BERITA+: Aktivis teater Dr Noorlinah Mohamed jadi Penerbit Kreatif Melayu pertama NDP
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, Perbarisan Hari Kebangsaan mendapat sentuhan seni seorang penerbit kreatif Melayu, aktivis teater dan pendidik seni, Dr Noorlinah Mohamed.
Penyanyi yang semakin mengharum namanya, Amni Musfirah Abdul Rashid pula diberi penghormatan untuk membuka tirai segmen persembahan NDP 2024.
Mereka berkongsi bersama Roslinda Rahmat persiapan untuk acara gah pada 9 Ogos itu nanti.
PENUHI IMPIAN BUAT PERSEMBAHAN DALAM NDP
Ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan.
Tanggungjawab yang diberikan kepada penyanyi, komposer dan penerbit berusia 29 tahun, Amni Musfirah, untuk membuka tirai segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini terasa berat sekali.
"Memang daripada kecil lagi, Amni suka menonton acara Hari Kebangsaan, terutama apabila menonton Taufik Batisah bersama Rui En menyanyikan lagu Reach Out For The Skies. Pada masa itu, Amni baru mula berkecimpung dalam industri muzik. Waktu itulah Amni memendam harapan agar suatu hari nanti InsyaAllah mendapat peluang itu.
"Pada Amni, erti Hari Kebangsaan adalah hari di mana kita kenang bahawa kita datang daripada waktu yang sangat susah dahulu dan kini Amni hidup dalam keadaan yang sangat senang. Tetapi kesenangan akan boleh ditarik balik jikalau kita tidak berhati-hati," dedah Amni kepada wartawan Roslinda Rahmat.

Komitmen Amni membuatnya terus memperhalusi persembahan sewaktu latihan.
"Setiap minggu Amni akan diberi rakaman video oleh penerbit. Dari situ kita kritiklah persembahan Amni dari segi dandanan dan tatarias, dari segi pakaian, dari segi kasut, pergerakan Amni dan juga sudut pandang kamera. Kita kena ingat bahawa persembahan itu bukan sahaja untuk penonton di Padang tetapi juga penonton di rumah. Jadi, sudut pandang kamera itu, pergerakan Amni, semua mesti cantik.
"Kostum yang Amni pakai itu ada sayap atau kepak. Jadi kepak itu selalu tutup separuh muka Amni. Jadi kita selalu perlu lakukan latihan bersama jurukamera. Kalau Amni toleh ke sini, mesti pastikan kamera itu dapat tangkap sudut yang baik. Dan selain itu kita juga kritik penampilan dan pakaian juga. Apa yang kita boleh cantikkan lagi setiap minggu itu, kita akan cuba," jelas Amni.
Lulusan Kolej Muzik Berklee, Boston, Amerika Syarikat itu mendapat perhatian penerbit kreatif NDP tahun ini, Dr Noorlinah Mohamed.
"Saya mencari penyanyi-penyanyi baru di Instagram untuk ditampilkan. Pada suatu hari, ada satu Instagram untuk menonjolkan seorang artis lain, tetapi saya terlihat Amni di belakang artis itu. Saya dengar suaranya. Dari situ, saya ketahui yang dia pernah bernyanyi banyak kali, termasuk dalam Chingay dan malah dikenali di luar negara. Dan suaranya begitu merdu! Selepas itu, kami cari jalan dan fikirkan untuk pamerkan dia di mana? Ayuh beri dia buat persembahan pembukaan! Dialah Bunga Anggerik! Amni memakai baju warna putih kerana set pencahayaan itu boleh membuat warna-warni yang berlainan di atas baju itu.
"Kain tambahan yang kelihatan seperti sayap pada lengannya pula sebenarnya kelopak bunga orkid. Kerana dia akan muncul dari bawah pentas menggunakan suatu alat jentera. Apabila kelopak bunga orkid yang tertutup di atas pentas itu terbuka, maka Amni pun dipersembahkan kepada penonton. Dia keluar dari bunga itu. Maknanya, inilah bunga orkid yang sedang mekar. Amni lah penyanyi baharu yang sedang mengharum namanya. Begitu." Demikian penjelasan Dr Noorlinah yang merupakan seorang aktivis teater dan pendidik seni.
Amni yang biasanya mempersembahkan lagu pop dan R&B mempelajari gaya dan nada nyanyian Melayu tradisional untuk persembahan pertamanya.
"Bersyukur sekali, dan lagu itu Amni harus belajar sedikitlah lenggok Melayu dengan seorang guru vokal lagu tradisional - Jamilah Abu Bakar, yang mendapat gelaran Puteri Keroncong di Malaysia.
SENTUHAN KREATIF PENERBIT MELAYU PERTAMA NDP: DR NOORLINAH MOHAMED
Ini juga merupakan penampilan pertama Dr Noorlinah sebagai Penerbit Kreatif NDP 2024, anak Melayu pertama diberi tanggungjawab itu.
"Sebagai penerbit, saya ini sebagai seutas benang, mengaitkan elemen-elemen yang berbeza untuk menjadikan acara yang padu. Salah satu cabarannya adalah untuk membina hubungan dan persefahaman di antara satu sama lain kerana acara ini besar sekali. Dan tahun ini, kita melibatkan lebih dari 3,500 peserta (berbanding 2,400 pada tahun lalu)."

Hasilnya, kisah Singapura yang disampaikan dalam satu pertunjukan gah yang kreatif, memukau dan mengusik jiwa.
Ia juga menjanjikan pengalaman menonton yang lebih intim dengan pentas yang direka khas.
PENERBIT KREATIF MELAYU PERTAMA NDP SUNTIK KESEGARAN DAN KELAINAN
"Membuat pentas menghadap 360 darjah. Jadi di mana penonton duduk, semuanya akan dapat lihat dengan sempurna. Nilai estetik ini boleh dikatakan lebih tinggi. Usaha kami memberi penonton peluang untuk menikmati upacara ini dengan kurang terganggu," ujar Dr Noorlinah.
Sebagai penghibur, Amni pula akan menyanyikan tiga buah lagu, termasuk satu gubahan asli yang dipersembahkan buat pertama kalinya dalam NDP 2024.
Amni kemudian tampil dengan lagu kedua ‘Hold Up The Sky’, berpentaskan sebuah bahtera.
Lagu Inggeris yang senikatanya ditulis oleh Kaylene Tan dan dicipta Bang Wenfu itu merupakan simbol perpaduan dalam pembangunan negara - satu lagi nilai murni yang berakar Melayu.
"Lagu itu sebenarnya mengambil inspirasi dari lagu Pak Zubir Said, Anggerik Singapura, di mana kita tahu mesej beliau adalah Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung. Amni harap ia menjadi satu doa untuk generasi yang akan datang dan mungkin mengingatkan bahawa kita masih ada tugas untuk memperbaiki lagi hidup kita di Singapura.
"Lagu Hold Up The Sky ini sangat sama dengan stail nyanyian Amni. Jadi Amni sangat-sangat gembira dapat nyanyikan lagu itu," ujar Amni Musfirah.
Seorang lagi bakat yang akan membuat persembahan ialah penyanyi dan penggubah lagu Shazza.

Nantikan sentuhan tenaga kreatif mereka untuk menyemarakkan Sambutan Hari Lahir Singapura yang ke-59 pada 9 Ogos nanti!
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.