Beli hasil makanan tempatan baik online mahupun di pasar raya, kata Grace Fu
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menggesa rakyat Singapura supaya mencuba hasil makanan tempatan yang dijual secara online dan di pasar-pasar raya tempatan.
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menggesa rakyat Singapura supaya mencuba hasil makanan tempatan yang dijual secara online dan di pasar-pasar raya tempatan.
Ini selepas Pelabuhan Perikanan Jurong dan beberapa gerai pasar basah masih ditutup akibat jangkitan COVID-19.
Semasa melawat ke Pasar Raya Prime di pusat beli-belah Century Square siang tadi (24 Jul), Cik Fu memberi jaminan, bekalan makanan laut di Singapura kekal stabil.
Beliau menambah, pihak pasar raya di negara ini sudah dapat membuat penyesuaian dengan pantas, dengan mencari sumber-sumber alternatif makanan laut bagi memastikan rantaian bekalan berkekalan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.