Skip to main content

Singapura

Benarkah kod promosi Grab kian berkurangan sejak kebelakangan ini?

Sejauh beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk Singapura dapat menikmati pelbagai tawaran hebat dari Uber dan Grab yang bersaing untuk menguasai pasaran. Kod promo, misalnya, sering digunakan untuk menambat hati penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah kod promosi Grab kian berkurangan sejak kebelakangan ini?

Iklan Grab di stesen MRT. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 01 May 2018 11:32AM Dikemas Kini : 01 May 2018 11:35AM

SINGAPURA: Sejauh beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk Singapura dapat menikmati pelbagai tawaran hebat dari Uber dan Grab yang bersaing untuk menguasai pasaran. Kod promo, misalnya, sering digunakan untuk menambat hati penumpang.

Namun, sejak Grab mengumumkan bahawa ia mengambil alih operasi pesaingnya Uber di Asia Tenggara Mac lalu, beberapa pengguna tertanya-tanya sama ada tambang murah yang kerap ditawarkan sebelum ini akan dihentikan kerana persaingan tidak lagi sengit.

Encik Dnez Lim, 40 tahun yang sebelum ini mendapat diskaun setiap minggu, berkongsi bahawa diskaun terakhirnya adalah pada 24 Mac.

Beliau rasa ‘kecewa’ kerana ‘tambang tidak begitu menarik berbanding sebelum ini’.

Bagi Cik Serene Goh pula, kod diskaun Grab tidak lagi mudah untuk didapatkan kerana beliau perlu menggunakan platform e-bayaran GrabPay dan beliau juga harus menjadi anggota pedagang yang menyertai skim itu.

“Dulu, kami hanya perlu menyertakan kod untuk mendapatkan diskaun. Sekarang ini, terlalu banyak syarat yang harus dipenuhi,” kata wanita berusia 32 tahun itu.

CARA LAIN UNTUK TAWAR NILAI TAMBAH KEPADA PELANGGAN

Apabila ditanya Mediacorp mengenai sama ada ia mengurangkan kekerapan tawaran kod promo, seorang jurucakap setakat berkata bahawa syarikat itu menyediakan pelbagai promosi ‘nilai tambah’ bagi penggunanya.

Beliau merujuk kepada program GrabRewards yang membolehkan para pengguna mendapatkan pelbagai ganjaran dengan jumlah mata yang dikumpul melalui perjalanan mereka dan juga tempahan dengan memanfaatkan GrabPay.

Selain itu, beliau juga bekongsi tentang program langganan tahunan yang dilancarkan dengan rangkaian pasar raya NTUC FairPrice yang menawarkan ‘promosi konsisten dan menarik kepada para pelanggan sepanjang tahun’.

“Selain diskaun perjalanan, kami meneroka pelbagai wadah untuk menawarkan nilai tambah kepada para pelanggan,” kata jurucakap itu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita