Benteng digital kunci keselamatan siber SG dan ASEAN, kata Josephine Teo
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Josephine Teo/Facebook
SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata, membina keupayaan penting untuk melindungi keselamatan siber negara dan rantau ini.
Ini sedang Singapura berusaha untuk menegakkan sistem berlandaskan peraturan-peraturan global dalam ruang digital.
Cik Teo berkata demikian semasa berucap di rundingan Meja Bundar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Keupayaan Keselamatan Teknologi Infokom.

Menulis di laman Facebooknya, Cik Teo berkata, pada masa yang sama, keselamatan siber bukan sahaja soal keselamatan negara.
Keselamatan siber juga menjadi pengupaya ekonomi untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
Singapura memainkan peranan utama dalam memajukan pembinaan keupayaan dan membangunkan generasi peneraju siber seterusnya.
Usaha itu dilakukan melalui inisiatif seperti Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber ASEAN-Singapura.
Mengakhiri catatannya itu, Cik Teo berkata
Singapura kekal komited untuk memastikan masa depan digital kita bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.