Berani dakap perkembangan AI dan berfikiran terbuka timba pengalaman kerja kunci dua anak muda ini terus cemerlang dalam bidang masing-masing
Anggaran Waktu Membaca:
Mohammed Noah Khan (kiri) dan Syainda Abdul Halil (kanan)
SINGAPURA: Mempunyai pemikiran yang terbuka, berani keluar daripada zon selesa dan merebut setiap peluang yang ada.
Itulah pendirian yang dipegang anak-anak muda Syainda Abdul Halil dan Mohammed Noah Khan dalam mencorak masa depan mereka.
Kedua-duanya ditukil dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lawrence Wong pada 17 Ogos lalu, sebagai contoh anak muda Melayu yang berjaya dan berani menyesuaikan diri dengan cabaran baharu.
TIDAK GOYAH HADAPI EKONOMI SUKAR, SEBALIKNYA BERANI CORAK LANGKAH DAN KEJAR PELUANG
Syainda Abdul Halil, 24 tahun, tamat pengajian di Politeknik Nanyang pada 2021 dengan diploma dalam bidang pemasaran.
Namun untuk memulakan langkah ke dunia pekerjaan pada waktu itu bukanlah sesuatu yang mudah baginya.
Manakan tidak, seluruh dunia pada ketika itu sedang bergelut dengan krisis COVID-19.

"Keadaan waktu itu memang mencabar. Pasaran kerja tidak menentu dan peluang agak terhad. Dalam fikiran saya, saya perlu bekerja keras, tidak terlalu memilih dan gunakan apa sahaja peluang yang ada untuk membina kerjaya saya. Saya tahu kalau saya terlalu memilih, saya akan terlepas peluang untuk merubah kehidupan saya," kata Syainda.
Mujur bagi Syainda, Pemerintah pada waktu itu memperkenalkan Program Pelatih SGunited, untuk memberi peluang kepada golongan muda meraih pengalaman kerja berharga.
Beliau akhirnya memutuskan untuk menyertai program itu di firma perkhidmatan kewangan JPMorgan Chase, meskipun bidang tersebut tidak berkaitan dengan pengajiannya.

Syainda berkata: "Saya tidak mampu untuk menunggu keadaan pekerjaan tetap. Saya tahu bahawa program pelatih ini ialah peluang bagi saya dan lebih baik mula dari situ. Buktikan kemampuan dan membina pengalaman saya daripada menunggu pekerjaan sempurna yang belum tentu akan datang. Program pelatih untuk saya juga bukan sementara, ia satu batu loncatan untuk sesuatu lebih besar."
Setahun selepas tamat program pelatih itu, Syainda ditawarkan pekerjaan sepenuh masa di firma yang sama.
Pada tahun 2023 pula, beliau bertukar skop kerjaya ke bidang Teknologi dalam firma itu - keputusan yang beliau anggap penting untuk memperkasa diri.
Syainda berkata: "Program pelatih ini membuka mata saya. Saya mendapat pengalaman 'hands on' - berurusan dengan pelbagai pihak dan belajar komunikasi eksekutif serta mengurus projek serantau. Semua ini membina keyakinan diri dan memberi asas kukuh untuk saya berkembang dalam kerjaya saya."
"Sebagai seorang Melayu muda, saya rasa bangga apabila diberi ruang untuk tunjukkan kemampuan dalam arena global. Saya mahu tunjukkan bahawa anak Melayu juga boleh menyerlah dalam peringkat antarabangsa," tambah beliau lagi.

Bagi Syainda, kunci utamanya ialah berani keluar dari zon selesa dan pantas menyesuaikan diri.
"Saya cepat menyesuaikan diri kepada perubahan dan memberi fokus kepada hasil yang membawa nilai kepada pasukan dan syarikat. Saya sedar bahawa setiap langkah saya mewakili masyarakat saya jadi itu yang memberi saya motivasi untuk terus maju," jelas Syainda.
Semasa menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya, PM Wong mendedahkan bahawa satu program pelatih baharu yang dibiayai pemerintah akan diperkenalkan kepada para lulusan Institut Pengajian Tinggi (IHL).
Program yang dibiayai pemerintah itu adalah bagi menangani keprihatinan tentang kesulitan mendapatkan pekerjaan di tengah-tengah prospek ekonomi yang suram.
Dan bagi Syainda yang telah meraih manfaat daripada Program Pelatih SGUnited yang diperkenalkan pada 2020, peluang sebegitu harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh para lulusan yang sedang mencari kerja.
Syainda berkata: "Saya rasa kita perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang sebegitu kerana ia tidak datang dengan mudah, ktia juga tidak akan tahu apa kerjaya itu boleh berikan kepada kita jadi kita perlu terus mempunyai pemikiran yang terbuka, dan memahami bahawa pasaran kerja adalah sukar tetapi pemerintah menyediakan bantuan jadi manfaatkannya."
TIDAK GENTAR DAKAPI AI, BERANI LALUI PROSES MASA DEPAN DALAM FESYEN
Seorang lagi anak muda yang mendapat pujian oleh PM Wong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan ialah pelajar Politeknik Temasek (TP), Mohammed Noah Khan.

PM Wong menyifatkan beliau sebagai pelajar yang berani mendakap Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang reka bentuk fesyen.
Noah yang kini pelajar tahun kedua jurusan reka bentuk fesyen, pertama kali didedahkan kepada AI pada tahun pertama pengajiannya di TP.
Pada waktu itu, TP bekerjasama dengan Universiti Politeknik Hong Kong untuk menghasilkan pakaian-pakaian menggunakan aplikasi AI sepenuhnya.
Pengalaman itu membentuk pandangan Noah terhadap teknologi baru ini.
Baginya, AI lebih sesuai dilihat sebagai penasihat yang membantu dalam proses kerja, bukan pengganti kepada usaha si pereka.

"AI dalam industri reka bentuk, mungkin ada ramai yang membencinya. Tetapi saya bersifat terbuka untuk mencubanya sebagai satu alat yang boleh membantu. Saya sendiri rasa ragu-ragu pada mulanya. Yang penting, kerja-kerja saya bukanlah hasil AI sepenuhnya. Masih ada sentuhan saya dalam produk itu.
"Saya pasti AI ini boleh membantu kami dan bukan sesuatu yang akan menggantikan kami sepenuhnya. Kerana saya sebagai pereka fesyen, kami juga ada ego dalam kerja-kerja kami. Jadi kami ingin sekali menunjukkan apa yang kami boleh lakukan, dan bukan sekadar menyuruh pihak lain melakukan kerja kami," jelas Noah lagi.
Noah juga akur bahawa AI bakal menjadi sebahagian besar daripada masa depan industri fesyen.
Justeru, beliau percaya para pereka harus berani mendakapnya.

"Kita tidak akan terlalu pasti. Setiap tahun pasti akan ada teknologi baharu. Tahun lalu sahaja, tahap AI jauh beza dengan tahapnya tahun ini. Meskipun sekarang ini, AI belum lagi boleh menjana projek yang tidak ada kekurangannya, tetapi saya tidak akan terkejut kalau dalam tahun-tahun mendatang, AI boleh menguruskan seluruh pelan untuk sesebuah projek fesyen itu. Ia mungkin akan dapat menghasilkan karya yang mungkin kita perlu melakukan secara manual sekarang," ujar Noah.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.