Belanjawan 2025 akan dibentang pada 18 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 18 Februari.
Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (27 Dis).
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen, radio dan online di laman Belanjawan Singapura.
Kenyataan penuh Belanjawan 2025 juga akan diterbitkan di laman itu selepas ia selesai dibentangkan.
Kemas kini masa nyata daripada pengumuman itu akan dimuat naik ke akaun Facebook dan X MOF.
Orang awam boleh terus berkongsi pandangan mereka menerusi laman mikro Belanjawan 2025 kendalian REACH sehingga 12 Januari.
REACH juga akan mengadakan sesi mengumpul maklum balas pada 16 Januari di One Raffles Place.
MOF juga bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan-pertubuhan akar umbi dalam satu platform pendampingan maya dan fizikal di beberapa lokasi di kawasan-kawasan kejiranan untuk mendengar pendapat dan saranan orang awam sehingga 12 Januari.
Proses Belanjawan bermula pada awal Tahun Kewangan pada April.
Perbincangan berlangsung sepanjang tahun dalam kalangan MOF dan agensi-agensi lain. Semasa perbincangan, pertimbangan seperti keutamaan negara dan kajian daya maju kewangan juga akan diambil kira.
Perbincangan-perbincangan ini kemudian dibuka kepada umum menerusi online dan juga saluran fikizal lain. Maklum balas mereka disemak dan digunakan untuk merangka dan membentuk Kenyataan Belanjawan.
Kabinet kemudian meluluskan Belanjawan tersebut dan kenyataannya dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada Februari.
Rang Undang-Undang Perbekalan juga diperkenalkan, dan Parlimen membahaskan Kenyataan Belanjawan.
Menteri Kewangan kemudian membentangkan Kenyataan Belanjawan, menjawab pertanyaan para Anggota Parlimen dan merumuskan Belanjawan. Parlimen kemudian akan bersidang untuk Jawatankuasa Peruntukan meneliti perancangan setiap kementerian.
Selepas selesai perbahasan Jawatankuasa Peruntukan, Menteri Kewangan akan membentangkan bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan. Parlimen kemudian akan mengundi.
Jika Presiden meluluskan rang tersebut, ia akan menjadi undang-undang baharu yang dipanggil Akta Perbekalan. Ini mengawal perbelanjaan pemerintah bagi tahun kewangan akan datang.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.