BERITA+: Baju raya untuk kucing dapat sambutan, jenama tempatan jual 1,300 pasang dalam masa sebulan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memakai baju raya sedondon sudah menjadi kelaziman bagi sesetengah keluarga pada setiap Syawal.
Ada juga yang sanggup berbelanja ratusan dolar untuk belikan sekali kucing-kucing peliharaan mereka baju raya supaya sama sedondon Lebaran ini.
Antara mereka ialah Encik Adem Shaefhaneff yang mempunyai tiga ekor kucing peliharaan.
Selain baju raya, beliau juga memastikan kucing-kucingnya siap 'didandan' oleh pendandan profesional untuk tampil bergaya di Hari Raya.
"Selalunya kita selalu sudah siap sedia beri mereka dandanan dahulu jadi tidak ada bulu yang tersimpul kerana dia kucing British Shorthair, kadang-kadang bulunya kalau kita tidak jaga betul, akan tersimpul juga. Dua, tiga minggu kita hantar dandanan dahulu untuk memastikan tidak ada tersimpul bulunya," kata Encik Adem, 40 tahun kepada BERITAmediacorp.

Perbelanjaan bagi baju raya dan khidmat dandanan untuk ketiga-tiga ekor kucingnya boleh mencecah hampir $350.
"Idea pertama ia datang tiga tahun lalu apabila kita pertama kali dapat kucing kita ini. Baju biasa kita sudah beli tetapi itu biasanya kita beli di kedai haiwan peliharaan sahaja cuma masa itu hendak dekat musim raya jadi ada baju kurung dan kita daripada itu terlintas idea pertama hendak belikan mereka. Kita anggap mereka sudah macam keluarga jadi kita hendak pakai warna sama seperti untuk 3 tahun yang lalu kita biasanya sama warna dengan mereka," kongsi Encik Adem.

Sebelum ini, Encik Adem selalunya mendapatkan baju raya untuk kucingnya secara online namun sukar untuk mencari yang sesuai.
Untuk itu, tahun ini beliau tertarik untuk dapatkan baju raya kucingnya menerusi jenama tempatan, Glam Cats yang menawarkan lebih banyak pilihan.
MEMBERI LEBIH BANYAK PILIHAN BAGI BAJU RAYA KUCING
Bukan sahaja baju Melayu, syarikat berkenaan juga menawarkan pakaian kurta dan kebaya untuk digayakan kucing kesayangan pada Hari Raya.
Idea memulakan perniagaan ini tercetus apabila pengasas Glam Cats, Kiara Erwina sendiri dapati kurangnya pilihan baju raya yang sesuai untuk kucing peliharaan.

Beliau mula menjual produknya seminggu sebelum Ramadan lalu dan dalam masa kurang sebulan di pasaran, lebih 1,300 pasang baju raya kucing sudah terjual.
"Sebagai seorang pencinta kucing, pada mulanya kita macam hendak cari baju raya kucing, kita perlu mencari di negara Malaysia jadi di situ kita keluarkan idea kita sendiri untuk cipta baju raya kucing sendiri selepas itu jual di Singapura. Jadi rakyat-rakyat Singapura tidak sangka tahun ini banyak yang teringin hendak dapatkan baju raya kucing untuk kucing mereka," kata pengasas Glam Cats, Kiara Erwina, 34 tahun.

Ada juga yang pernah bertanya pada Cik Kiara sekiranya memakaikan baju untuk kucing itu seperti menyeksa haiwan peliharaan tersebut.
Oleh itu, beliau memastikan keselesaan menjadi pertimbangan utama dalam rekaannya.
"Jadi pertama kali kita perlu memastikan kualitinya. Jadi fabrik ialah paling penting. Kita perlu memastikan kain yang digunakan untuk mereka baju ini selesa untuk cuaca di Singapura. Jadi batik yang digunakan ini, buatannya daripada sutera bukannya bahan kapas kerana sutera sejuk dan renda itu kita tidak pakai renda biasa tetapi kita ada 'lining' di dalam. Jadi bila kucing itu pakai, agak selesa dan bebas untuk mereka berjalan dan juga gerak. Selepas itu kita juga ada potongan seperti ini potongan dia. Jadi potongan dia ini untuk kucing-kucing betina yang hamil atau menyusukan bayinya. Jadi potongan di sini (di bahagian perut) ialah untuk kucing senang menyusukan anak-anaknya," jelas Cik Kiara.
MENGADAKAN PERTANDINGAN FESYEN BAGI KUCING BERAYA
Menurut Cik Kiara, hampir 80 peratus daripada baju raya kucingnya sudahpun terjual.

Perniagaan online itu juga dapat sambutan daripada pelanggan luar negara.
Antara strategi pemasarannya termasuk mengadakan pertandingan fesyen baju raya kucing yang dinamakan Peraduan Raja dan Ratu Glam Cats di media sosial.
"Idea itu datang secara spontan kerana kita pun mahu pelanggan kita menikmati pertandingan seperti ini. Bukan sahaja membeli tetapi kita pun mengadakan peraduan bagi kucing jantan dan kucing betina. Jadi kami akan memilih pemenang-pemenang dari segi gambar yang kreatif jadi bagi kucing-kucing yang memakai baju raya Glam Cats, mengeluarkan gambar yang kreatif, daripada situ mereka akan menang trofi dan juga hadiah sagu hati," kongsi Puan Kiara.
Cik Kiara berharap dapat mengembangkan lagi perniagaannya dengan mengeluarkan koleksi baju raya dewasa tahun hadapan supaya para pelanggannya juga boleh memakai baju raya sedondon dengan kucing peliharaan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.