Beraya di rantauan; 2 wanita SG ini kongsi pengalaman berjauhan dari keluarga
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Atikah Amalina, Farisha Ishak
BERITAmediacorp: Walaupun berada jauh di rantauan, tradisi Hari Raya tetap dikekalkan.
Itulah yang dikongsi bakat seni tanah air Farisha Ishak yang sedang berada di Vancouver, Kanada untuk beraya bersama keluarganya yang kini menetap di sana.

PENGALAMAN BERAYA DI KANADA
Walaupun sibuk menyiapkan lauk pauk raya, Cik Farisha sempat melakukan 'jalan raya' dengan saling kunjung-mengunjungi masyarakat Muslim di kawasan kejiranannya.
Namun, beliau akur bahawa sambutan dan persiapan Raya di Kanada tidak semeriah di Singapura.
"Selalunya, malam raya di Singapura kita ke Bazar Geylang untuk beli lampu lap lip dan permaidani. Di Kanada tidak ada Bazar Geylang jadi kita pergi ke Home Depot sahaja untuk beli 'Tiki Torch' untuk main bunga api, " ujar Cik Farisha.
"Bunga apinya juga lain, jadi Raya memang lain," tambahnya lagi.

Cik Farisha merupakan penuntut Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti North Carolina (UNC) dan kini menetap di Amerika Syarikat.
Beliau juga menyandang jawatan Presiden kumpulan pelajar, 'Carolina Women in Business' yang juga adalah kelab terbesar di sekolah perniagaan Kenan-Flagler UNC.

Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, Cik Farisha menjalani ibadah puasa di luar negara buat pertama kali sambil belajar di North Carolina bersama suaminya.
"Lain rasanya berpuasa di sini kerana tidak dapat dengar azan di radio, tidak ada dengar khutbah dan qasidah seperti di Singapura," jelas Cik Farisha.
Antara kelainan ketara lain yang beliau sangat rindui adalah berbuka puasa beramai-ramai.
"Kalau di sekolah pun tidak ramai orang sangat yang menjalani ibadah puasa jadi memang lebih susah," tambahnya lagi.
Namun, terubat juga rindu beraya apabila Cik Farisha dapat menziarahi keluarganya di Kanada untuk menyambut Aidilfitri bersama mereka.
PENGALAMAN BERAYA DI LONDON
Seperti Cik Farisha, Cik Atikah Amalina yang menetap dan bekerja di London juga akur suasana beraya di rantauan tidak semeriah di Singapura.

Beliau yang berhijrah ke London merindukan suasana berbuka puasa bersama keluarga.
"Tiada Bazar Ramadan besar-besaran di sini jadi semasa Ramadan, agak sunyi apabila berbuka dan pergi tarawih bersendirian," jelasnya.

Meskipun tidak ada bazar Raya, Cik Atikah berpeluang menghadiri acara "Eid in the Park" yang diadakan di beberapa taman di London.
"Walaupun tiada bazar Ramadan atau solat raya besar-besaran, kelainannya adalah masyarakat Islam di sini menganjurkan sambutan Aidilfitri dan solat Hari Raya di taman yang turut dipenuhi dengan pelbagai kegiatan lain," katanya kepada BERITAmediacorp.
Namun, Cik Atikah bersyukur dengan betapa besarnya masyarakat Melayu Singapura yang menetap di London yang membolehkannya menjalin persahabatan dan juga melepaskan rindu kepada Singapura.
CABARAN MENETAP DI LUAR NEGARA
BERITAmediacorp juga menanyakan bagaimana pengurus kanan program di sebuah syarikat berbilang negara (MNC) itu mengatasi pelbagai cabaran menetap di luar negara.

"Pada saya apa yang amat penting adalah mempunyai niat yang amat jelas mengapa saya menetap di luar negara dan bagi saya ia merupakan satu peluang keemasan untuk meluaskan rangkaian profesional saya dan mengembangkan kerjaya saya," kongsinya.
Satu cara beliau mengatasi cabaran yang dihadapinya adalah dengan mempunyai rutin untuk menjaga silaturahim dengan keluarganya.

"Saya mendapat kekuatan daripada perhubungan saya dengan orang tersayang dengan menelefon mereka dan sebagainya," jelasnya.
Rasa rindunya terubat kali ini apabila keluarga Cik Atikah mengunjungi beliau di London untuk merayakan Aidilfitri bersama-sama.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.