Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bendera S'pura boleh dipaparkan dari sekarang sebagai 'tanda perpaduan': MCCY

Bendera negara boleh dikibarkan mulai sekarang hingga 30 Sep, apabila tempoh menandakan sambutan Hari Kebangsaan berakhir, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Sabtu (25 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Bendera S'pura boleh dipaparkan dari sekarang sebagai 'tanda perpaduan': MCCY

Gambar fail bendera Singapura (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 25 Apr 2020 03:15PM Dikemas Kini : 25 Apr 2020 03:23PM

SINGAPURA: Bendera negara boleh dikibarkan mulai sekarang hingga 30 Sep, apabila tempoh menandakan sambutan Hari Kebangsaan berakhir, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Sabtu (25 April).

Dalam satu kenyataan media, MCCY menyatakan ia dilaksanakan berikutan permintaan dari orang ramai, yang ingin memaparkan bendera kebangsaan "sebagai tanda perpaduan dan penyatuan dengan masyarakat, walaupun kita mungkin terpisah secara fizikal" semasa "pemutus rantaian" COVID-19 .

Tempoh pemutus rantaian jangkitan, yang bertujuan untuk mematahkan kitaran penularan COVID-19, dijadualkan berakhir pada 4 Mei namun kini dilanjutkan hingga 1 Jun. Selama tempoh ini, semua tempat kerja bagi khidmat bukan penting akan kekal ditutup dan penduduk digesa untuk duduk di rumah kecuali untuk membeli makanan dan bersenam bersendirian.

"Dengan persetujuan Presiden, Peraturan Lambang dan Bendera serta Lagu Kebangsaan Singapura telah diubah untuk membenarkan paparan bendera tanpa tiang bendera dan pencahayaan dari 25 April 2020 hingga 30 Jun 2020.

"Dengan ini, bendera boleh dipaparkan lebih awal dan akan berterusan hingga tempoh sambutan biasa Hari Kebangsaan dari 1 Jul hingga 30 Sep," menurut kementerian itu.

Dalam catatan di Facebook, Presiden Halimah Yacob mengatakan beliau "berbesar hati dengan keinginan warga Singapura untuk menunjukkan perpaduan kita" dan mengesahkan bahawa beliau telah menyokong cadangan Pemerintah untuk inisiatif itu.

"Seperti yang berlaku pada tahun-tahun awal kemerdekaan, saya yakin bendera kita akan memberi inspirasi untuk kita menunjukkan yang terbaik. Oleh itu, marilah kita terus bersatu sedang kita mengatasi pandemik ini bersama-sama dan bangkit lebih kuat sebagai masyarakat yang bersatu," seru Presiden Halimah.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu juga menyifatkan hasrat rakyat Singapura untuk memaparkan bendera negara sebagai "memberangksangkan".

"Ia juga satu seruan untuk kita bekerjasama dan kekal teguh dalam menghadapi krisis seperti ini. Ini menunjukkan semangat Singapura Bersatu," katanya.

Dalam kenyataan medianya, MCCY menyatakan bahawa bendera, sebagai sebuah simbol kebangsaan, harus tetap dihormati dan digunakan dengan cara yang wajar dan bermartabat.

"Bendera yang koyak atau lusuh tidak patut dipaparkan dan harus dimasukkan ke dalam beg sampah hitam yang ditutup sebelum dibuang," kata kementerian itu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan