Skip to main content

Singapura

Belia Melayu/Islam SG timba pengalaman dampingi masyarakat, lakukan kerja sukarela melalui sesi rangkaian YOUth@M³

Anggaran Waktu Membaca:
Belia Melayu/Islam SG timba pengalaman dampingi masyarakat, lakukan kerja sukarela melalui sesi rangkaian YOUth@M³

Para belia melawat warga emas dan menggalak mereka untuk mendaftar diri bagi program dan kegiatan di bawah naungan SG Lebih Sihat, bersama AP, Cik Mariam Jaafar. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, para peserta sesi YOUth@M3 diberi peluang untuk melakukan kegiatan sukarela melalui segmen mendekati masyarakat.

Dikendalikan oleh para sukarelawan Persatuan Rakyat (PA), segmen baharu itu diperkenalkan melalui sesi rangkaian YOUth@M3, yang diadakan di Astaka Sukan Woodlands pada Sabtu (25 Nov).

YOUth@M³ merupakan satu inisiatif yang melibatkan kerjasama antara MENDAKI, MUIS dan MESRA, yang bermatlamat untuk mendampingi para pelajar dan siswa Muslim daripada institusi pengajian tinggi (IHL) dan ibu bapa mereka di kesemua M³@Bandar.

Matlamat utama program tersebut adalah antara lain untuk mengukuhkan peranan M³ sebagai rakan kongsi utama dalam pembangunan pelajar, di samping menggalak para ibu bapa supaya lebih terlibat dan menyokong pendidikan anak-anak mereka.

Anggota Parlimen GRC Sembawang, Mariam Jaafar turut turun padang menyingsing lengan bersama para belia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dalam sesi terbaharu itu.

Semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah, para belia ditugaskan untuk menggalak penduduk warga emas supaya mendaftar diri bagi program dan kegiatan di bawah naungan SG Lebih Sihat.

Berbekal dengan pengalaman yang ditimba, para peserta diharap akan dapat memperluaskan modal sosial mereka dan menebarkan jaringan rangkaian dengan sukarelawan serta karyawan lain.
Related article image
Para belia berkongsi pengalaman dan pandangan mereka daripada kegiatan mendekati masyarakat itu, di Astaka Sukan Woodlands. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Selain sesi rangkaian YOUth@M3 yang diadakan di Woodlands semalam, satu lagi sesi serupa akan diadadakan di Kelab Masyarakat Toa Payoh East.

Di sesi tersebut, para belia dan ibu bapa mereka turut berpeluang mengambil bahagian dalam perbincangan panel bagi membincangkan peluang pendidikan dan kerjaya bagi golongan tersebut.

Sesi perbincangan panel tersebut menampilkan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat selaku moderator bersama dengan Cik Anis Abdul Karim, pengurus projek dari Institut
Kemampanan Bahan Kimia, Tenaga dan Alam Sekitar A*STAR, dan Cik Nafisah Mohd Rafiq,jurutera penyelidikan dari Institut Penyelidikan Bahan dan Kejuruteraan A*STAR.
Related article image
(Dari kiri ke kanan) Sesi perbincangan panel tersebut menampilkan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat selaku moderator bersama dengan Cik Anis Abdul Karim, pengurus projek dari Institut Kemampanan Bahan Kimia, Tenaga dan Alam Sekitar A*STAR, dan Cik Nafisah Mohd Rafiq,jurutera penyelidikan dari Institut Penyelidikan Bahan dan Kejuruteraan A*STAR. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Karyawan-karyawan daripada sektor Sains dan Kejuruteraan turut berkongsi pandangan dan pengamatan mereka dalam bidang tersebut, di samping memperluaskan jaringan sosial para pelajar dan siswa dengan sukarelawan dan karyawan lain.
Related article image
Para belia mendampingi karyawan-karyawan daripada sektor Sains dan Kejuruteraan, untuk mendapatkan pandangan dan pengamatan mereka dalam bidang tersebut. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Lebih 30 belia dan ibu bapa mereka menghadiri kedua-dua sesi rangkaian YOUth@M3 di Toa Payoh dan Woodlands yang dianjurkan oleh Yayasan MENDAKI, M3@Toa Payoh, dan M3@Woodlands.

10 SESI RANGKAIAN YOUth@M³ SUDAH DIJALANKAN TAHUN INI

Dengan dua sesi terbaharu diadakan pada hujung minggu itu, sebanyak 10 sesi rangkaian YOUth@M³ telah dianjurkan sejauh ini.

Dua lagi sesi dijangka akan diadakan menjelang hujung tahun ini.

Sesi-sesi yang dianjurkan itu menyaksikan pelibatan seramai 22 karyawan Melayu/Islam.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita