Skip to main content

Singapura

Benny Lim dilantik pengerusi baru NParks

Mantan Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri Benny Lim akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Taman Negara (NParks)

Anggaran Waktu Membaca:
Benny Lim dilantik pengerusi baru NParks

Encik Benny Lim. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 07:27PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 07:29PM

SINGAPURA: Mantan Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri Benny Lim akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Taman Negara (NParks), bermula lusa (1 Ogos).

Ini selepas kurang seminggu pihak pemerintah mengumumkan bahawa NParks akan mengambil alih pengurusan binatang dan haiwan liar dengan pembentukan Agensi Makanan Singapura (SFA), bemula April tahun depan.

Encik Lim berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam selama hampir 40 tahun sebelum bersara pada 2016.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Beliau akan mengambil alih dari Cik Christina Ong, yang menjadi Pengerusi NParks selama 12 tahun.

Menurut NParks, Cik Ong menyelia pelbagai usaha pemuliharaan dan memainkan peranan penting dalam menyenaraikan Kebun Bunga Singapura sebagai antara satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, pada 2015.  

Sumber : CNA/NF/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita