Skip to main content

Singapura

'Beli apa yang perlu, tidak perlu simpan bekalan sendiri': CEO FairPrice Group

Pasar raya NTUC FairPrice mempunyai bekalan beras, mi dan kertas tandas yang mencukupi, kata ketua rangkaian pasar raya itu hari ini (8 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
'Beli apa yang perlu, tidak perlu simpan bekalan sendiri': CEO FairPrice Group

Barangan keperluan asas di pusat pengagihan rangkaian NTUC FairPrice. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 08 Feb 2020 10:32PM Dikemas Kini : 08 Feb 2020 10:34PM

SINGAPURA: Pasar raya NTUC FairPrice mempunyai bekalan beras, mi dan kertas tandas yang mencukupi, kata ketua rangkaian pasar raya itu hari ini (8 Feb) sedang beliau menggesa orang ramai agar hanya membeli apa yang perlu saja.

"Pada masa ini, kami mempunyai lebih sembilan juta gulung kertas tandas. Kami mempunyai sekitar 1.2 juta paket mi segera. Kami mempunyai lebih empat juta kilogram beras setakat ini dan bekalan terus dibawa masuk," kata CEO FairPrice Group Seah Kian Peng.

Pasar-pasar raya di Singapura menyaksikan permintaan bagi barang keperluan harian dan kebersihan peribadi melonjak selepas pemerintah semalam meningkatkan tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) kepada Jingga selepas penularan virus korona global.

Tiga kes baru virus korona baru itu disahkan semalam membawa kepada jumlah keseluruhan kes di Singapura kepada 33. Di merata dunia, virus itu sudah membunuh lebih 700 orang dan lebih 34,000 orang dijangkiti.

FairPrice juga menambahkan bahawa jumlah barangan harian dihantar ke cawangan-cawangan sebanyak tiga kali, kata Encik Seah kepada para wartawan di sebuah pusat pengagihan rangkaian itu di Joo Koon. Jumlah penghantaran juga naik seganda.

PERMINTAAN BERAS NAIK 5 KALI GANDA

Semalam, rangkaian pasar raya itu menyaksikan permintaan beras naik lima kali ganda, mi naik empat kali ganda dan lebih dua setengah bagi permintaan kertas tandas, tambah Encik Seah.

Beliau menggesa para pelanggan untuk "membeli hanya apa yang perlu" sambil menekankan tidak perlu untuk "ada bekalan anda sendiri di rumah".

Walaupun jumlah permintaan bagi barangan menambah, Encik Seah menekankan harga akan kekal "stabil dan boleh dimampui".

FairPrice juga mengenakan had $50 kepada jumlah sayuran yang setiap pelanggan boleh beli.

Apabila ditanya jika FairPrice akan menghadkan jumlah produk setiap pelanggan, Encik Seah menarik perhatian bahawa ada panggilan daripada pelanggan untuk membuat sedemikian.

Dairy Farm Group, yang mengendalikan pasar raya Giant dan Cold Storage di Singapura, menyatakan pihaknya tidak mengenakan had kepada produk dibeli.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita