BELANJAWAN 2026: 7 perkara anda perlu tahu
Berlatarbelakangkan ketidakpastian global dan apa yang digambarkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai dunia yang lebih berpecah belah dan berbahaya, Belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan Singapura sambil menyokong pekerja dan isi rumah.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Berlatarbelakangkan ketidakpastian global dan apa yang digambarkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai dunia yang lebih berpecah belah dan berbahaya, Belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan Singapura sambil menyokong pekerja dan isi rumah.
Daripada agihan tunai kepada perubahan pada CPF dan akses percuma kepada peralatan AI, berikut adalah tujuh perkara penting yang perlu diambil kira daripada Belanjawan tahun ini.
BAYARAN TUNAI – DAN LEBIH BANYAK BAUCAR CDC
Terdapat satu lagi pusingan sokongan untuk isi rumah.
Orang dewasa warga Singapura yang berpendapatan sehingga S$100,000 bagi pendapatan boleh ditaksir, dan yang tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, akan menerima bayaran tunai kos sara hidup sekali sahaja antara S$200 dan S$400.
Pembayaran ini akan diagihkan pada bulan September dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta orang.
Isi rumah HDB yang layak juga akan menerima rebat U-Save yang dipertingkatkan. Bagi Tahun Kewangan 2026, mereka akan mendapat 1.5 kali ganda jumlah biasa – sehingga S$570 – untuk membantu mengimbangi bil api air.
Dan juga lebih banyak Baucar CDC akan dihulurkan.
Semua isi rumah warga Singapura akan menerima Baucar CDC S$500 pada Januari tahun depan, separuh daripadanya boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian dan selebihnya di kedai peniaga dan penjaja kawasan kejiranan. Ia boleh digunakan sehingga 31 Dis 2027.
LEBIH BANYAK KREDIT LIFESG ANAK
Keluarga yang mempunyai anak kecil juga mendapat rangsangan bantuan.
Pada bulan Julai, keluarga akan menerima Kredit LifeSG Anak sebanyak S$500 untuk setiap kanak-kanak warga Singapura berumur 12 tahun ke bawah. Bagi bayi yang lahir pada tahun 2026, kredit tersebut akan diberikan pada April tahun depan.
Kredit tersebut boleh diakses melalui aplikasi LifeSG dan digunakan di kedai peniaga fizikal dan secara online yang menerima bayaran melalui PayNow UEN QR atau NETS QR.
Ia boleh membantu perbelanjaan harian seperti barangan runcit, bil api air dan barangan farmasi.

PILIHAN PELABURAN CPF BAHARU
Jika anda pernah meninjau-ninjau CPF anda dan tertanya-tanya bagaimana untuk mengembangkannya – tetapi tidak mahu mengurus pelaburan secara aktif – pilihan baharu akan ditawarkan.
Mulai 2028, Lembaga CPF akan memperkenalkan skim sukarela baharu yang menawarkan produk pelaburan kitaran hayat yang pelbagai dan berkos rendah.
Produk-produk ini secara automatik menyesuaikan campuran pelaburan dari semasa ke semasa, beralih kepada aset yang kurang berisiko apabila para pencarum menghampiri tarikh sasaran, seperti persaraan.
Lembaga CPF akan bekerjasama dengan dua hingga tiga penyedia terpilih bagi memastikan pilihan mudah dan bukan membebankan.
AMBANG GAJI LEBIH TINGGI UNTUK PEMEGANG EP, PAS S
Gaji minimum yang layak untuk pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S akan dinaikkan.
Mulai Januari tahun depan, gaji minimum yang layak untuk pemegang EP akan dinaikkan daripada S$5,600 kepada S$6,000. Dalam sektor perkhidmatan kewangan, yang mempunyai norma gaji yang lebih tinggi, ia akan dinaikkan daripada S$6,200 kepada S$6,600.
Bagi pemegang Pas S, jumlah minimum akan dinaikkan daripada S$3,300 kepada S$3,600. Dalam perkhidmatan kewangan, ia akan dinaikkan kepada S$4,000.
Perubahan ini terpakai untuk permohonan baharu mulai 1 Januari, dan untuk permohonan pembaharuan mulai 1 Januari 2028.
AKSES PERCUMA KEPADA ALAT AI PREMIUM
Rakyat Singapura yang mengambil kursus latihan AI terpilih akan mendapat akses percuma selama enam bulan kepada peralatan AI premium.
Ideanya mudah: Pembelajaran harus diterjemahkan dalam amalan. Memandangkan model AI lanjutan biasanya memerlukan langganan berbayar, ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
KENAIKAN CUKAI TEMBAKAU
Para perokok akan membayar lebih tinggi untuk rokok.
Semua produk tembakau akan dikenakan duti eksais yang dinaikkan sebanyak 20 peratus bermula 12 Februari.
Ini adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mengurangkan penggunaan produk sedemikian.
KURANG REBAT UNTUK BATALKAN KERETA LEBIH AWAL
Pemilik kereta akan menerima rebat yang lebih rendah apabila mereka membatalkan pendaftaran kenderaan mereka kerana rebat Yuran Pendaftaran Tambahan Pilihan (PARF) akan dikurangkan sebanyak 45 peratusan mata.
PARF diperkenalkan untuk menggalakkan orang ramai menggantikan kereta lama lebih awal, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon.
Walau bagaimanapun, dengan kenderaan elektrik menjadi lebih biasa, PM Wong berkata kini terdapat kurang keperluan untuk menggalakkan orang ramai membatalkan pendaftaran kereta mereka lebih awal.
Rebat maksimum yang akan anda terima juga akan dikurangkan daripada S$60,000 kepada S$30,000.
Perubahan ini terpakai kepada kereta baharu yang berdaftar dengan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mulai sesi bidaan seterusnya, yang bermula pada 16 Februari.

Sumber : CNA/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.