BELANJAWAN 2025: Caruman CPF pekerja 55 hingga 65 tahun akan dinaikkan 1.5 peratusan mata pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan CPF di Tampines. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi mereka yang berusia 55 hingga 65 tahun akan dinaikkan sebanyak 1.5 peratusan mata pada 2026, umum Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Selasa (18 Feb).
Ia akan bermula pada 1 Jan 2026, menjadikan kadar caruman CPF untuk pekerja berusia 55 hingga 60 tahun kepada sebanyak 34 peratus.
Bagi pekerja berumur 60 hingga 65 tahun, kadar caruman CPF mereka akan dinaikkan kepada 25 peratus.
Kenaikan caruman CPF masing-masing akan disalurkan sepenuhnya kepada Akaun Persaraan.
Semasa menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2025 di Parlimen, PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata kenaikan kadar caruman CPF dibuat atas saranan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Lanjut Usia, yang ditubuhkan pada Mei 2018.
Selaras dengan saranan kumpulan kerja itu, pemerintah mengumumkan pada 2019 bahawa kadar caruman CPF akan dinaikkan secara beransur-ansur sepanjang 10 tahun akan datang atau lebih untuk pekerja warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berumur 55 hingga 70 tahun.
Apabila kenaikan itu dilaksanakan sepenuhnya, mereka yang berumur 55 hingga 60 tahun akan mempunyai kadar caruman CPF yang sama seperti pekerja yang lebih muda.
PM Wong berkata bahawa majikan akan terus diberikan Imbangan Peralihan CPF selama setahun lagi, untuk menampung separuh daripada kenaikan caruman majikan bagi 2026.
Majikan tidak perlu memohon imbangan tersebut kerana ia akan disediakan secara automatik.
"Dengan langkah ini, pekerja warga emas boleh mengukuhkan simpanan persaraan mereka, dan syarikat-syarikat perniagaan akan mendapat sokongan berterusan daripada pemerintah untuk mengurangkan kesan kos perniagaan," kata PM Wong.
SOKONGAN UNTUK PEKERJA BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS
Untuk menyokong pekerja warga emas, Kredit Pekerjaan Warga Emas (SEC) akan dilanjutkan selama setahun hingga akhir 2026, kata PM Wong.
SEC menyediakan imbangan gaji kepada majikan yang menggajikan pekerja warga Singapura berumur 60 tahun ke atas, dan berpendapatan kurang daripada S$4,000 sebulan.
Umur kelayakan bagi peringkat sokongan gaji tertinggi SEC akan dinaikkan daripada 68 tahun kepada 69 tahun, sejajar dengan umur yang dinaikkan bagi pengambilan bekerja semula.
Mulai 2026, syarikat-syarikat akan dibayar balik 7 peratus daripada gaji pekerja berusia 69 tahun ke atas, bukannya 68 tahun ke atas.
Syarikat-syarikat akan dibayar balik 4 peratus gaji untuk pekerja berumur 65 hingga 68 tahun, dan 2 peratus gaji untuk pekerja berumur 60 hingga 64 tahun.
Pada hujung tahun ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menubuhkan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Warga Emas, kata PM Wong.
Kumpulan kerja ini bertujuan untuk menyemak dasar pekerjaan warga emas untuk meningkatkan daya kerja pekerja yang lebih tua dan meningkatkan ketersediaan pekerjaan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.