BERITA+ ARCH SQUARE: Pusat pendidikan arkeologi dan warisan hidup pertama di SG dan rantau ini
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah pusat pendidikan khusus untuk bidang kajian arkeologi serta Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) yang pertama seumpamanya di Singapura dan serantau dibuka kepada umum, semalam (1 November).
ArCH Square yang terletak di Kampong Gelam bertujuan memperkasa orang ramai mendalami sejarah dan warisan hidup menerusi pameran, program juga bengkel.
Muzium kecil kaji purba terbaharu itu memaparkan artifak, program tetap dan sementara serta bengkel-bengkel yang merangsang pembelajaran dan penemuan, memupuk minat kepada sejarah dan warisan yang terkait dengan identiti bangsa kita.
"Pusat baharu ini yang dikendalikan oleh Heritage SG merupakan wadah utama dan juga pemangkin penting dalam bidang arkeologi dan warisan tidak ketara. Pusat ini terletak di Kampung Gelam yang merupakan tempat yang bersejarah. Mungkin ramai tidak tahu tentang Kampong Gelam yang mempunyai hubungan rapat dengan arkeologi. Istana Kampong Gelam yang sekarang ini menempatkan Taman Warisan Melayu merupakan salah satu tapak ekskavasi atau penggalian arkeologi pertama di Singapura.

"Lokasi kami juga sangat strategik kerana kami juga berada berdekatan dengan kawasan budaya yang lain selain daripada Taman Warisan Melayu, juga Pusat Warisan India yang tidak jauh dari sini Little India. Jadi, kami mengharapkan yang pusat ini dapat menjadi sebahagian daripada jaringan warisan di Singapura," ujar Pengarah (Galeri, Pameran dan Muzium), HeritageSG, Cik Asmah Alias.
Pameran tetap ArCH Square menelusuri bahan-bahan warisan dan warisan hidup Singapura, menghubungkan penemuan arkeologi, tradisi kehidupan dan kenangan budaya.
Untuk mencerminkan lapisan-lapisan ini, laluan bertema membimbing pelawat melalui pameran dengan cara yang melihat artifak bukan secara terpisah, tetapi sebagai sebahagian daripada jaringan hidup amalan yang menghubungkan masa lalu, masa kini dan tempat.
Zinnurain Nasir yang lebih ringkas dengan panggilan Zinn, merupakan kurator di ArCH Square yang berkongsi antara penemuan artifak menarik seperti periuk uri bayi serta batu nisan.
"Antara penemuan di Kampong Gelam ini sebenarnya adalah periuk uri ini. Digunakan oleh masyarakat Melayu pada sekurang-kurangnya kurun ke 18, ke 19 dan juga pada awal kurun ke 20. Digunakan untuk menanam uri bayi dan juga tali pusat bayi. Antara keunikannya ialah periuk-periuk uri ini ditanam berdekatan dengan kawasan masjid dan juga kawasan Istana Kampong Gelam.
Objek-objek lain yang ditemui di Kampong Gelam adalah artifak-artifak yang ditemui di tapak penggalian Sultan Gate pada tahun 2017 dan 2018. Artifak paling menarik bagi saya adalah penemuan batu nisan kecil yang dipamerkan di sini, kerana ia merupakan bukti bahawa terdapat syarikat yang mengendalikan batu-batu nisan buat masyarakat Melayu/Islam pada masa tersebut," kongsi Encik Zinn.

ARCH SQUARE PAPAR ARTIFAK DAN PROGRAM YANG HIDUPKAN SEJARAH MELAYU DAN WARISAN HIDUP
Selain arkeologi dan pameran tetap, ArCH Square juga menampilkan pameran sementara yang akan digantikan dari semasa ke semasa.
"Pameran pertama bertajuk Floralscapes yang meneliti bagaimana elemen bunga telah digunakan atau dipelajari dalam pelbagai budaya di masyarakat Singapura. Seperti contoh, ini adalah pameran Sirih Junjung dengan Sirih Dara oleh Jabir Amin yang menunjukkan evolusi Sirih Junjung dengan Sirih Dara di kalangan masyarakat Melayu. Antara penambahan moden sekarang adalah bunga Baby's Breath, sebenarnya dari barat. Dan juga bagi Sirih Dara, ini adalah penambahan - penyertaan cucuk sanggul yang memang pada masa dahulu tidak pernah digunakan untuk menghiasi Sirih Dara," ujar Encik Zinn.
"Arkeologi merupakan kaedah yang penting untuk mencari bukti dan juga maklumat mengenai sejarah pra-penjajahan Singapura. Warisan tidak ketara atau ICH pula merangkumi tradisi dan amalan turun-temurun yang merupakan sebahagian daripada kehidupan kita hari ini dan mencerminkan juga identiti kita sebagai masyarakat Singapura. Apabila kedua-duanya digabungkan, kami harap ia dapat membantu para pengunjung ke pusat ini untuk lebih mendalami dan memahami lagi tentang pelbagai lapisan sejarah Singapura. Dengan mengetahui tentang masa lampau dan berinteraksi dengan amalan dan tradisi kita pada saat ini, ia juga kami harapkan dapat memberikan satu inspirasi untuk para pengamal kita dan juga para pengunjung untuk meneruskan kisah dan tradisi Singapura dan juga memberikan pandangan atau perspektif yang lebih mendalam dan lebih kaya mengenai sejarah warisan negara kita," tambah Cik Asmah.
ARKEOLOGI DAN WARISAN HIDUP DIGABUNG BAGI JENTIK MINAT TERHADAP SEJARAH SG
ArCH Square juga akan menawarkan pelbagai program kepada orang ramai untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang arkeologi dan Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH), termasuk bengkel di mana mereka boleh meneliti artifak-artifak dengan lebih dekat lagi, mengenalpasti bahan serta motif juga mempelajari bagaimana para ahli arkeologi membongkar sejarah.
"Dengan melihat dan memegang serpihan-serpihan yang digali sendiri, orang ramai dapat tahu cara kehidupan orang dari masa lampau sekitar 600 tahun lalu - orang dahulu masak di mana, mereka bekerja di mana, apa yang mereka makan dan cara-cara kehidupan juga.
"Bukan selalu kita dapat memegang dan melihat khazanah negara kita dan dengan menghadiri bengkel-bengkel arkeologi yang dijalankan di ArCH Square, kita dapat belajar tentang sejarah kita dan menyumbang kepada penyelidikan dan naratif tentang bidang arkeologi di Singapura," ujar Pembantu Penyelidik Arkeologi, ArCH Square, Muhammad Amiruddin Aman.
Selain usaha di peringkat tempatan, ArCH Square juga akan bekerjasama dengan institusi, pertubuhan, penyokong dan ahli akademik antarabangsa bagi memupuk pertukaran ilmu serta perkongsian sumber, demi mengembangkan minat dan melanjutkan penghargaan masyarakat terhadap warisan dan sejarah kita.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.