Belanjawan 2025: Tumpuan pada ekonomi, tingkatkan kemahiran pekerja SG, kata Indranee Rajah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah berkata
Belanjawan Negara setiap tahun digubal berdasarkan langkah-langkah yang diumumkan pada tahun-tahun sebelumnya.
Bercakap dalam rancangan temu bual CNA "Ask The Finance Minister", Cik Indranee juga berkata sebahagian besar Belanjawan tahun ini adalah untuk ekonomi dan meningkatkan kemahiran rakyat tempatan.
Ia bertujuan memastikan mereka dapat pekerjaan dan pendapatan yang baik bagi menampung inflasi dan kos sara hidup dengan lebih baik.

Berkaitan dengan kos sara hidup, Cik Indranee menarik perhatian kepada sokongan yang disediakan dalam Belanjawan tahun ini, terutama sekali bagi keluarga berpendapatan sederhana.
Ia termasuk rebat cukai pendapatan, baucar CDC dan baucar SG60.
Cik Indranee turut memberikan bayangan mengenai hadiah bayi SG60 yang akan diberi kepada semua bayi yang dilahirkan tahun ini.
Mengambil kira maklum balas dari orang ramai, Cik Indranee berkata hadiah itu menarik dan disukai ibu bapa serta anak-anak yang berkenaan.
"Jadi kami berkata, okey. Secara estetika, mesti menyenangkan, tetapi mesti berguna. Mestilah sesuatu yang ibu bapa suka dan sesuatu yang anak-anak suka. Jadi kami telah berusaha ke arah mencapai matlamat itu. Dan kami telah memasukkan hadiah-hadiah tertentu di mana mereka apabila melihatnya pada tahun-tahun akan datang, akan ingat bahawa ini adalah tahun di mana mereka dilahirkan, atau anak-anak mereka dilahirkan," tambah beliau.
Perinciannya akan diumumkan semasa parlimen membahaskan peruntukan belanjawan bagi setiap kementerian.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.