa Melayu merupakan satu bahasa, tetapi ia mempunyai dua sistem tulisan, iaitu rumi dan Jawi," jelas Dr Hirman.

TEKNOLOGI WADAH PENTING MENDEKATI GOLONGAN MUDA
Dengan penggunaan teknologi secara meluas, ia dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran pada golongan muda.
Dr Hirman berkata bahawa penggunaan teknologi maklumat serta Kecerdasan Buatan (AI) dapat membantu.
Malah, catatan ringkas di media sosial juga memainkan peranan dalam mempromosikan Jawi.
"Dalam mempelajari Jawi, saya rasa kita perlu galakkan sesuatu yang sedikit, ringkas, mudah, tapi dilakukan selalu," kata Dr Hirman.
Di antara cadangannya termasuk memuat naik catatan tentang peribahasa, pantun dan kata-kata hikmah.
Usaha-usaha kecil itu, menurut Dr Hirman, mampu menghidupkan semula penggunaan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian.
Beliau menambah bahawa walaupun tulisan Jawi kini kurang kelihatan, ia tidak pernah hilang sepenuhnya daripada landskap budaya Melayu Singapura.
Dengan gabungan seni, pendidikan dan teknologi, tulisan Jawi dilihat masih mempunyai ruang untuk terus berkembang dan diwariskan kepada generasi akan datang - bukan sekadar sebagai tinggalan sejarah, tetapi sebagai sebahagian daripada identiti dan warisan hidup masyarakat Melayu di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.