BELANJAWAN 2026: SG mesti bijak sesuaikan diri, cipta pekerjaan lebih baik, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mesti menyesuaikan diri dengan ekonomi global yang lebih berpecah belah dan "berhubung dengan cara yang lebih bijak, lebih pelbagai dan lebih berdaya tahan" untuk menjamin pertumbuhan yang mewujudkan pekerjaan yang baik, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (12 Feb).
Semasa membentangkan Belanjawan 2026, Encik Wong - yang juga menteri kewangan - berkata pemerintah akan bertindak dengan tegas dan sewajarnya terhadap saranan-saranan utama daripada jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi untuk memastikan pertumbuhan diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan untuk rakyat Singapura.
"Pertumbuhan akan menjadi lebih sukar dalam dunia yang berubah ini," kata Encik Wong. "Kita mesti menyasarkan lebih tinggi, bergerak lebih pantas dan bersedia untuk mengambil risiko."
Walaupun sesetengah negara lebih mengutamakan pasaran mereka sendiri dan akan bertindak untuk mempertahankannya, Singapura tidak mempunyai pilihan sedemikian, tambah Encik Wongh. Aliran ekonomi menjadi lebih selektif dan perkongsian lebih strategik.
"Oleh itu, Singapura mesti menyesuaikan diri dengan corak baharu ini - kekal terbuka, tetapi berhubung dengan cara yang lebih bijak, lebih pelbagai dan lebih berdaya tahan," kata Encik Wong.
Encik Wong turut menggariskan usaha untuk mengembangkan rangkaian perkongsian Singapura. Negara ini telah membentuk perjanjian kerjasama baharu seperti Masa Depan Perkongsian Pelaburan dan Perdagangan, dan menandatangani perjanjian termasuk Perjanjian Perdagangan Digital Kesatuan Eropah-Singapura. Ia juga akan menandatangani Perjanjian Perdagangan Bekalan Penting dengan New Zealand pada akhir tahun ini.
Pendampingan dengan pasaran yang berkembang pesat di Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah akan dipertingkatkan, katanya.
Di rantau ini, Singapura sedang mengusahakan projek seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Zon Perdagangan Bebas Batam, Bintan dan Karimun di Indonesia.
“Natijahnya, kami akan menggandakan usaha kami untuk mempelbagaikan secara global dan berintegrasi di peringkat serantau,” katanya.
REBAT CUKAI DAN SOKONGAN UNTUK PERNIAGAAN
Mengakui tekanan kos yang dihadapi oleh firma-firma, Encik Wong mengumumkan rebat cukai pendapatan korporat sebanyak 40 peratus untuk Tahun Taksiran 2026.
Syarikat-syarikat yang aktif dan telah menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada 2025 akan menerima faedah minimum sebanyak S$1,500 dalam bentuk geran tunai rebat cukai pendapatan korporat. Faedah maksimum setiap syarikat akan dihadkan pada S$30,000.
“Ini akan memberikan kelegaan jangka pendek sedang kita meneruskan usaha penstrukturan semula dan transformasi kita,” katanya lagi.
Untuk mewujudkan lebih banyak peluang dan pekerjaan, pemerintah akan meningkatkan sokongan untuk syarikat-syarikat tempatan yang menebarkan sayap ke luar negara.
Mulai April 2026, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan yang memohon geran Bantuan Kesediaan Pasaran boleh menerima sehingga 70 peratus daripada kos yang layak, dihadkan pada S$100,000 setiap syarikat bagi setiap pasaran baharu – meningkat daripada 50 peratus sekarang.
Mulai separuh kedua 2026, firma-firma juga akan dapat memanfaatkan geran tersebut untuk memperkukuhkan kehadiran mereka di pasaran luar negara, dengan menggugurkan kriteria "pasaran luar negara baharu yang disasarkan".
Tahap sokongan untuk Geran Penyesuaian Perniagaan dan skim Perikatan Inovasi Global juga akan dipertingkatkan mulai April 2026. Syarikat-syarikat SME akan menerima sehingga 70 peratus sokongan untuk kos yang layak, manakala bukan SME akan menerima sehingga 50 peratus. Tahap sokongan yang lebih tinggi akan terpakai sehingga akhir Mac 2029.
Perubahan juga akan dibuat pada skim Potongan Cukai Berganda bagi Pengantarabangsaan.
Lebih banyak aktiviti yang layak akan layak untuk tuntutan potongan cukai automatik 200 peratus, dan had tuntutan yang mungkin difailkan tanpa kelulusan terlebih dahulu akan dinaikkan daripada S$150,000 kepada S$400,000.
Perbelanjaan yang layak untuk perjalanan pembangunan pasaran luar negara dan perjalanan belajar pelaburan luar negara tidak lagi memerlukan kelulusan terlebih dahulu, bersama-sama dengan aktiviti seperti kajian daya maju pelaburan dan penghasilan risalah korporat untuk pengedaran luar negara.
Syarikat-syarikat juga boleh mengakses pinjaman perdagangan dan aset tetap yang lebih besar di bawah Skim Pembiayaan Perusahaan yang dipertingkatkan mulai April tahun ini. Had peminjam antara S$10 juta dan S$30 juta untuk setiap kemudahan pinjaman akan ditarik balik, walaupun kumpulan peminjam akan kekal tertakluk kepada had pendedahan keseluruhan sebanyak S$50 juta.
MEMBINA PENERAJU INDUSTRI
Selain ketersambungan dan sokongan perusahaan, Singapura mesti mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok pertumbuhan utama, kata Encik Wong.
Sebagai contoh, negara ini melabur dalam Penyelidikan & Pengembangan (R&D) pembungkusan maju lebih 20 tahun yang lalu, dengan menambat syarikat semikonduktor utama di sini hari ini. Pendekatan serupa telah menyokong industri seperti aeroangkasa dan sains bioperubatan.
“Teknologi merupakan pengupaya penting yang menyokong strategi kami untuk membina kepimpinan dalam kelompok ini. Singapura mesti menjadi tempat di mana teknologi sedemikian dibangunkan, diuji dan dikomersialkan,” kata Encik Wong.
Bagi menyokong usaha ini, Singapura akan melabur S$37 bilion di bawah pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2030.
Encik Wong berkata pelaburan mesti berdisiplin dan strategik, kerana Singapura tidak dapat menandingi skala ekonomi yang lebih besar.
Bidang baharu seperti huraian penghapusan karbon dan teknologi kuantum mempunyai potensi, tambahnya, sambil menyatakan bahawa Singapura telah membuat pertaruhan awal terhadap kuantum dan kini menarik beberapa syarikat dan bakat terkemuka dunia dalam bidang ini.
“Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana kita boleh membina kepimpinan dalam bidang pertumbuhan utama, dan membentuk tempat inovasi dan penciptaan nilai berlaku,” kata Encik Wong.
“Dengan berbuat demikian, kita memperkukuh daya tahan strategik dan kerelevanan Singapura, sambil mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang yang lebih baik untuk rakyat Singapura.”

Sumber : CNA/AZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.