Belanjawan 2024: $S5 bilion disuntik bagi Dana Tenaga Masa Hadapan, rangsang peralihan SG ke bahan api bersih
Anggaran Waktu Membaca:
Tangki minyak di Pulau Jurong, Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Dana Tenaga Masa Hadapan akan ditubuhkan dengan suntikan awal S$5 bilion untuk merangsang peralihan "besar" Singapura ke bahan api lebih bersih.
Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (16 Feb).
"Ini akan memberi kita keyakinan untuk melabur tanpa terburu-buru, meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk bertindak pantas dari segi prasarana penting dan mempertingkat kebergantungan kita dalam tenaga bersih," kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, semasa membentangkan Belanjawan 2024 di parlimen.
Beliau menyifatkan peralihan kepada bahan api lebih bersih itu sebagai cabaran baharu keselamatan, meskipun gas semulajadi kekal penting dalam jangka dekat hingga pertengahan.
Sekitar 95 peratus bekalan elektrik Singapura dijana daripada gas asli. Bekalan gas ali Singapura datang dari Indonesia dan Malaysia dalam bentuk gas asli cecair (LNG).
Pada Oktober tahun lalu, Singapura mengumumkan rancangan bagi penubuhan terminal LNG kedua, yang beroperasi menjelang hujung dekad ini. Terminal tersebut akan dapat memenuhi permintaan negara bagi gas asli keseluruhannya daripada LNG jika perlu.
Meskipun gas asli merupakan bahan api paling bersih - ia menghasilkan pengeluaran karbon paling rendah bagi setiap unit elektrik - Singapura tidak boleh mencapai sifar pelepasan karbon jika ia terus bergantung kepada gas asli semata-mata, kata Encik Wong.
Namun negara ini tidak banyak pilihan bagi bekalan tenaga bersih disebabkan kurangnya sumber-sumber semula jadi.
Satu cara untuk menanganinya adalah dengan mengimport tenaga rendah karbon dan Singapura menunjukkan kemajuan dalam langkah tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri ini.
"Namun ada batasan dalam mengimport elektrik tanpa menjejas kebergantungan kita. Jadi kita perlu pilihan lain untuk nyahkan karbon bagi baki bekalan tenaga kita."
Pilihan-pilihan ini termasuk hidrogen, yang Encik Wong sifatkan sebagai masih "baharu dari segi teknologi, tinggi kos dan berisiko".
Singapura memulakan Strategi Hidrogen Nasional pada 2022 dan akan bermula dengan menguji dan menggunakan amonia, iaitu pembawa hidrogen, bagi menjana kuasa dan menyimpan bahan api di Pulau Jurong.
Singapura juga sedang menilai kemungkinan menggunakan kuasa geoterma - suhu panas dari bumi sebagai sumber tenaga - dan sedang menjejaki perkembangan tenaga nuklear.
"Kami akan membina keupayaan kita, supaya kita boleh menilai dengan kritis teknologi-teknologi yang berkembang di ruang ini dan memutuskan tentang sejauh mana nuklear boleh dimanfaatkan satu hari nanti," kata Encik Wong.
Jelas sekali usaha dan kos diperlukan untuk Singapura beralih kepada tenaga bersih, kata beliau.
Untuk mengimport elektrik rendah karbon misalnya, Singapura perlu melabur dalam kabel-kabel kapal selam dan naik taraf grid kuasa. Memperluas penggunaan hidrogen juga akan memerlukan prasarana baharu untuk menjana, menyimpan dan menyalurkan.
"Ini tidak boleh dilakukan oleh sektor privet sahaja, dan mungkin memerlukan dana yang besar daripada pemerintah," tambah Encik Wong.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.