Skip to main content

Singapura

Bencana Alam Nepal-Tibet: Mercy Relief akan salur bantuan kecemasan S$120,000

Anggaran Waktu Membaca:
Bencana Alam Nepal-Tibet: Mercy Relief akan salur bantuan kecemasan S$120,000

Jambatan yang patah dan rumah-rumah yang musnah selepas banjir kilat dan tanah runtuh di Devighat, Daerah Nuwakot, Nepal, 28 Ogos 2026. (Gambar: Reuters/Francis Mascarenhas)

Diterbitkan : 02 Sep 2026 08:43PM
SINGAPURA: Mercy Relief akan menyalurkan bantuan kecemasan bernilai S$120,000 kepada masyarakat di Nepal yang terjejas dengan kejadian glasier runtuh dan banjir besar baru-baru ini.

Mercy Relief akan turut menghantar satu pasukan ke Nepal pada hujung minggu 4 September bagi menyelia pengagihan bekalan kecemasan kepada sekitar 1,800 penduduk.

Badan kemanusiaan itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan yang dipercayai bagi memastikan bekalan bantuan sampai kepada masyarakat yang belum menerima bantuan sejak bencana tersebut berlaku.

Penghantaran bekalan bantuan pertama akan disalurkan kepada sekitar 600 penduduk yang berlindung di tiga pusat perlindungan sementara.

Apabila akses jalan raya bertambah baik, baki bekalan akan diagihkan kepada masyarakat lain yang masih terpencil.

Mercy Relief menyatakan, akses tersekat akibat kerosakan prasarana menyukarkan laluan untuk pasukan penyelamat dan petugas bantuan.

Pasukan itu juga akan menilai keperluan jangka panjang, termasuk tempat perlindungan sementara, pendidikan dan sokongan psikososial untuk keluarga yang terjejas.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita