Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bengkel paip di Geylang Bahru terbakar; seorang anggota bomba dibawa ke hospital

17 kenderaan kecemasan, 60 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran pada sekitar 3 pagi di bangunan dua tingkat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bengkel paip di Geylang Bahru terbakar; seorang anggota bomba dibawa ke hospital

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 03:45PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 03:53PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di bengkel khidmat memasang paip yang terletak di bangunan perindustrian dua tingkat di Geylang Bahru pada awal pagi Khamis (7 Okt).

Sebanyak 17 kenderaan kecemasan dan sekitar 60 anggota bomba dikerahkan, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Seorang anggota bomba dibawa ke hospital setelah "terhidu asap", tambahnya.

Dalam catatan di Facebook, SCDF menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran itu pada kira-kira 2.35 pagi. Api telah merebak ke dua unit di tingkat bawah ketika pasukan SCDF tiba di tempat kejadian.

"Anggota bomba segera menggunakan jet air di sekitar luar premis untuk mengawal api daripada merebak," menurut SCDF yang memaksa masuk ke bangunan secara serentak.

"Setelah api berjaya dikawal, anggota bomba yang memakai alat bantuan pernafasan terus masuk ke dalam unit yang diselubungi asap untuk mencari pusat kebakaran," kata SCDF.

"Anggota bomba bertindak dengan berhati-hati kerana aras mezzanine tingkat dua sudah runtuh."

Api berjaya dipadamkan dalam masa sekitar dua jam. Unit bersebelahan juga mengalami kerosakan akibat haba dan asap.

"Semasa kemuncak operasi memadam kebakaran, empat jet air dan mesin pemadam kebakaran kawalan jauh digunakan," dedah SCDF. "Tangga platform gabungan juga digunakan untuk memantau kebakaran itu dari tingkat tinggi."

Anggota bomba yang dibawa ke hospital adalah anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF). Beliau sudahpun dibenar keluar dari Hospital Besar Singapura.

Tiada kecederaan lain dilaporkan.

SCDF menyatakan pihaknya sedang menjalankan operasi untuk mencegah kemungkinan api nyala kembali daripada permukaan yang panas.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan