Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beras Temasek dituai di blok HDB Tampines

Hasil pertama jenis padi yang ditanam di Singapura dituai dari ladang menegak di estet perumahan Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hasil pertama jenis padi yang ditanam di Singapura dituai dari ladang menegak di estet perumahan Tampines.

Projek itu dirintis Majlis Bandaran Tampines dan Yayasan Temasek sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan Singapura.

Bagaimanapun sebelum anda dapat menikmatinya, beras yang dituai itu akan diuji dahulu.

Diberi nama Beras Temasek, pokok padinya dituai dari ladang setinggi enam tingkat bangunan di tepi sebuah blok flat HDB di Tampines.

Pokok padi itu dapat bertahan dalam apa jua keadaan iklim.

Ia dicipta Makmal Sains Hayat Temasek.

Syarikat teknologi ladang di bandar, Netatech, menggunakan teknik pengairan baru dipanggil 'titisan tepat' untuk membekalkan air yang diperlukan tanaman padi itu.

Menerusi kaedah itu, jumlah beras yang sama banyaknya dapat dihasilkan dengan menggunakan air lebih rendah.

Sebagai contoh, hanya sekitar 750 liter air diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram beras iaitu hanya 30 peratus daripada apa yang lazimnya diperlukan di sawah.

Padi yang dituai akan dihantar ke makmal untuk diuji mutu dan khasiatnya.

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan