BELANJAWAN 2025: Agensi khidmat sosial sambut baik usaha dipertingkat bagi golongan kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Agensi-agensi khidmat sosial menyatakan sokongan tambahan bagi masyarakat berkeperluan khas yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara pada Selasa (18 Feb) menandakan komitmen pemerintah yang lebih kukuh dan bersifat jangka panjang untuk memperkasakan sektor itu.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan pelbagai langkah bagi golongan tersebut, termasuk laluan kerjaya bagi orang dewasa berkeperluan khas.
Timbalan Ketua Eksekutif, SG Enable, Ron Loh berkata: "Satu perkara utama yang mendapat perhatian kami adalah ucapan Perdana Menteri tertumpu kepada laluan bagi mereka yang berusia lebih 18 tahun, yang sebenarnya menunjukkan pengiktirafan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi pelajar berkeperluan khas selepas mereka pendidikan di sekitaran sekolah berstruktur.
"Kami berpendapat bahawa laluan bagi persiapan bekerja boleh diperkukuhkan, termasuk dari segi tambahan pada sokongan pembelajaran, latihan kemahiran insani dan menyesuaikan diri dengan tempat kerja."
Agensi-agensi khidmat sosial yang menyokong golongan kurang upaya (PWD) pula berharap untuk mendampingi agensi-agensi pemerintah bagi meneroka pelbagai peluang latihan dan pengambilan pekerja.
Agensi-agensi itu menekankan pentingnya pembelajaran berterusan bagi PWD.
Ketua Kumpulan, Kumpulan Keperluan Khas TOUCH, Khidmat Masyarakat TOUCH, Ang Chiew Geok turut memberi pendapat: "Kami mengalu-alukan perbincangan yang membina, bukan sahaja mengenai topik pengambilan pekerja secara terbuka, tetapi juga alternatif seperti penciptaan pekerjaan yang disokong, yang akan membawa kepada penambahbaikan dan peluang yang lebih ketara, serta sistem sokongan yang lebih baik dan hasil yang lebih baik bagi tempoh jangka panjang, supaya kita benar-benar boleh membina sebuah masyarakat yang inklusif."

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.