Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia bentuk separuh jumlah pesalah ditangkap berkaitan penipuan di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Belia bentuk separuh jumlah pesalah ditangkap berkaitan penipuan di S'pura

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

SINGAPURA: Kira-kira separuh daripada semua pesalah berkaitan kes penipuan yang diberkas di Singapura adalah belia, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam pada Selasa (5 April).

“Jumlah belia di bawah umur 30 tahun yang diberkas atas kesalahan berkaitan penipuan melonjak dari 237 pada 2019 kepada 509 pada 2020, sebelum merosot sedikit kepada 493 pada 2021,” tambah beliau.

Pesalah-pesalah ini "secara amnya melibatkan belia yang bertindak sebagai keldai wang", kata Encik Shanmugam ketika menjawab satu soalan parlimen.

Encik Melvin Yong, Anggota Parlimen (AP) Radin Mas, bertanya kepada menteri itu tentang bilangan golongan muda yang diberkas kerana pelibatan mereka dalam penipuan tahun lalu serta sama ada terdapat peningkatan trend belia yang terlibat dalam jenayah tersebut.

AP itu juga bertanya tentang apa yang dilakukan untuk mendidik dan mencegah golongan belia daripada terjebak dalam sindiket penipuan.

Dalam jawapannya, Encik Shanmugam berkata bahawa pesalah-pesalah belia itu mudah terpedaya dengan wang pantas lagi mudah yang boleh dikaut melalui penipuan dan aktiviti- aktiviti penipuan.

"Mereka sama ada menyerahkan kawalan ke atas akaun bank mereka atau mendedahkan butiran log masuk Singpass mereka kepada penipu atau melakukan sendiri pemindahan wang berkaitan penipuan sebagai pertukaran untuk komisen," menurut Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah bahawa pihak polis sudah bekerjasama dengan sekolah dan institut pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia tentang akibat jenayah melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah dan pameran pencegahan jenayah.

Polis juga meningkat kesedaran khusus tentang akibat apabila individu terbabit dala kegiatan penipuan seperti bertindak selaku keldai wang.

Encik Shanmugam juga menekankan pihak berkuasa akan terus berganding bahu dengan "pihak berkepentingan kami" untuk meningkatkan jangkauan kepada belia berhubung akibat menjadi terlibat dalam penipuan dan kegiatan jenayah lain.

Pada Februari, polis menangkap 13 individu berusia antara 19 hingga 22 tahun kerana pembabitan mereka dalam beberapa penipuan pancing data berprofil tinggi yang melibatkan bank OCBC, dari Disember tahun lalu hingga Januari.

Akibatnya, para penipu melesapkan S$13.7 juta secara keseluruhannya daripada 790 pelanggan OCBC.

Sumber : Today/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan