Belia dari 26 negara di SG untuk bersaing dalam peringkat akhir F1 di Sekolah-sekolah Sedunia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Demam F1 kini semakin dirasakan dengan para belia dari 26 buah negara untuk belajar dan bersaing demi untuk mencapai kelajuan.
Para remaja semuda 13 tahun mengasah bakat berlumba dengan satu sama lain, tetapi menggunakan kereta mainan yang mereka hasilkan.
Para pelajar dari 26 buah negara itu kini bersaing dalam peringkat akhir Kejohanan F1 di Sekolah-sekolah Sedunia di Singapura.
Kali ini ia mencatatkan penyertaan tertinggi.
Mereka bukan saja merebut hadiah utama tetapi peluang di litaran lumba pada masa depan.
Para peserta berlumba kurang dua saat dan pemenangnya sudahpun diketahui.
Tetapi mereka perlu mengambil masa berbulan lamanya untuk beraksi di Singapura.
Mereka juga didedahkan kepada bidang-bidang yang perlu diketahui untuk cemerlang dalam pasukan lumba F1.
Selain prestasi di litaran lumba, para belia juga dinilai tentang bidang kejuruteraan kereta lumba, serta paparan pemasaran.
Golongan alumni dari persaingan sebelum ini pernah ditawarkan laluan kerjaya dalam perlumbaan bermotor.
Amy Martin, yang pernah bersaing dalam kejohanan pada 2015 dan 2016 kini adalah lulusan program graduan dengan syarikat Mercedes.
Ada juga yang berpeluang memegang jawatan utama dalam pasukan F1.
Sebahagian matlamatnya adalah memacu bakat-bakat muda dalam kerjaya dalam bidang perusahaan STEM.
Semua peserta tahun ini memburu piala tahunan serta biasiswa universiti di United Kingdom.
Ada juga mungkin peluang berada dekat dengan para pemandu F1 kegemaran mereka semasa Grand Prix Singapura, hujung minggu ini.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.