Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Benarkah suntikan vaksin boleh jadikan anda seperti 'Magneto'?

Baru-baru ini terdapat dakwaan bahawa vaksin COVID-19 mampu "menukar seseorang itu menjadi besi berani".

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Benarkah suntikan vaksin boleh jadikan anda seperti 'Magneto'?

Antara gambar yang dikongsi dalam kumpulan Telegram SG The Magnetic Group.

BERITAmediacorp: Baru-baru ini terdapat dakwaan bahawa vaksin COVID-19 mampu "menukar seseorang itu menjadi besi berani".

Malah perbincangannya begitu heboh hingga wujud kumpulan Telegram 'SG The Magnetic Group'.
Contohnya, satu rakaman video kumpulan Telegram itu menunjukkan pelbagai objek dari duit syiling hingga kepada sudu garfu dan kunci, yang didakwa mampu melekat di tubuh mereka setelah diberi suntikan vaksin COVID-19.

Kandungan yang dikongsi 'SG The Magnetic Group' itu "menarik" pelbagai reaksi daripada warga net.

Namun, ada juga yang tegas menolak dakwaan tersebut.

Bahan digunakan bagi vaksin dimaklumkan secara terbuka kepada orang ramai dan tiada yang mempunyai daya tarikan magnet, kata mereka.

Ada pula yang berseloroh memberi gelaran 'Magneto' - watak komik X-Men yang boleh memanipulasi logam; bahkan syorkan mereka mandi kerana duit syiling boleh melekat pada badan yang melekit dan berminyak.

Sebenarnya dakwaan dibuat kumpulan itu bukan sesuatu yang unik atau baru.

Seawal Mei lalu, video serupa tular di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, India dan Malaysia.

Bahkan, individu yang mengaku ada kuasa semberani sudah lama wujud sebelum bermulanya pandemik lagi.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan dan ilmu fizik sebulat suara menegaskan dakwaan vaksin COVID-19 mengandungi magnet sebagai satu hoaks.

Jadi, apa sebenarnya penjelasan saintifik kepada fenomena itu?

"Ia merupakan satu fenomena tegangan permukaan (surface tension) di mana, terutama sekali di Singapura di mana cuaca begitu panas jadi kulit kita sentiasa lembab.

"Dan disebabkan kita berpeluh dan lembab, apabila kita letak bahan yang begitu ringan seperti sudu atau garfu atau pun butang besi, syiling di atas kepala, ia boleh melekat.

"Masalahnya sekarang, kita bukan sahaja perlu menumpaskan pandemik ini. Kita perlu juga menangani infodemik di mana berita-berita palsu menular di media sosial.

"Jadi jalankan peranan kita untuk memastikan bahawa berita-berita palsu ini tidak ditularkan supaya ia tidak dapat menghambat usaha kita untuk menumpaskan pandemik ini," kata Dr Elly Sabrina Ismail, Pengarah Banyan Clinic Pte Ltd. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan