BELANJAWAN 2026: Belanjawan kali ini kukuh, jamin masa depan SG terus berdaya tahan: AP Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para Anggota Melayu/Islam menyifatkan Belanjawan tahun ini sebagai yang memberi jaminan kukuh bagi masa depan jangka panjang Singapura.
Menurut mereka, ia bukan sahaja merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan daya saing negara, bahkan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan sosial serta kesejahteraan rakyat.
Belanjawan yang diberi tajuk "Bersama Menjamin Masa Hadapan kita dalam Dunia yang telah Berubah" dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Khamis (12 Feb).
BELANJAWAN 2026 CERMINKAN KEINGINAN PERMERINTAH PUPUK KEYAKINAN WARGANEGARA SG: PARA AP MELAYU ISLAM SG
Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Zhulkarnain Abdul Rahim mengatakan bahawa belanjawan tahun ini boleh memanfaatkan semua lapisan masyarakat termasuk masyarakat Melayu/Islam.
"Belanjawan tahun ini melakarkan hala tuju negara kita dalam hal ekonomi pelbagai perubahan geopolitik di dunia dan juga bagaimana untuk meraih keuntungan ataupun peluang dalam kecerdasan buatan (AI) misalnya. Bagaimana cadangan panel semakan strategi ekonomi kita dapat diterapkan dalam negara kita dan juga untuk masyarakat kita bagaimana ianya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Melayu kita," ujar Encik Zhulkarnain.
Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Negara, Dr Syed Harun Alhabsyi berkata: "Saya rasa apa yang menonjolkan bagi belanjawan hari ini seperti mana yang sudah dikatakan oleh Perdana Menteri tentang keadaan dunia yang tidak menentu dan terdapat banyak ketidakpastian dalam dunia ini."
Beliau menambah bahawa belanjawan tahun ini juga menunjukkan keinginan pemerintah untuk terus memupuk keyakinan warganegara Singapura.
Ini lebih-lebih lagi cabaran masa hadapan merupakan sesuatu yang tidak menentu.
"Dalam keadaan dunia masa ini, kita mendapati bahawa terdapat rangka kerja ataupun dari segi struktur dunia semakin tidak menentu dan kita juga menerapkan sokongan bagi warganegara kita," ujar Dr Syed Harun lagi.
Dari aspek peningkatan kemahiran dan pekerjaan, PM Wong mengumumkan bahawa pemerintah akan menggabungkan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillsFuture Singapore (SSG) menjadi sebuah lembaga berkanun baharu yang diselia bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE).
PM Wong berkata agensi baharu itu akan menjadi "pusat sehenti" untuk latihan kemahiran, panduan kerjaya dan perkhidmatan pemadanan kerja untuk pekerja dan pemohon kerja.
Ini bermakna sokongan dari segi perancangan kerjaya kepada pemerolehan kemahiran dan pemadanan kerja dan peralihan akan menjadi lebih lancar.

Seiring dengan itu, AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah juga menyuarakan pandangan yang sama bahawa Belanjawan kali ini memberi mesej yang kukuh untuk para pekerja meningkatkan kemahiran mereka.
Ini ditekankan dalam Belanjawan kali ini di mana PM Wong menarik perhatian kepada kesan AI terhadap pekerjaan dan bagaimana pemerintah bersedia menyediakan sokongan kukuh bagi membantu para pekerja menyesuaikan diri dan mendakap AI.
Antara sokongan yang diumumkan PM Wong adalah dalam bentuk akses percuma bagi alat premium AI.
Langkah tersebut bertujuan membantu para pekerja mengubah pembelajaran di bilik darjah menjadi latihan amali, sedang AI semakin membentuk semula tempat kerja.

Di skala yang lebih besar, sebuah Majlis Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan akan ditubuhkan bagi menyelaras dan memacu strategi AI Singapura dengan tumpuan kepada empat sektor iaitu pengilangan maju, keterhubungan, kewangan dan jagaan kesihatan.
Dipengerusikan oleh Encik Wong sendiri, majlis tersebut akan menyelia pembangunan dan pelaksanaan "misi kecerdasan buatan (AI)".

"Belanjawan tahun ini telah memberi saya satu dorongan bahawa amat penting untuk pekerja-pekerja kita untuk terus meningkatkan kemahiran mereka lagi-lagi dengan banyak teknologi yang telah ke hadapan. Ini terutama sekali dalam bidang AI dan saya rasa ini adalah satu yang baik untuk kita memperjuangkan." kata Dr Wan Rizal.
Dengan tumpuan kepada AI, AP GRC Pasir Ris-Changi, Sharael Taha Belanjawan kali ini berpandangan jauh dalam memastikan masa depan Singapura yang lebih kukuh.
"Belanjawan 2026 adalah yang seimbang dan berpandangan jauh ke hadapan. Saya bersetuju bahwa ini satu langkah pertama untuk pastikan masa depan Singapura terus terjamin dalam dunia yang terus berubah dan penuh dengan ketidaktentuan." kata Encik Sharael.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.