Belia perlu berwaspada nilai maklumat online, fikir secara kritis elak naratif memecah-belahkan: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan belia diingatkan supaya berhati-hati dan lebih bijak menilai maklumat yang mereka terima dalam talian, dan pada masa yang sama mengelak naratif luar yang boleh mencetuskan reaksi yang memecah-belahkan.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim menekankan perlunya belia memilih sumber yang seimbang dan sahih selain bersikap terbuka terhadap pandangan yang berbeza.
Dr Faishal berkata: "Adalah penting untuk terus peka dan berpengetahuan. Namun, yang sama penting, jika tidak, lebih penting, ialah bersikap teliti dan seimbang dalam tabiat mendapatkan maklumat. Belia harus mendapatkan sumber yang seimbang dan boleh dipercayai serta menilai naratif dalam talian secara kritis, sambil mengelakkan reaksi berpecah-belah daripada konteks luar negara yang boleh memecahbelahkan kita."

"Kita juga harus bersikap terbuka terhadap pandangan yang tidak kita setujui, dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan penuh adab, supaya kita dapat mengekalkan asas bersama antara satu sama lain. Memupuk empati, kefahaman dan perpaduan dalam semua komuniti, tanpa mengira kaum atau agama, membantu menegakkan nilai-nilai keharmonian dan saling menghormati di Singapura, serta memastikan bahawa peristiwa luar tidak menggugat perpaduan sosial kita," tambah beliau lagi.
Dr Faishal berkata demikian semasa berucap di forum belia anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pada Sabtu (29 Nov).
KEGIATAN ONLINE GOLONGAN MUDA PERLU DIPANTAU
Forum itu diadakan beberapa hari selepas pihak berkuasamelumpuhkan akaun media sosial bekas tahanan ISA, Zulfikar Mohamad Shariff, atas catatan menghasut ketegangan kaum.
Dr Faishal berkata bahawa pemerintah mengambil tindakan serius terhadap sesiapa yang menghakis keharmonian kaum dan agama di Singapura.
"Kami memutuskan untuk bertindak terhadapnya, bagi mengelakkan individu yang mudah terpengaruh daripada terjerumus ke dalam naratifnya dan, secara lebih meluas, untuk menghalang rakyat Singapura daripada individu atau komuniti yang ideanya mengesahkan prasangka negatif, sekaligus mengabaikan perspektif yang lebih rasional dan seimbang," ujar Dr Faishal.
Beliau juga menambah tentang ruang di mana ideologi radikal beroperasi untuk mempengaruhi individu yang mudah terdedah seperti golongan belia.

Dr Faishal memberi contoh tentang 18 belia berusia 20 tahun ke bawah yang terjerumus ke dalam radikalisasi diri sejak 2015.
Lantaran itu, penting juga untuk ibu bapa memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan online anak-anak mereka.
Dr Faishal berkata: "Saya memahami kegusaran tentang melaporkan orang tersayang yang mungkin telah terjerumus ke dalam radikalisasi kepada pihak berkuasa. Kita bimbang tentang apa yang akan berlaku seterusnya, tentang masa depan mereka, dan tentang kesejahteraan mereka."
"Namun, radikalisasi berpotensi membahayakan individu tersebut dan orang di sekelilingnya, serta boleh merosakkan kepercayaan dan perpaduan yang telah dibina Singapura selama bertahun-tahun. Dengan mengambil langkah berani untuk melaporkan individu yang terjerumus ke dalam radikalisasi, kita dapat membantunya mendapatkan bantuan yang diperlukan serta melindungi masyarakat," tambah beliau lagi.
200 BELIA PERDALAMI PENGETAHUAN TENTANG KEGANASAN ONLINE
Forum yang bertemakan "Logged In Tuned Out: Safeguarding Youths Against Online Extremism" ini melibatkan sekitar 200 belia Institut Pengajian Tinggi (IHL).
Dianjurkan bersama oleh PPIS dengan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA), forum itu bertujuan memastikan para belia tahu cara untuk mengenali dan membanteras ekstremisme online.

CEO PPIS, Cik Aidaroyani Adam berkata: "Melindungi belia daripada ekstremisme online amat relevan. Kita hidup dalam era digital di mana peluang dan risiko wujud bersama. Teknologi hubungkan kita tetapi ia juga mendedahkan kita kepada cabaran seperti maklumat palsu, radikalisasi, ekstremisme ganas, tekanan digital. Kemahiran ini amat penting untuk belia harungi dunia digital yang amat kompleks sambil menjaga kesejahteraan mental mereka."
Forum selama empat jam ini amat dialu-alukan oleh para peserta belia.
Salah seorang peserta belia, Nabihah Fadilah Mohd Faizal, 19 tahun, berkata: "Forum itu sangat bermanfaat, ia menunjukkan bagaimana perasaan terasing atau kurang sokongan boleh membuat belia lebih senang dipengaruhi. Saya juga dapat tahu yang deepfake sekarang lebih canggih dan ia lagi susah untuk membezakan apa yang betul dan tidak."
"Isu-isu ini mengingatkan saya untuk lebih prihatin dan menjaga satu sama lain apabila menggunakan media sosial,"tambah pelajar Politeknik Ngee Ann itu lagi.
Selain perbincangan panel, pembentangan-pembentangan lain turut menyentuh tentang penipuan online serta kepentingan menjaga kesejahteraan mental.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.