Beratur panjang buru wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina
Orang ramai dilaporkan terpaksa beratur lebih dua jam di mesin-mesin ATM pada hari pertama pelancaran wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina.
SINGAPURA: Orang ramai dilaporkan terpaksa beratur lebih dua jam di mesin-mesin ATM pada hari pertama pelancaran wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina.
Ada juga warga emas yang terus ke kaunter-kaunter bank juga gagal mendapatkan wang kertas baru tersebut.
Ini meskipun jumlah mesin ATM sementara ditambah kepada 61 dari 40 mesin.
Namun, barisan panjang tetap kelihatan di merata negara.
Malah, duta-duta jarak selamat perlu dikerahkan bank DBS di beberapa mesih ATM dan cawangan bank.
Had bagi mereka yang boleh mendapatkan langsung nota wang baru di kaunter bank juga dipenuhi dalam masa sejam.
Jumlah wang kertas baru yang dicetak juga dihadkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan diagih-agihkan kepada bank-bank untuk tempoh dua minggu mendatang.
Sebaliknya, MAS menggalakkan orang ramai untuk memilih kaedah-kaedah lain seperti e-hadiah bagi musim perayaan ini.
Kaedah itu juga selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.
Menurut DBS, QR hongbao yang ditawarkan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 30 syarikat menggunakannya untuk agihan kepada para pekerja mereka.
Jumlah itu meningkat daripada hanya lima syarikat pada tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.