Bengkel bantu bakal mempelai elak ‘panik’, tersalah pilih vendor perkahwinan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Merancang hari bahagia seharusnya menjadi satu pengalaman yang bermakna, namun ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri sekiranya bakal mempelai salah memilih penyedia khidmat perkahwinan.
Di sebalik keterujaan memilih lokasi, katering dan pelbagai khidmat lain, pasangan juga perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang bayaran atau komitmen kewangan beribu dolar itu.
Kebelakangan ini, media sosial turut menjadi wadah bagi sesetengah pasangan untuk kongsi pengalaman selepas menjadi mangsa penipuan atau berdepan vendor yang gagal memberikan khidmat seperti dijanjikan.
Keperluan untuk membantu bakal pengantin membuat keputusan dengan lebih teliti antara yang mendorong 'Syuk&Co Events & Weddings' menganjurkan bengkel 'Plan Your Wedding Without The Panic'.
Bengkel itu bertujuan membimbing pasangan dalam merancang majlis serta membuat pilihan penyedia khidmat dengan lebih teliti.

BENGKEL UTAMAKAN PERKONGSIAN ILMU
'Syuk&Co' diasaskan Encik Syukri Azman, yang mempunyai pengalaman selama lima tahun sebagai pengacara majlis perkahwinan.
Pengalamannya mengendalikan pelbagai majlis kemudian mendorong beliau menubuhkan Syuk&Co pada tahun 2024 bagi menawarkan khidmat perundingan dan penyelarasan perkahwinan.
"Ini merupakan sebuah bengkel yang bertujuan menyatukan pasangan di luar sana untuk berkongsi dan mempelajari sedikit sebanyak tentang atur cara majlis," kongsi Encik Syukri kepada wartawan Fatyn Abdul Samad.
Bengkel itu dijalankan dalam bentuk sesi perkongsian oleh Encik Syukri sendiri berdasarkan pengalamannya menyelaras majlis-majlis perkahwinan, di samping seorang lagi pengacara majlis, MyEventEmcee, yang berkongsi panduan mengenai cara menyusun atur acara perkahwinan dengan baik.
Selain persiapan dan perjalanan majlis, pasangan turut diberi pendedahan mengenai aspek kewangan serta perancangan hartanah sebagai persediaan untuk kehidupan selepas perkahwinan.
Bengkel itu turut mengetengahkan 19 penyedia khidmat kecil yang menawarkan perkhidmatan sampingan bagi majlis perkahwinan, antaranya gerai kopi mudah alih dan 'photo booth'.

KENALI VENDOR SEBELUM MEMBUAT BAYARAN
Pendekatan tersebut memberi pasangan peluang berinteraksi secara langsung dengan penyedia khidmat, bertanya soalan dan memahami apa sebenarnya yang ditawarkan sebelum membuat sebarang komitmen kewangan.
"Terdapat di Threads dan Instagram tentang pasangan yang ditipu sebulan sebelum majlis perkahwinan. Saya nak tahu apa tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan," kongsi Cik Syafiqah Nur Azreen, bakal pengantin yang juga peserta bengkel.
Menurut Encik Syukri, harga atau pakej yang kelihatan berpatutan sahaja tidak mencukupi untuk menentukan kepercayaan sesebuah vendor.
"Ramai yang mungkin terlalu cepat menandatangani kontrak kerana melihat harga atau pakej yang ditawarkan sebagai berpatutan. Tetapi apa yang mereka mungkin terlepas pandang ialah maklumat terperinci dalam kontrak tersebut." kata Encik Syukri.
"Dari segi harga mungkin lumayan, tetapi apakah rekod prestasi vendor itu? Apakah majlis yang pernah mereka kendalikan sebelum ini dan apakah maklum balas daripada pihak lain? Ini antara perkara yang sering terlepas pandang oleh pasangan di luar sana," tambahnya.

Kebimbangan serupa dikongsi peserta bengkel, Cik Nurul Aimi, yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangannya tahun depan.
"Di media sosial susah untuk kami percaya. Sukar untuk percaya dengan penyedia khidmat kerana takut ditipu," katanya.
Pasangannya pula berharap bengkel itu dapat membantu mereka membuat persiapan lebih awal dan mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memilih penyedia khidmat.
"Walaupun kami masih di peringkat awal (merancang perkahwinan), sekurang-kurangnya kami boleh tahu lebih banyak tentang perkara-perkara yang perlu kami perhatikan," kongsi Encik Razin Muzakkir.
Usaha bengkel ini turut mendapat sambutan lebih meluas sejak pertama kali dianjurkan.
Bermula dengan penyertaan 10 pasangan pada edisi sulung, bengkel itu kini menarik sekitar 26 hingga 28 pasangan pada edisi ketiganya.

Sumber : BERITA Mediacorp/Ft/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.