Belia harus waspada pengaruh negatif online boleh cetuskan radikalisasi, jejas keharmonian SG: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ACG)
SINGAPURA: Ruang online akan terus menjadi wadah utama di mana golongan belia terdedah kepada pengaruh negatif termasuk idealogi radikal.
Oleh itu, penting untuk elak daripada dipengaruhi dengan apa yang dilihat di wadah media supaya tidak menjejas keharmonian dan keamanan di Singapura.
Demikian ditekankan Menteri Negara merangkap Ehwal dalam Negeri dan Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim di acara tahunan Forum Belia 2024 yang berlangsung di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada Sabtu (9 Nov).
Ini menurutnya berdasarkan trend membimbangkan dengan para belia menjadi radikal melalui wadah-wadah online.
"Ruang online dan media sosial sudah menjadi kebiasaan para belia kami hari ini. Namun pernahkah anda memikirkan bagaimana aktiviti anda di platform online ini boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara kita? Kandungan yang anda tonton dan kongsi secara tidak sedar akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku di dunia realiti.
"Saya menggalakkan semua belia untuk bermuhasabah dan sedar diri apabila anda di ruang online. Amalkan pemikiran kritis dan bertanya soalan seperti, 'apakah yang saya rasa ketika menonton kandungan ini' dan 'apa kesan kandungan itu terhadap cara saya berfikir'. Ini dapat membantu melindungi diri anda daripada pengaruh negatif online," ujar Dr Faishal.
Tambah beliau, ia penting untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan yang sahih apabila menghabiskan masa di ruang maya.
Sebaliknya, para belia digalakkan untuk menghasilkan kandungan yang boleh mendatangkan faedah kepada para pengguna
"Anda harus cipta kandungan yang menggalakkan perpaduan sosial dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya maklumat salah dan bahan radikal.
"Jika ada rakan-rakan yang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi, maklumkan kepada pihak berkuasa supaya kita boleh bertindak sebelum mereka mencederakan diri sendiri atau orang lain," kata Dr Faishal.
FORUM GALAKKAN PERBINCANGAN BERHUBUNG ISU KEGANASAN
Acara anjuran Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) itu bertujuan untuk memperkukuh daya tahan belia menentang radikalisasi dan keganasan.
Pada masa yang sama, melengkapkan para belia dengan pengetahuan penting untuk mengenal pasti isu tersebut serta memupuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Forum dengan tajuk #Youth4Peace: Securing the Nation itu disertai lebih 200 belia daripada Institut Pengajian Tinggi (IHL) termasuk pra-universiti dan penuntut madrasah.
Acara itu hasil kerjasama dengan Persatuan Muslim Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Forum itu dibahagikan kepada tiga segmen - (1)Sesi permbentangan oleh Centinel, Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), (2) sesi perbincangan dengan para peserta dan anggota panel, (3) sesi dialog bersama Dr Faishal.
Dalam kesempatan itu, para peserta dapat berkongsi pendapat dengan pakar-pakar berhubung usaha Singapura dalam menangani ekstremisme serta peranan yang mereka boleh mainkan dalam memastikan keamanan dan memperkukuh perpaduan sosial.
BELIA TERUJA DAPAT TIMBA ILMU
Beberapa peserta yang ditemui berkata sesi tersebut telah dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang cara-cara untuk mencegah ancaman radikalisasi dan mengambil langkah proaktif dalam menangani keganasan.
"Sebagai contoh, macam mana untuk mengenal pasti orang itu ataupun sahabat-sahabat saya menuju ke arah radikalisasi kerana terlalu terdedah dalam media sosial yang yang kadangkala memaparkan maklumat-maklumat yang tidak begitu tepat. Dengan itu mereka akan terpengaruh dengan maklumat tersebut dan membuat perkara-perkara yang tidak betul ataupun salah dalam sisi undang-undang di Singapura," kata mahasiswa SMU, Abdul Qaiyum.
Bagi seorang lagi peserta dari Madrasah Wak Tanjong, Aiman Hazeeq Rohaizad, dia berpendapat bahawa para belia hari ini dapat memainkan peranan penting untuk mencegah ideologi berhubung keganasan.
"Apabila kita melihat tanda-tanda yang terdapat dalam kawan-kawan kita jikalau mereka mempunyai tanda-tanda untuk melakukan perkara seperti mencederakan orang ataupun radikalisasi, kita patut menghubungi pihak-pihak yang tertentu. Saya rasa sebagai seseorang belia yang telah mempelajari tentang masalah ini, saya patut memainkan peranan saya yang sepatutnya," kata Aiman.
Dalam pada itu, pengerusi ACG, Ustaz Fathurrahman Dawoed juga menarik perhatian kepada betapa ruang digital kini semakin berbahaya.
Beliau menambah bahawa ia penting untuk membincangkan isu-isu penting itu demi keamanan dan keselamatan negara.
"Trend membimbangkan ketika belia menjadi radikal melalui platform online mendedahkan bagaimana dunia digital walaupun mempunyai faedah, boleh juga mendedahkan individu kepada ideologi pengganasan.
"Mereka yang bergelut secara emosi atau psikologi
lebih terdedah kepada pengaruh online kerana mereka
menghabiskan lebih banyak dalam alam maya dan terdedah kepada naratif radikal yang tidak konsisten dengan nilai dan norma Singapura," jelas Ustaz Fathurrahman.
Lantaran itu kata beliau, adalah penting untuk mengukuhkan daya tahan belia supaya mereka lebih sedar dan dapat menentang pengaruh buruk itu.
Ditubuhkan pada tahun 2002, ACG adalah satu kerjasama antara AMP Singapura, Yayasan MENDAKI, Taman Bacaan, Masjid Khadijah, PPIS dan SINDA.
Selain menganjurkan forum-forum belia tahunan, ia juga menawarkan sokongan kepada ahli keluarga individu yang ditahan akibat aktiviti berkaitan pengganasan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.