BERITA+: 10 Penglipur Lara generasi baharu dipersiap bagi melestarikan warisan budaya
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kohort pertama seramai 10 belia yang menjalani Program Pementoran, Warisan Budaya Tidak Ternilai (ICH), akan mempersembahkan hasil pengajian mereka kepada pengunjung sempena pembukaan semula Taman Warisan Melayu (TWM) di Pesta Pecah Panggung hujung minggu ini.
10 pencinta budaya itu menjalani program perintis pementoran itu dalam kemahiran seni Penglipur Lara.
Ini mewakili peralihan ketara ke arah pembelajaran silang generasi, menghubungkan generasi seterusnya dengan pengamal mahir ICH hari ini.
PENGLIPUR LARA TURUNKAN CERITA RAKYAT, PENGAJARAN & NILAI-NILAI PENTING
Ada guru sekolah pendidikan khas, ada mahasiswa sejarah yang suka main muzik, ada peminat sukan, pelakon, dan ada pelajar yang suka berbahas.
Begitulah profil kalangan peserta bagi kohort pertama Program Pementoran Warisan Budaya Tidak Ternilai (ICH) bagi seni Penglipur Lara, di bawah Lembaga Warisan Negara (NHB) yang dirintis Taman Warisan Melayu (TWM).
Selama tiga bulan, 10 belia dari pelbagai latar belakang itu berlatih bukan sahaja untuk menguasai kemahiran bercerita tetapi juga ilmu bagaimana menggenggam perhatian penonton sehingga boleh digelar Penglipur Lara.
"Program ini bertujuan untuk membentuk generasi pengamal warisan budaya yang baharu, sekaligus melestarikan warisan budaya kita. Kami telah memilih penglipur lara sebagai topik untuk program perintis kerana mengiktirafkan bahawa seorang penglipur lara itu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat-masyarakat di merata alam Melayu. Mereka menurunkan cerita rakyat, pengajaran dan juga nilai-nilai yang penting bagi kami semua," ujar Pengurus (Jangkauan Masyarakat & Pendidikan), Taman Warisan Melayu, Ilya Katrinnada Zubaidi.
"Di antara pengalaman yang memberi kesan apabila kami diberikan peluang dan ruang untuk mengelola versi pilihan rakyat mengikut cita rasa kami sendiri. Pada mulanya adalah rasa gementar. Namun, melalui sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan, keluarga dan mentor-mentor, saya dapat lihat perubahan baik dalam diri saya. Saya belajar bahawa seni penglipur lara ini bukan sekadar tentang teknik tetapi lebih kepada rasa keikhlasan dan keupayaan dalam penyampaian. Di sebalik sebuah cerita, ada makna, emosi dan nilai yang boleh menyentuh hati orang lain dan menghubungkan kita sebagai manusia," ujar Mohammad Alif Zainal atau ingin dipanggil Pak Tam - seorang lagi Menti, Program Pementoran ICH bagi seni lisan Penglipur Lara.
Kecintaan guru sekolah pendidikan khas ini terhadap bahasa dan budaya Melayu dipupuk arwah ibunya, merangsang minatnya terhadap seni penglipur lara.
"Sejak kecil lagi, saya melihat bagaimana ibu saya bertutur dengan penuh gaya, peribahasa dan kiasan yang sarat dengan makna dan kebijaksanaan. Dan apabila saya mula mengajar, saya sedar bahawa penceritaan ini bukan sekadar hiburan tetapi satu alat yang sangat berkesan untuk mendidik. Dari situlah keinginan untuk mendalami bidang ini mula timbul dan program seperti inilah yang membenarkan saya untuk menceburinya, kenang Alif.
LATIHAN 3 BULAN BENTUK KEMAHIRAN CERITA & LESTARI WARISAN MELAYU
Bagi peserta termuda kumpulan ini, pelajar madrasah yang terdedah kepada dunia perbahasan, minatnya terhadap seni penglipur lara berputik dengan tekad untuk mencabar diri.
