Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Benarkan para pekerja tidak masuk kerja tanpa MC doktor?

Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang baru, Cik Irene Quay menggesa Pemerintah untuk menggalak para majikan agar membenarkan para pekerja mereka mengambil cuti sakit sehingga tiga hari, tidak berturut-turut setiap tahun, tanpa menghantar sijil perubatan (MC). 

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkan para pekerja tidak masuk kerja tanpa MC doktor?

Gambar fail poliklinik di Singapura.

Diterbitkan : 21 Nov 2018 12:38AM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 12:41AM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang baru, Cik Irene Quay menggesa Pemerintah untuk menggalak para majikan agar membenarkan para pekerja mereka mengambil cuti sakit sehingga tiga hari, tidak berturut-turut setiap tahun, tanpa menghantar sijil perubatan (MC).

Berucap di Parlimen pada Selasa (20 Nov) beliau mengatakan bahawa langkah tersebut boleh membantu membangunkan kepercayaan dan meningkatkan semangat.

Berucap di Parlimen, Cik Quay - yang juga presiden bagi Pertubuhan Farmaseutik Singapura - berkata bahawa para individu yang beratur di klinik untuk mendapatkan MC bagi penyakit biasa seperti demam selesema mungkin secara tidak sengaja menjangkiti orang lain.

Cik Quay berucap mengenai Rang Pekerjaan (Pindaan), yang memerlukan para majikan menerima MC daripada semua doktor. Buat masa ini, para majikan diperlukan untuk memberi cuti sakit hanya jikalau MC diberikan oleh doktor-doktor Pemerintah atau syarikat.

"Hari ini, para doktor didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perubatan dan tertakluk kepada Garis Panduan Kod Etika Pertubuhan Perubatan Singapura," menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo. "Oleh itu, tiada lagi keperluan untuk membezakan antara MC yang diberikan oleh kumpulan doktor yang berlainan di mana ia melibatkan cuti sakit."

Dengan membenarkan para pekerja mengambil cuti sakit tanpa MC, menurut Cik Quay, akan mencerminkan "kepercayaan kukuh" antara para majikan dengan pekerja, sekali gus meningkatkan keyakinan dan semangat.

Meskipun Cik Quay mengaku bahawa pastinya ada "peratusan kecil" individu yang mengambil kesempatan sistem tersebut, manfaat-manfaat yang boleh diraih melebihi "jumlah kes-kes salah guna yang kecil".

Cik Quay menyarankan audit sebagai cara-mengelakkan ia disalahgunakan, dan sebuah sistem pemantauan yang mengesan kelompok jangkitan.

Beliau turut menekankan bagaimana beberapa kelompok jagaan kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan khidmat awam sudah "bertahun-tahun" membenarkan para pekerja mengambil cuti sakit tanpa MC dan Akta Pekerjaan juga tidak melarang para majikan daripada berbuat demikian.

"Bagaimanapun MOM perlu meluluskannya dalam bentuk Akta supaya manfaat-manfaat tersebut boleh dinikmati berlipat ganda di seluruh negara, berbanding membiarkannya saja," menurutnya.

Dalam pada itu, Cik Teo berkata bahawa membangunkan sistem-sistem kawalan dan pemeriksaan untuk menghalang sistem itu disalah gunakan akan menambah kos perniagaan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan