BERITA+: Artis kaligrafi Cina dan pemain alat muzik guzheng gunakan seni sebagai jambatan hubungan antara kaum
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masih jelas lagi dalam ingatan Mohamed Faizal Mohamed Salim waktu pertama kali beliau mendengar petikan tali guzheng dalam satu persembahan di sekolah dahulu pada 1996.
Encik Faizal kemudian menyimpan tekad untuk belajar alat muzik tradisional Cina itu.
"Hanya tahun 1999, baru tahun itu saya pergi ke satu sesi untuk belajar main guzheng. Jadi sebelum itu tidak ada peluang kerana alat muziknya mahal. Jadi dalam tahun 1999 pakcik saya hadiahkan saya satu guzheng jadi dari situ saya bermula belajar main guzheng," kata Encik Faizal.
KERJAYA PEMAIN SENI TRADISIONAL AGAK MENCABAR
Encik Faizal yang juga merupakan seorang jururawat privet sambilan, kini memenuhi undangan bermain guzheng dalam pelbagai persembahan.
Perkongsiannya di media sosial juga menarik perhatian ramai terhadap alat muzik tradisional ini.
Beliau memberi sentuhannya tersendiri dalam seni ini untuk mengajar masyarakat tentang kepelbagaian budaya.
"Instrumen guzheng ini difahamkan hanya untuk bermain muzik tradisional Cina tetapi saya ubahkan untuk pecahkan batasan gunakan guzheng ini untuk bermain muzik-muzik Melayu, India atau lagu-lagu barat ataupun lagu-lagu Arab. Jadi kemungkinan dari situ saya buat video, muat naik di Facebook semua. Ramai orang yang kagum. Lagi-lagi daripada kaum orang Cina mereka kagum seorang anak Melayu mahir bermain alat muzik Cina," tambah beliau.
Menerusi guzheng juga, Encik Faizal berharap dapat memperkenalkan lagu-lagu Melayu kepada bangsa lain.
"Rancangan saya seterusnya sebenarnya adalah untuk memberi inspirasi atau membawa gubahan saya ke negeri Cina untuk memberi inspirasi kepada mereka dan juga membawa lagu-lagu Melayu, membuat persembahan untuk orang-orang Cina jadi mereka boleh lihat apa yang boleh dilakukan oleh instrumen mereka sendiri. Salah satu guru daripada Taiwan ataupun dari negeri Cina yang kongsi video saya bermain muzik Melayu," kata Encik Faizal.
MASYARAKAT CINA HARGAI PENGLIBATAN ARTIS MELAYU
Bagi seorang lagi anak Melayu, seni tradisional kaligrafi pula yang menarik perhatiannya.
Minat Encik Malik Mazlan terhadap seni tradisional itu bermula pada tahun 2009 dan kini beliau sudah membina nama tersendiri dalam seni ini.
"Setakat ini orang Melayu menghargai. Masyarakat Cina pun agak terbuka jadi saya dipelawa untuk memberi ceramah, komisen kerja, walaupun dari segi kumpulan umur agak terbuka, dari lebih tua kepada generasi muda saya cuba untuk berhubung dengan mereka. Saya pun buat tradisional tetapi saya juga ceburi dalam pengekodan, dalam realiti maya untuk berhubung dengan mereka," kongsi Encik Malik.
"Minat saya dalam kaligrafi bermula bila saya cikgu saya dari Jepun ajar saya seni ini. Dia seorang guru di sekolah antarabangsa di Changi. Dia bawa saya tengok bilik darjahnya dari situ saya tengok ini dipanggil kaligrafi Jepun dari itu mulalah minat saya. Dari situ dia beri saya berus kaligrafi dan dia cakap dengan saya jangan putus asa dan sampai hari ini saya buat seni kaligrafi," tambah beliau.
Menurut beliau, seni kaligrafi ini bukan satu seni yang mudah dan penting untuk mendapatkan bimbingan seorang guru dan perlukan disiplin.
"Seni kaligrafi ialah satu seni yang bagusnya intelek Cina sudah letak banyak sumber dalam talian. Selain itu banyak buku-buku kaligrafi Cina yang kita perlu ada. Dia memang kalau angkat berus pertama kali memang senang juga. Tetapi apa orang cakap nampak senang tetapi susah untuk menyesuaikannya. Yang agak payahnya ialah mencari cikgu dan kita perlu cari cikgu yang ikhlas," jelas Encik Malik.
Beliau juga berkongsi fakta menarik yang ramai tidak tahu.
"Ramai orang fikir kaligrafi hanya di kertas tetapi kalau kita tengok sejarah kaligrafi cina, dia diukir di tulang-tulang, dia disemat pada besi dan ditulis atas sutera. Jadi ramai orang ingat semua kertas sahaja tetapi tidak. Memang sejarahnya macam-macam bahannya yang diukir, ditulis, disemat," kata Encik Malik.
Karya seni Encik Malik juga sudah membawanya ke seluruh Asia dari Tokyo ke Beijing.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.