BELASUNGKAWA: Puan Noor Aishah penaung budiman, sentuhan kasihnya warnai kehidupan insan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Puan Noor Aishah baru berusia 26 tahun apabila beliau ditonjolkan ke khalayak awam pada 1959.
Ini apabila suaminya Yusof Ishak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Negara atau Yang di-Pertuan Negara pertama kelahiran Malaya bagi Singapura, ketika Singapura mencapai pemerintahan sendiri.
Bersama-sama, pasangan ini menyaksikan tahun-tahun bergelora kelahiran sebuah negara.

Apabila rusuhan kaum meletus pada 1964, Yusof Ishak mendampingi penduduk semua kaum untuk menambat semula kepercayaan mereka.
Puan Noor Aishah menjadi antara tunggak suaminya apabila Yusof Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama ketika Singapura berpisah dari Malaysia dan kemerdekaan pada 1965.
Puan Noor Aishah dilahirkan di Selangor pada 21 Mei 1933.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Yusof Ishak pada usia 16 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Selaku Presiden, gaya hidup sederhana keluarga ini terpaksa berubah.
Mereka memilih untuk tinggal di Sri Melati, sebuah kotej di pekarangan Istana, dan bukannya di gedung utama Istana.
Puan Noor Aishah bertekad mahu anak-anaknya membesar dalam kehidupan “biasa” seboleh mungkin.

Namun, kehidupannya berubah.
"Beliau seorang wartawan. Beliau berjumpa dengan ramai orang jadi banyak pengalaman yang dilaluinya. Jadi bagi beliau, mudah. Tetapi bagi saya, saya tidak tahu nak buat apa kerana saya seorang suri rumah yang menjaga anak-anak. Dan dalam sekelip mata, perlu mengubah kehidupan, apa nak buat? Teruskan saja," luah Puan Noor Aishah.
Ternyata, Puan Noor Aishah menyahut cabaran.

Beliau merubah Istana menjadi sebuah lambang negara Baharu.
Istana akan menganjurkan acara-acara negara dan Puan Noor Aishah akan menjadi tuan rumah kepada isteri-isteri para pemimpin yang datang melawat Singapura.
"Jadi saya perlu berada di sana untuk para isteri apabila mereka datang dan berjumpa saya. Pada mulanya, saya tidak tahu, saya tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kemudian mereka semua diplomat dari negara yang berbeza-beza. Jadi saya langsung berfikir, “Oh saya mesti belajar Bahasa Inggeris," kata Puan Noor Aishah.

Beliau mengikuti kelas Bahasa Inggeris selama lebih setahun dan tidak lama kemudian, berupaya menyampaikan ucapan dengan penuh yakin di majlis-majlis.
" Ini menyatukan masyarakat berbilang kaum Singapura dengan cara muhibah."
"Jadi kita nak (bersatukan) menyatukan semua rakyat Singapura, apa bangsa semua. Kita nak minta mereka taat setia kepada kita, Kerjasama, semua itu, Itu susah. Susah betul," luah Puan Noor Aishah.

BACA:
Menariknya, beliau juga memanfaatkan kemahiran memasaknya untuk menyuntik cita rasa Asia ke dalam menu Istana.
Hidangan paling menyerlah adalah pudding sagu gula melaka versinya sendiri.
Air tangan masakan beliau cukup memberi kesan.
"Noor Aishah sendiri seorang yang pandai masak. Secara peribadi, beliau sedaya upaya mengendalikan menu, apa menunya dan menyelia penyediaan pencuci mulut sekalipun iaitu gula melaka. Seumur hidup saya, bahkan hingga ke hari ini, saya tidak pernah rasa gula melaka dalam cara yang beliau sediakan," kongsi Encik Winston Choo, mantan diplomat dan mantan panglima tentera Singapura.
"Saya masih ingat kenangan indah tentang masakan Puan Noor Aishah, terutama sekali apabila beliau menyediakan nasi ulam. Beliau habiskan beberapa hari untuk mengumpulkan berbelas-belas herba berlainan untuk memastikan beliau mendapat rasa yang sempurna. Saya hanya makan sekali tetapi saya ingat (rasanya) sampai sekarang," kongsi Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Puan Noor Aishah turut menggalas peranan penting sebagai penaung atau presiden beberapa badan amal dan awam.
Beliau menganjurkan banyak mesyuarat bagi badan kebajikan, mengumpul dana untuk membantu golongan memerlukan, kurang upaya dan lanjut usia.
Puan Noor Aishah sendiri menyediakan makanan untuk jamuan teh bagi mengucapkan terima kasih kepada para penderma.
"Jika saya perlu membuatnya sendiri, saya akan buat sendiri. Kita buat epok-epok sendiri dan kemudian kita ada ondeh-ondeh. Kita sediakan sandwic juga. Kita buat sendiri," menurut Puan Noor Aishah.

