BELANJAWAN 2025: Isi rumah SG akan terima Baucar CDC S$800, rebat api air hingga S$760
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiap isi rumah Singapura akan mendapat baucar bernilai S$800 dalam bentuk Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk membantu mengimbangi peningkatan kos, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Selasa (18 Feb).
Baucar pertama bernilai S$500 akan diagihkan pada bulan Mei dan baki S$300 pada Januari tahun depan. Seperti Baucar CDC sebelum ini, separuh boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian dalam skim tersebut, manakala separuh lagi boleh dibelanjakan untuk peniaga dan pusat penjaja.
Skim Baucar CDC dijangka menelan belanja S$1.04 bilion pada tahun kewangan ini.
Selain itu, isi rumah akan menerima sehingga S$760 dalam Rebat U-Save – dua kali ganda daripada jumlah biasa – untuk membantu menampung kos perbekalan dan bil api air mereka, kata PM Wong semasa menyampaikan kenyataan Belanjawan 2025.
Rebat itu akan meliputi kira-kira enam bulan bil api air bagi mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik, dan tiga bulan bagi mereka yang menetap di flat tiga dan empat bilik.
Rebat ini, yang akan diberikan kepada lebih 950,000 isi rumah di Singapura, akan diagihkan pada April dan Oktober, sebagai tambahan kepada pakej bantuan kos sara hidup S$1.1 bilion yang diumumkan pada September 2023.
Keluarga yang mempunyai anak berumur bawah 12 tahun juga akan mendapat sokongan tambahan untuk perbelanjaan isi rumah dalam bentuk Kredit LifeSG Anak S$500 bagi setiap kanak-kanak warga Singapura.
"Kredit ini sama seperti Kredit LifeSG yang diberikan kepada semua Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) pada tahun lalu. Ibu bapa boleh menggunakannya untuk membiayai perbelanjaan isi rumah seperti barangan runcit, bil api air dan barangan dari farmasi," kata PM Wong.
Bagi mereka yang berumur 13 hingga 20 tahun, tokokan sebanyak S$500 akan dmasukkan ke dalam Akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah untuk membantu perbelanjaan pendidikan yang diluluskan pemerintah.
SOKONGAN BAGI BERPENDAPATAN RENDAH
Bantuan tambahan akan disediakan kepada mereka yang menghadapi masalah kesempitan kewangan yang lebih besar.
Untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dengan lebih baik, pemerintah akan meningkatkan pembayaran skim Bantuan ComCare. Isi rumah dengan seorang ahli keluarga yang menerima bantuan jangka panjang, sebagai contoh, akan mendapat tambahan S$120 sebulan, menjadikan jumlah bantuan tunai sebanyak S$760 sebulan.
Mereka yang menerima bantuan jangka pendek hingga sederhana juga akan mendapat peningkatan pada pembayaran berdasarkan komposisi isi rumah, keperluan dan pendapatan mereka, kata PM Wong.
Elaun Singapura, bayaran ex-gratia untuk membantu pesara dengan pencen kecil menangani inflasi, akan dinaikkan daripada S$350 kepada S$390 sebulan. Elaun itu tambahan kepada jumlah pencen asas mereka.
Siling pencen bulanan juga akan dinaikkan sebanyak S$40 kepada S$1,320.
"Melalui skim Bantuan Sementara ComCare, kami juga akan menyediakan lebih banyak sokongan untuk pertubuhan-pertubuhan masyarakat untuk membantu isi rumah yang memerlukan," kata PM Wong.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.