BERITA+ Anugerah 2026: Juri harap peserta tunjukkan kesungguhan, tingkatkan prestasi untuk ke peringkat akhir
- Eight contestants, including Akif Halqi and Farras Qushayyi, who advanced through the Wildcard, are preparing for the Anugerah 2026 semi-final on Tuesday, 13 October, at 8.30pm, as they vie for a place in the final.
- Judge Najip Ali assessed Farras’ performance positively and cited fan support as Akif’s strength; he stressed the importance of confidence, sincerity and enjoyment when performing a song.
- Akif wants to try a new approach on stage while strengthening his vocals, while Farras will choose a song suited to his strengths in love songs after linking last week’s elimination to his song choice.
- Firdaus wants to improve his vocal technique and stage presence, while Nada is working to address her breathing problems and improve her position; Najip encouraged the contestants to keep developing their talent to face the challenges of the arts industry.
- Lapan peserta, termasuk Akif Halqi dan Farras Qushayyi yang mara melalui Wildcard, bersiap menghadapi separuh akhir Anugerah 2026 pada Selasa, 13 Oktober, jam 8.30 malam, demi merebut tempat di final.
- Juri Najip Ali menilai persembahan Farras dengan baik dan menyebut sokongan peminat sebagai kekuatan Akif; beliau menekankan keyakinan, kejujuran dan keseronokan ketika menyampaikan lagu.
- Akif mahu mencuba pendekatan pentas baharu sambil memperkukuh vokal, manakala Farras akan memilih lagu yang sesuai dengan kekuatannya dalam lagu cinta selepas mengaitkan penyingkiran minggu lalu dengan pilihan lagu.
- Firdaus mahu memperbaiki teknik vokal dan penguasaan pentas, sementara Nada berusaha menangani masalah pernafasan dan meningkatkan kedudukan; Najip menggalakkan peserta terus membina bakat untuk menghadapi cabaran industri seni.
SINGAPURA: Bahang Anugerah semakin terasa dengan kemuncaknya semakin hampir!
Pusingan Separuh Akhir juga dijangka lebih sengit dengan penyertaan dua peserta daripada pusingan 'Wildcard' iaitu Akif Halqi dan Farras Qushayyi.
Juri tetap Anugerah 2026, Najip Ali berkata, "Saya rasa Farras telah menunjukkan satu persembahan yang baik. Aina Abdul sangat suka dengan persembahan dia. Akif mempunyai ramai peminat-peminat jadi itu juga adalah kekuatan Akif dan dia telah cuba untuk membuat yang terbaik juga"
Peluang kedua itu juga tidak dipandang remeh oleh Akif dan Farras.
Ia merupakan satu peluang bagi mereka untuk menunjukkan 'taring' mereka dalam pusingan separuh akhir.
"Bagi saya adalah yang penting tiga perkara selalu bila sampai ke tahap ini. Keyakinan dalam memaksudkan pengertian cerita. Kejujuran dalam menerima atau memberikan jalan cerita dalam lagu tersebut dan bila ada masa, ada keseronokan, masa untuk berhubung dengan penonton dan di tv dan juga di dalam studio adalah penting. Keyakinan, kejujuran dan keseronokan," jelas Najip Ali.
Akif, 30 tahun, yang sudah sering berada di kedudukan yang tertinggi dari segi undian, sekali lagi menguasai kedudukan undian dalam pusingan 'Wildcard'.
Pencapaiannya itu ternyata memberi semangat buat beliau untuk terus memberikan yang terbaik.
"Dalam segi strategi, pertama sekali kata-kata Abang Hady Mirza masih bermain di fikiran saya. Dia kata bekerja dengan bijak. Jadi saya mahu cuba sesuatu yang baharu tetapi ia masih pertandingan menyanyi walaupun saya nak tunjuk benda yang berbeza dari segi mungkin persembahan saya, menguasuai pentas atau tarian tetapi saya nak mempertingkatkan suara saya dan mudah-mudahan saya dapat memuaskan hati semua orang dalam segi nyanyian," kata Akif Halqi kepada wartawan Danish Aiman.
Selain persembahan, pemilihan lagu juga antara perkara yang perlu dipertimbangkan buat para peserta.
Menurut Farrass, penyebab utama beliau disingkirkan minggu lepas ialah pemilihan lagu.
Oleh itu, beliau akan memberi perhatian lebih dalam membuat pemilihan lagu untuk pusingan separuh akhir.
"Pemilihan lagu itu penting dan saya rasa saya akan pilih lagu yang betul-betul yang menunjukkan diri saya. Kak Aina cakap saya punya kekuatan ialah macam lagu-lagu cinta dan mungkin saya akan buat itu benda," jelas Farras Qushayyi, 28 tahun.
LAPAN PESERTA GIGIH BERLATIH DAN MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR
Mereka akan bersaing dengan enam peserta lain bagi menempah tempat dalam pusingan akhir Anugerah.
Ini termasuk Nada Fitri, 24 tahun dan Firdaus Senin, 30 tahun yang sama-sama sibuk membuat persiapan dan menyusun strategi mereka.
"Saya ingin perbaiki vokal teknik saya dan juga saya punya penguasaan pentas kerana di atas pentas ini kita bukan sahaja nyanyi, kita harus tunjukkan kita punya kefahaman dalam lagu dia dan juga kita punya penguasaan pentas bila kita membuat persembahan. Selalunya kita diri depan cermin bila kita menyanyi walaupun nampak macam pelik tapi itu antara perkara yang kita perlu buat juga," kata Firdaus Senin.
Bagi Nada pula, beliau bertekad untuk membuat yang terbaik dan memperbaiki kedudukannya dari tangga keempat dalam pusingan suku akhir.
"Saya harap para peminat dapat melihat perkembangan saya di dalam segi vokal. Sesuatu yang mereka tak pernah nampak kerana saya tahu memang masalah saya satu sahaja, pernafasan saya. Sudah tentu saya akan membuat persembahan yang lebih baik berbanding minggu lepas," kata Nada Fitri.
Pihak juri juga berharap para peserta dapat melihat perjalanan mereka itu sebagai satu permulaan dalam mereka melangkah masuk ke persada seni.
"Saya sebagai juri dah lama, saya inginkan mereka ini benar-benar menunjukkan saya mereka berhak untuk berada di pentas dan industri ini. Industri ini semakin besar tetapi cabaran pun makin banyak tapi saya nak lihat mereka benar-benar ada semangat tak? Mereka benar-benar nak berada di industri ini? Untuk berada di dalam program ini tidak mengapa, tapi adalah bagaimana untuk mengekalkannya. Untuk kekal di dunia industri ini. Kecil tapi sangat dinamik. Jadi inilah satu harapan saya. Mereka terus menggali ilmu, membina bakat mereka dan setiap kali benda yang muncul, ada penambah baikkannya," jelas Najip Ali.
Anda boleh saksikan kesemua lapan peserta beraksi dalam pusingan separuh akhir Anugerah 2026 pada Selasa (13 Okt), jam 8.30 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.