Pada 1964, beliau dianugerahi Pingat Bakti Cemerlang – atas sumbangan ‘aktif dan dedikasinya’ terhadap kerja kebajikan social – daripada suaminya sendiri, Yusof Ishak.
Hati Puan Noor Aishah cukup dekat kepada perjuangan wanita.
Prihatin akan pendidikan kanak-kanak perempuan juga, beliau bersetuju menjadi Presiden dan Penaung Persatuan Pandu Puteri pada 1960.
Surat-surat kiriman beliau kepada Pemerintah membantu persatuan itu mendapat pajakan tanah bagi bangunan ibu pejabat baharu pada tahun 60-an.

Pada 1970, sebagai mengiktiraf sumbangan beliau selama sedekad sebagai presiden Asia pertama bagi Persatuan Pandu Puteri Singapura, Puan Noor Aishah dinobatkan dengan Anugerah “Laurel Leaf” – iaitu penghormatan tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri.
Mulai tahun 2000, Anugerah Puan Noor Aishah ditubuhkan untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa Pandu Puteri.
Puan Noor Aishah terbukti seorang pengurus yang mahir dan mampu mengimbangi banyak tugas.
"Sebagai Wanita Pertama, beliau seorang yang sangat-sangat menepati masa. Beliau menguruskan masanya dengan amat baik. Beliau masak tetapi beliau tahu apa yang mesti dilakukan, kerja-kerja mesti berakhir pada waktu tertentu. Beliau mesti memberikan dirinya masa, masa untuk bersiap dan untuk menepati masa bagi janji temu seterusnya," kata Encik Winston Choo.

Beliau juga akan menjahit sendiri pakaiannya untuk menghadiri majlis.
"Pada masa itu, untuk bersiap, saya pergi ke tukang jahit. Tukang jahit lambat sekali. Jadi lebih baik saya jahit sendiri. Pada sebelah malam jika tiada sebarang majlis, saya akan menjahit. Saya ke kedai, saya tengok apa yang saya suka dan saya ada masa lapang. Mudah. Jadi saya membelinya dan saya menjahitnya sendiri," kongsi Puan Noor Aishah.
Puan Noor Aishah hadir memberi sokongan kepada suaminya di semua majlis rasmi.

Hakikatnya, pasangan ini mengharumkan nama Singapura di persada dunia.
Setiap kali mereka tampil bersama, mereka menarik perhatian ramai.
Dengan penuh pesona dan keanggunan, kehadiran Puan Noor Aishah menyerikan mesyuarat rasmi di Singapura dan juga lawatan-lawatan ke luar negara.
Apabila Kesihatan Presiden Yusof Ishak merosot semasa penggal ketiganya, Puan Noor Aishahlah yang mengambil alih tempatnya untuk menyerahkan pingat bagi Anugerah Hari Kebangsaan pada 1968.
"Semasa (hari penyampaian) Anugerah Hari Kebangsaan. Beliau tidak begitu sihat. Jadi saya katakan kepada mereka, tidak mengapa saya boleh, jangan risau. Jika anda mahu saya melakukannya, anda kena sediakan satu platform kerana saya pendek," kongsi Puan Noor Aishah.

Pada 1971, Puan Noor Aishah menjadi wanita Melayu pertama menerima ijazah doktor kehormat, ijazah Doktor Persuratan, daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Beliau perlu menguruskan rumah tangganya yang besar dan menjalankan tugas rasmi serta tugas istiadat. Itu suatu tugas yang menggentarkan. Beliau malah mendapatkan seorang guru untuk mengajarnya Bahasa Inggeris supaya beliau boleh berkomunikasi secara lebih berkesan dengan rakyat Singapura dan orang-orang kenamaan dari luar negara. Namun Puan Noor Aishah menjadikan semua ini tampak mudah dengan keanggunan dan pesona beliau dan beliau menyentuh kehidupan ramai dengan keazamannya, sikap rendah hati dan gayanya yang menawan," kongsi SM Lee.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.