"Kerana saya ingin keluar daripada zon selesa saya dan belajar untuk berkomunikasi. Latihan yang saya lalui amat menyeluruh kerana saya mempunyai mentor-mentor yang hebat seperti Cikgu Jumaini Ariff dan Kak Nadya (Hashim). Sebenarnya saya seorang yang pemalu. Dengan program ini, saya belajar untuk menggunakan intonasi suara, ekspresi muka dengan gerakan badan untuk menghidupkan sebuah watak dalam cerita," kongsi Nur Sarah Md Zaid, seorang lagi Menti, Program Pementoran ICH, Penglipur Lara.
Alif pula mencelah, "Latihan yang merangkumi aspek seperti kesedaran, kesedaran ruang, ekspresi tubuh dan mungkin kreativiti dalam menghasilkan props," merupakan antara manfaat
Sementara seorang lagi menti, Siti Syakirah, pula menambah, "Setiap minggu kita mempelajari pelbagai aspek penceritaan. Bermula dengan sejarah penglipur lara kepada teknik pelantunan suara, pergerakan badan dan kami juga mempelajari cara-cara untuk membuat prop-prop menggunakan bahan kitar semula."
Siti Syakirah yang merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator, yang juga guru drama dan pertuturan ini mengaku pada mulanya tidak tahu apa itu Penglipur Lara.
"Saya gemar pada lagu Hazama iaitu Penglipur Lara. Jadi dengan lagu itulah, saya mula berfikir, 'Eh, apakah istilah makna tersebut?' Dan saya mula Google, mengkaji dan mendalami tentang perkara tersebut.
Penglipur Lara adalah satu bentuk tradisi sastera lisan Melayu di mana pencerita yang dipanggil penglipur lara itu menyampaikan kisah-kisah kepada khalayak secara lisan, dengan tujuan menghibur, mendidik, dan menyampaikan nilai budaya.
"Pada mulanya ia agak sukar kerana kami perlu melakarkan cerita kami - skrip-skrip, dialog-dialog untuk pelbagai watak dan kami perlu sesuaikan untuk golongan kanak-kanak. Tetapi dengan bantuan mentor kami, iaitu Kak Jumaini dan Kak Nadya, Alhamdulillah, saya berjaya melakarkan cerita Atan The Island Boy dan mempersembahkannya pada pembukaan-semula Taman Warisan. Semua orang boleh menjadi pencerita tetapi menjadi seorang Penglipur Lara yang bagus, ianya amat sukar sekali. Ia perlukan bertahun-tahun pengalaman dan kami juga perlu mendedikasikan masa dan kita perlukan Faktor-X untuk menyerlah kepada golongan kanak-kanak dan juga para penonton," kongsi Siti Syakirah.
Kohort pertama para menti Program Pementoran Penglipur Lara, Warisan Budaya Tidak Ternilai (ICH) ini kini sedar, bahawa cerita rakyat bukan sekadar hiburan, tetapi juga ruang untuk menemui makna yang tersembunyi di sebalik kisah-kisah lama.
"Sepanjang tiga bulan ini, kami telah melihat kemajuan dalam kalangan menti kami dari segi kemahiran mereka dalam seni penceritaan dan juga dari segi kepercayaan diri mereka. Kami akan teruskan perancangan untuk program seterusnya yang akan memberi tumpuan kepada warisan budaya yang lain, bersama para menti dan mentor yang berbeza," ujar petugas TWM yang menguruskan program ini, Cik Ilya.
Beberapa seni kraf yang boleh menjadi pertimbangan TWM adalah seni batik lukisan tangan, pembuatan songkok tempahan khas, seni pementasan Dikir Barat serta pembuatan dan pembaikan gendang Melayu. Kesemua itu merupakan seni Melayu yang diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai (ICH).
Sebagai menandakan tamat kursus, 10 'Penglipur Lara muda' dalam kohort pertama Program Pementoran ini mempersembahkan hasil pengajian mereka pada hujung minggu ini sempena pembukaan semula Taman Warisan Melayu di Pesta Pecah Panggung.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.