Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia S'pura mahu main peranan lebih besar menyokong masyarakat

Golongan belia Singapura mahu memainkan peranan lebih besar dalam menyokong masyarakat, dengan membina masyarakat yang lebih penyayang di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Belia S'pura mahu main peranan lebih besar menyokong masyarakat

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 31 Oct 2020 10:00PM Dikemas Kini : 31 Oct 2020 10:05PM

SINGAPURA: Golongan belia Singapura mahu memainkan peranan lebih besar dalam menyokong masyarakat, dengan membina masyarakat yang lebih penyayang di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Antara caranya, mereka berharap untuk menyumbang menerusi peluang-peluang menjadi tenaga sukarela, membantu golongan terpinggir dan menyokong kesihatan mental.

Ini antara saranan yang ditimbulkan sekitar 50 belia yang mengambil bahagian dalam sesi Perbincangan Singapura "Bersama Bangkit Lebih Kukuh" dengan Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.

Ia merupakan wadah bagi menyatukan warga Singapura berkongsi pendapat tentang COVID-19 dan harapan mereka untuk negara.

Lebih 70 peratus mereka yang mengambil bahagian dalam sesi kali ini merupakan para pelajar.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan