BELANJAWAN 2025: Elaun bulanan S$300 bagi pekerja pertengahan kerjaya yang jalani kursus sambilan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu inisiatif SkillsFuture yang menyediakan elaun bagi pekerja pertengahan kerjaya berusia 40 tahun dan ke atas yang menjalani kursus latihan akan diperluaskan untuk meliputi program-program separuh masa.
Mulai awal tahun hadapan, pekerja yang berdaftar dalam latihan separuh masa akan menerima elaun tetap sebanyak S$300 sebulan untuk membantu menampung perbelanjaan pendidikan mereka, kata Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawan tahunan pada Selasa.
Program Peningkatan SkillsFuture itu, yang pertama sekali diumumkan pada Belanjawan tahun lalu, bertujuan menyokong pekerja pertengahan kerjaya menajamkan kemahiran mereka. Program ini termasuk tokokan kredit sebanyak S$4,000 dan elaun bulanan bagi mereka yang mengambil cuti kerja untuk menjalani latihan sepenuh masa.
Bagi kursus sepenuh masa, elaun ditetapkan pada 50 peratus daripada purata pendapatan individu dalam tempoh 12 bulan lalu, dan dihadkan pada S$3,000 sebulan.
Pekerja boleh menerima elaun latihan selama 24 bulan sepanjang hayat mereka bagi kedua-dua latihan sepenuh masa dan latihan separuh masa.
Untuk memberi lebih sokongan kepada pekerja berpendapatan rendah, Skim Bantuan Kemahiran Daya Kerja akan dipertingkatkan dengan elaun latihan yang mengikut model program Peningkatan SkillsFuture.
Setakat ini, skim berkenaan hanya membiayai kursus singkat yang selesai dalam tempoh beberapa hari. Majikan akan mendapat sokongan pendapatan apabila pekerja menjalani latihan, sementara pekerja yang membiayai kursus sendiri akan mendapat elaun sebanyak S$6 sejam.
Namun pekerja berpendapatan rendah "bakal meraih lebih banyak manfaat daripada kursus jangka panjang yang menyediakan latihan menimba kemahiran baharu dan peningkatan kemahiran yang lebih mantap," kata Perdana Menteri.
Skim tersebut akan dipertingkat supaya pekerja berpendapatan rendah berusia 30 tahun dan ke atas juga layak menerima elaun latihan bulanan apabila mereka menjalani kursus separuh masa dan sepenuh masa, menurut risalah fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Butiran lanjut bagi pengumuman SkillsFuture dan Kemahiran Daya Kerja akan diberikan oleh kementerian pendidikan dan tenaga kerja dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).
SOKONGAN BAGI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
Mengiktiraf peranan institut pengajian tinggi dalam pendidikan sepanjang hayat, Encik Wong berkata Amanah Universiti Singapura akan diperluaskan selama 10 tahun untuk menyokong usaha pengumpulan dana oleh universiti autonomi yang lebih baharu, seperti Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Institut Teknologi Singapura (SIT).
Amanah itu dilancarkan pada 2010 untuk menyediakan geran yang sepadan dengan sumbangan selama 20 tahun untuk menyokong universiti autonomi membangunkan dana wakaf mereka.
Pemerintah juga akan menyokong SUSS dalam pembinaan kampus bandar baharu. Sebelum ini dilaporkan bahawa universiti keenam negara itu, yang kini dikendalikan di premis yang disewa, dalam perbincangan dengan pemerintah bagi sebuah kampus sendiri yang terletak di kawasan tengah.
"Ini akan membolehkan SUSS menerajui pendidikan sepanjang hayat dan menawarkan program-program dengan penekanan kepada aspek sosial yang kukuh di sebuah lokasi di bandar yang mudah untuk diakses bagi pelajar pelbagai usia," kata Encik Wong pada Selasa.
BANTU PERUSAHAAN TUKAR TENAGA KERJA
Bagi membantu perniagaan meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka, skim yang baharu dan yang dipertingkat akan diperkenalkan.
Geran Pembangunan Tenaga Kerja SkillsFuture akan menyatukan skim-skim sedia ada yang dilaksanakan oleh Agensi Tenaga Kerja Singapura dan SkillFuture Singapura. Selain daripada memastikan bahawa proses pendaftaran lebih mudah, geran baharu itu akan menyediakan dana sokongan sebanyak 70 peratus bagi aktiviti rekaan semula pekerjaan.
Skim Kredit Perusahaan SkillsFuture, yang membantu majikan menampung kos yang perlu dibayar sendiri bagi transformasi perusahaan dan tenaga kerja, akan diperbaharui. Buat masa ini, syarikat perlu membayar dahulu bagi latihan pekerja dan mendapatkan bayaran balik. Beberapa syarikat juga tidak mengetahui mengenai skim ini dan bagaimana ia boleh digunakan, kata Encik Wong.
Skim tersebut akan direka semula untuk berfungsi seperti "dompet online", membolehkan syarikat menyemak baki kredit dan segera mengimbangi kos perubahan tenaga kerja yang layak.
Perniagaan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga pekerja tetap juga akan mendapat S$10,000 kredit tambahan mulai separuh kedua 2026, yang boleh digunakan selama tiga tahun. Kredit sedia ada, yang ditetapkan untuk tamat tempoh Jun ini, akan dilanjutkan sehingga kredit baharu disediakan.
JAWATANKUASA LATIHAN SYARIKAT
Pemerintah akan mengetepikan tambahan S$200 juta bagi geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Geran berkenaan juga akan diperluaskan untuk menyokong latihan yang dipimpin oleh majikan yang memberikan sijil kelayakan rasmi, kata Encik Wong.
Inisiatif jawatankuasa latihan syarikat yang pertama sekali dilancarkan pada 2019 membantu majikan meningkatkan produktiviti dengan mereka semula pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja.
Sejak itu, lebih 2,700 CTC sudah didirikan, dengan hampir empat daripada lima merupakan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, kata Encik Wong. NTUC juga sudah menyokong lebih 400 projek transformasi yang memanfaatkan lebih 7,000 pekerja.
Akhir sekali, sumber akan diperuntukkan untuk memupuk dan membimbing "pemimpin Singapura" di dalam bidang korporat.
Lebih banyak warga Singapura kini mengambil peranan kepimpinan di dalam syarikat-syarikat besar dan firma antarabangsa yang dikendalikan di sini, kata Perdana Menteri.
"Kami ingin mengembangkan saluran kepimpinan ini," katanya, sambil menyatakan bahawa rakyat Singapura mesti menimba pengalaman di luar negara, sama ada dalam menguruskan operasi di negara-negara berbeza atau mengalami budaya yang pelbagai, untuk bersaing bagi peranan kepimpinan yang disertai dengan tanggungjawab serantau dan global.
Skim sedia ada yang menyokong syarikat-syarikat dalam menghantar rakyat Singapura untuk kerja-kerja di luar negara dan program pencapaian kepimpinan akan diperluaskan. Maklumat lanjut akan disampaikan Kementerian Tenaga Manusia pada tarikh lain.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.