Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Beli tat, intinya tiada - benar-benar silap atau disengajakan si penjual?

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Beli tat, intinya tiada - benar-benar silap atau disengajakan si penjual?

(Gambar: Tangkapan skrin video @Yumi Ayummi/TikTok)

BERITAmediacorp: Sudah genap 15 hari kita berpuasa dan keghairahan untuk menyambut Lebaran semakin terasa - antaranya tak sabar untuk makan kuih raya.

Heboh di media sosial pengalaman mengecewakan seorang wanita yang membeli kuih tat nanas tapi intinya tiada!

Benar-benar silap atau disengajakan si penjual? 

Apa perasaan anda jika mendapati bukan satu atau dua, tetapi hampir kesemua kuih tat yang baru dibeli kekurangan bahan utamanya - iaitu inti nanas.

Pasti hampa bukan?

Begitulah pengalaman seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Yumi Ayummi.

Kuih tat nanas yang dibeli tiada intinya dan hanya dapat biskut kosong.

Perkara itu dikongsikan di aplikasi Tiktok miliknya dengan kapsyen “Nenasnya mana. Terkejut saya,” tulisnya.

Harganya pula bukan murah -  $22!

"Ingat prata kosong aja. Sekarang dah ada kuih tat kosong."

"Kuih tat diet kot..."

"Mungkin inti kena beli asing," gurau beberapa netizen di ruang komen, namun tidak semua terhibur sama. 

"Kenapa lah jualan buat macam ini? Tak baik kan?"

"Niaga biarlah ikhlas."

"Mustahil masa dia susun tak nampak. Ini buat-buat tak nampak aja ni," tulis warga net lain yang keras mengecam penjual kuih itu.

Ada yang menggesa pemuat naik video tersebut membuat aduan dan menuntut kembali wangnya.

Wanita itu bagaimanapun ingin berbaik sangka dan tidak mengongsi nama atau lokasi kedai kuih tersebut.

Ternyata, lain orang lain selera. Sebilangan netizen teruja melihat kuih tat yang tidak berinti itu dan meminta kuih itu dijual kepada mereka.

"Ini bagus untuk orang yang tidak suka nanas, macam saya."

"Sedapnya makan tepung dia aja, mari bagi dekat saya."

Sememangnya, kuih tat tanpa jem nanas boleh didapati di pasaran, seperti yang dijual di Shopee Malaysia ini.

Anda sudi cuba kuih 'Tart-de Inti'?

Sumber : BERITA Mediacorp/IH/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan