BELANJAWAN 2026: Bayaran tambahan ComLink+ bagi keluarga berpendapatan rendah berjaya capai kemajuan
Keluarga berpendapatan rendah di bawah skim ComLink+ akan menerima lebih banyak sokongan, termasuk lebih banyak bayaran tunai, umum Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (12 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Keluarga berpendapatan rendah di bawah skim ComLink+ akan menerima lebih banyak sokongan, termasuk lebih banyak bayaran tunai, umum Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (12 Feb).
Di bawah peningkatan Pakej Kemajuan ComLink+, keluarga yang komited bekerjasama dengan jurulatih keluarga dan “mengambil langkah aktif untuk mencapai kemajuan” akan menerima S$500 setiap suku tahun.
Keluarga juga berpeluang menerima bayaran tambahan apabila mereka mencapai kemajuan nyata dalam matlamat mereka mengekalkan pekerjaan stabil dan memastikan kehadiran prasekolah yang baik bagi anak-anak mereka.
Sebahagian besar daripada bayaran itu akan diberikan dalam bentuk tunai, sambil terus memperuntukkan dana ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.
“Ini akan membantu keluarga memenuhi keperluan segera, sambil membina jaminan kewangan jangka panjang mereka,” kata Encik Wong.
Dengan peningkatan itu, sebuah keluarga ComLink+ dengan dua anak boleh menerima sekitar S$10,000 setahun dalam bentuk tunai dan tambahan CPF, sepanjang anak-anak mereka berada di prasekolah.
Perubahan tersebut akan berkuat kuasa mulai suku ketiga tahun ini.
Pakej Kemajuan ComLink+ menyediakan tambahan kewangan bagi mengiktiraf dan menyokong usaha keluarga yang bekerjasama dengan jurulatih keluarga dan pekerja kes Pusat Khidmat Keluarga ke arah matlamat jangka panjang dalam empat bidang utama - pendidikan prasekolah, pekerjaan, pelunasan hutang dan simpanan untuk pemilikan rumah.
“Ini lebih daripada sekadar bantuan kewangan; ia merupakan satu bentuk kontrak sosial di mana jurulatih keluarga bekerjasama dengan keluarga untuk menetapkan matlamat yang jelas - seperti mendapatkan pekerjaan yang stabil, menabung untuk rumah, atau memastikan anak-anak mereka mendaftar dan hadir ke prasekolah secara tetap,” kata Encik Wong.
Beliau menambah pemerintah akan terus membantu keluarga berpendapatan rendah, khususnya mereka yang mempunyai anak kecil, bergerak ke arah kestabilan yang lebih kukuh dan mobiliti sosial yang lebih baik.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.